... tempahan untuk menginap di hotel ini dibuat oleh adik angkatku melalui Booking.com...
Secara keseluruhannya, bilik dan perkhidmatan hotel ini sangat memuaskan hati.
Kos penginapan lebihkurang RM80.00 semalam. Jom kita tengok keadaan bilik yang kami huni di tingkat 5....
Kaklong Kawasan senyum kerana puas hati |
Pekerja di sini memberi layanan yang sangat baik. Cuma ada sedikit masalah dari segi komunikasi. Mereka boleh berbahasa Inggeris yang 'asas' sahaja (mungkin sudah dilatih) tapi bila kita bertanya lebih-lebih, mulalah keluar bahasa isyarat dan 'I don't know'... huhuhu |
Katil yang sangat selesa untuk dua orang. Bantalnya pun taklah macam sesetengah hotel 'kita' yang kalau dilipat dua pun belum tentu selesa untuk meletakkan kepala. |
Haaa... yang ini jangan sesuka hati nak bancuh ya. Yang percuma cuma air minuman dua botol itu sahaja. |
Ada banyak saluran tv - tapi hampir kesemuanya dalam Bahasa Vietnam termasuklah cerita Hindi! |
Selipar yang disediakan. Sesuai dipakai untuk 'melawat kawasan'. Tapi Kaklong Kawasan memang sedari rumah hanya berselipar sahaja. |
Bilik air pun sangat selesa. Yang penting di sebelah tandas itu ada paip untuk 'mencuci'. |
Air minuman diberi percuma untuk hari pertama sahaja. Kalau hendak tambah air, bawa botol kosong dan isi di lobi. |
Secara keseluruhannya, bolehlah bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk hotel ini. Wifi percuma boleh digunakan setiap masa. (Jangan lupa bawa pengecas (plug) yang punya dua kaki itu ya). Kedudukannya pun sangat dekat dengan lorong yang menempatkan deretan kedai makan/restoran halal termasuklah Restoran 1 Malaysia. Hendak ke Ben Thanh Market pun tak sampai 5 minit kalau tidak singgah makan minum/membeli belah di lorong 'yang menggoda' itu. Tak perlu pergi jauh untuk membeli tudung / telekung / pakaian siap mahupun kain ela siap potong. Dalam membeli-belah, kemahiran tawar-menawar adalah sangat penting. Tapi ada juga barang yang dijual dengan harga tetap dan memang tidak dapat pengurangan harga walaupun meminta sampai kering airliur...
Opssss... seselesa mana pun hotel itu, janganlah masuk untuk tidur baring dan mandi manda atau melayari internet sahaja ya. Ke mana pun kita pergi, solat jangan diabaikan. Mungkin ruangannya tidak sebesar mana, tapi kalau kita tidak mengabaikan perintah Allah, maka Allah akan mempermudahkan urusan kita. InsyaAllah.
Kakcik
BalasPadamHotel kakcik dekat dgn Hajah Basiroh ke?
Ya, dekat sangat, Dik Mah. Hjh Basiroh ada restoran dan ada kedai pakaian. Ada pakej untuk buat lawatan juga. Tapi makanan yang kakcik makan di Restoran Hjh Basiroh tidak menepati kehendak tekak dan lebih mahal dari Kedai Amin.
Padamsesekali seronok jugak berjalan mcm ni kan mak..nak tggu anak besar dulu baru nak berjalan mcm mak nie ;)
BalasPadamMak pun tak sangka di usia ini, mak dapat bercuti begini. Alhamdulillah. Syukur kerana ayah izinkan... :)
Padamcemburu sangat. hahaha
BalasPadamApalah yang dicemburukan itu? :)
PadamBagi saya, hotel yang best ada disediakan cerek dan cawan. Kopi 3in1 dan biskut memang selalu ada dalam beg. Boleh minum sambil buka laptop...
BalasPadamBagi kakcik pula, se'best' mana pun hotel, ia adalah tempat persinggahan sahaja. Percutian ke tempat yang kita tak pernah sampai sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya...
PadamKalau dekat dgn Ben Thanh Market itu yg best kakcik
BalasPadamSenanglah kakcik menyoping:)
Duit kakcik banyak dibelanjakan untuk makan/minum. Shopping memang tak masuk senarai. Ada tidak, kakcik beli t-shirt/kemeja beberapa helai untuk suami dan anak2, menantu dan cucu. Untuk kakcik sendiri cuma sehelai jubah + sehelai tudung yang bernilai RM45.00 untuk kedua2nya. Bukan RM45.00 setiap helai... :)
PadamTak berkesempatan lagi nak ke luar negara. Tunggu Adli besar sikit dalam 4-5 tahun ke barulah nak plan berjalan jauh sikit
BalasPadamBaguslah begitu. Kakcik pun dah setua ini baru dapat pergi bercuti jauh...
Padamseronoknya
BalasPadamYa, seronok...
Padamperkara utama kan kacik..hotel nak yang selesa..
BalasPadamakak kalau ada urusan diluar kawasan..
nak tidur..bayar satu malam dulu..kalau selesa dan tak de bau..sambung,kalau tak akak pindah cari hotel lain
Alhamdulillah. Bilik hotel yang kami sewa ini memang sangat selesa dan tanpa bau serta lebih bersih dari sesetengah hotel yang kakcik pernah huni di tempat sendiri...
Padamada penah sekali terpaksa solat atas katil sbb bilik sgt sempit, huhu
BalasPadamMulanya fikir macam tu juga, tapi Alhamdulillah ruang sebelah katil muat untuk solat sendirian... :)
PadamBestnya.. kakcik.. bagus share info gini..
BalasPadamSemoga ada manfaatnya... :)
PadamMasa Aina pergi dulu memang tak banyak pilihan restoran halal jadinya bagi pelancong bajet macam Aina ni makan jelah kat Hajah Basiroh tu... Aian pun sama bila balik sini punggah abrang semua orang punya sendiri punya hanya t-shirt sehelai.
BalasPadamDi lorong tempat kami makan tu (lorong tempat Restoran Hjh Basiroh), kebanyakannya adalah restoran halal...
PadamMasa saya pergi 2 thn lepas...saya cuba meehoon sup kat kedai HB tu kakcik...sedaappp sgt rasanya...tekak lain2 kan kak..saya pergi dulu borong kain cotton kat dlm ben thanh tu...
BalasPadamKakcik tengok je orang Melayu Malaysia borong kain kat dalam BTM tu... :)
Padamrasanye ari tu perasan hotel ni ... ari tu kami dok hong hai long 2 hotel ... betui2 dpn hajah basiroh utk lunch ngan dinner sekitar ho chi minh city sbb pakej kan ...
BalasPadamKalau pergi lagi, mungkin kakcik akan duduk di hotel yang sama juga... :)
PadamRM80 semalam okeylah tu, kaklong eh bukan, kakcik :) Seronok sangat rupanya trip ke Vietnam kali ni sampaikan tidur pun Kak Long kawasan senyum je memanjang ya, kakcik *_*
BalasPadamTeringin pulak rasanya nak pergi lagi... :)
PadamAssalam kak...tumpang tnya...hotel i ade sediakan ion x? Inyaallah sy nk g next month dan akn menginap kt sini gak..
BalasPadamIon? Maksudnya iron (seterika), ya?
PadamTak ada disediakan. Biliknya pun kecil sahaja. Tapi kakcik tak pasti kalau ada disediakan di ruang khusus... :)