Kawan-kawan kakcik

Isnin, 9 Februari 2015

Aku masih seorang blogger...

...walaupun acapkali aku kehilangan punca
konon bersemangat hendak bercerita
tapi ilham yang datang, hilang tiba-tiba
lalu dibiarkan waktu berlalu begitu sahaja

sering juga termangu-mangu
menimbang-nimbang baik buruknya dahulu
takut lain yang hendak diberitahu
tapi diadili secara melulu

pernah juga teruja untuk berkomuniti
lalu beberapa kumpulan aku sertai
tapi lebih banyak aku hanya jadi pemerhati
kerana kehadiran yang tidak dipeduli

mungkin sesuatu kumpulan hanya perlu ramai ahli
untuk menunjukkan betapa gahnya diri
namun ber'sosial' hanya dengan mereka yang dikenali
ahli-ahli yang lain pandai-pandailah membawa diri

tak mengapalah
aku bermula  hanya bersendiri
maka biarlah aku terus begini
sapa-menyapa dengan mereka yang sudi
kerana pergi pun nanti tiada sesiapa yang menemani...




16 ulasan:

  1. Balasan
    1. InsyaAllah, suatu hari nanti kita berjumpa lagi... :)

      Padam
  2. teruskan Kakcik, entri-entri mu tetap ku nanti.... :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. InsyaAllah, kakcik akan terus mencoret di sini... :)

      Padam
  4. Saya pun sama kakcik..
    Adakala sibuk menyebabkan blog terpinggir seketika..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Nak ditinggalkan terus, sayang pulak rasanya... :)

      Padam
  5. Rasanya semua blogger ada perasaan itu, terutama blogger amatur termasuk saya. Apa pun prinsip saya cuma satu - cuba juga keluarkan sekurang-kurangnya 1 entri sehari walaupun kadang2 ada hari yg sangat kemarau idea....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyalah . Kita menulis ikut apa yang kita rasa tapi kena dipertimbang2kan juga...

      Padam
  6. nukilan yg puitis kakcik..... bkn kite nk sombong tp kadang masyarakat sekeliling yg memilih bulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapalah Dana. Hidup ini hanyalah persinggahan sementara sahaja...

      Padam
  7. same je dengan saya ni... dah bertahun dah jadi blogger, tapi macam baru je jadi blogger... apa yang penting, jaga blog saya, bw... yg sampingan2 tu, kalau ada peluang, ade, kalau tak, bukan rezeki saya lah tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah kan?

      Yang penting kita gembira dengan apa yang kita buat... :)

      Padam
  8. Sejak dua menjak ni entri KC nampak kecewalah... KC jangan marah pulak ye, ni pandangan okje jer ....tak semestinya betul pun.... Kekadang emosi kita dengan penulisan kita ni saling berkait.

    BalasPadam
  9. Mendalam maksudnya... macam merajukkan sesuatu je, Kakcik ni! Menulislah selagi boleh Kakcik. Selagi ada yang baca, selagi itulah Kakcik harus menulis. Saya ni tulis ikut nafsu, asyik entri syok sendiri makanya saya tak berapa kisah apa orang nak kata *_* Nak baca, bacalah. Tak nak baca, bukan saya boleh buat apa pun :) Yang penting saya happy!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com