Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 7 Februari 2015

Zero MLM - bukan mudah bila sudah menjadi juara...

Menonton persembahan di segmen kedua kumpulan ZERO dari Sabah ini, aku tidak ketawa sebaliknya mengalirkan airmata kerana kisahnya kisah yang dekat di hati ini.  Tentang kasih sayang adik beradik dan kerinduan mereka terhadap ayah yang telah tiada...






...dan aku ingin bermadah seloka ...

ZERO
dari tiada apa-apa
kini telah menjadi juara
semoga kalian tidak akan alpa
kerana kehidupan kalian akan berubah rupa

kalau dulu tiada yang ingin menyapa
kini kalian mungkin di'kejar' di mana-mana
kalau dulu tiada yang ingin mengaku saudara
jangan pelik tiba-tiba ramai yang ada pertalian darah kononnya

kemenangan ini anugerah Tuhan
juga sebagai ujian buat kalian
kalau sebelum ini hanya bergelut sebagai nelayan
kini pandai-pandailah aturkan jalan kehidupan

jangan silau dengan sinaran
jangan terpukau dengan kilauan
jangan tersilap memilih persimpangan
jangan abaikan perintah Tuhan

selalunya sinar tak akan bertahan
dalam gelap pekat ia tak kelihatan
jadi bersedialah dengan panduan
agar jalan kalian terus ke hadapan...

9 ulasan:

  1. tahniah zero..tak tengok mlm...rumah tak ada astro :-))

    BalasPadam
  2. Moga mereka terus kuat dalam berhadapan apa jua rintangan dan dugaan..
    Tahniah buat Zero dan semua..

    BalasPadam
  3. Z xpernah tgk maharaja lawak ni tapi pg2 tgk status ttg kempulan ZERO...ramai buat status yg syahdu......moga mrk xlupa asal usul bila dh brjaya kelak.

    BalasPadam
  4. Dulu masa diaorang jadi juara raja lawak macam namanya naik sekejap je...harap2 dengan kemenangan ni mereka boleh terus maju setanding pelawak2 terkenal tu..

    BalasPadam
  5. Harap2 ada pelawak kita yg boleh sampai ke tahap dunia seperti Mr Bean atau Carlie Chaplin dan tak terikut2 dengan lawak slapstik yg menjadi tema lawak org Malaysia sejak dulu...

    BalasPadam
  6. Saya tak tengok final malam tu.. huhu

    BalasPadam
  7. Mmg layak pun depa menang.....persembahan mereka mmg lain dari yg lain. Okje nangis KC hihi.....dasar cembeng!

    BalasPadam
  8. Tak mengikuti perkembangan MLM ni sejak dari dulu sebab tak melanggani channel. Rupanya mereka nelayan sebelum ni. Semoga niat menceburkan diri dalam bidang yang dipilih akan terus diingati walaupun selepas dilimpahi kepopularan mengejut.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.