...segan nak cerita banyak-banyak kerana catatan pengalaman orang lain lebih hebat lagi...
Walaubagaimanapun, nanti akan buat juga catatan tentang hotel penginapan kami dan tempat makan yang saban hari kami kunjungi. InsyaAllah...
Berlepas dengan penerbangan AK528 dari KLIA2 pada jam 9.10 pagi. Tempahan telah dibuat beberapa bulan lalu dengan harga RM250.00 (lbhkrg) pergi-balik. Sebenarnya ada yang dapat tambang lebih murah walaupun menempah hanya 3 minggu sebelum pergi. |
Sarapan yang telah ditempah lebih awal - Nasi Lemak Pak Nasser |
Hampir dua jam kemudian - di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam. Tidak banyak (mungkin boleh dibilang) bangunan pencakar langit di sini. |
Tak pasti mereka ini bergaya di sini untuk menyambut kedatangan siapa. |
Dari lapangan terbang, kami menaiki bas 152 ini ke Ben Thanh Market. Tambang cuma VND5,000 (lebihkurang 85sen sahaja) |
Tiba di Ben Thanh hampir jam 12.00tghri waktu tempatan (hampir 1.00ptg waktu Malaysia) |
Kami menginap di Xavier Hotel. Bayarannya USD72 untuk 3 malam (lbhkrg RM259.00) |
Di sinilah kami makan 2 kali sehari - Kedai Amin Halal. Berbanding dengan kedai makan/ restoran di sekitarnya, harga di sini agak lebih murah. Sepinggan nasi goreng atau semangkuk mihun sup berharga RM8.50 (VND50,000) dan minuman (biasanya kami minum kopi ais) RM3.40 (VND20,000). Bagi sesiapa yang belum pernah sampai ke sini, sila sediakan wang yang secukupnya untuk makan minum. Atau bawa sahaja bekal dari Malaysia - roti atau sambal ikan bilis atau mee segera. |
Air mineral (botol kecil berwarna biru) hanya diberi pada hari pertama sahaja. Untuk hari lain, kalau tak mahu beli (ala..sebotol air mineral 500ml baru 85sen sahaja) bolehlah tadah air minum di lobi. |
Kalau hendak berjalan-jalan, bawalah botol kosong dalam beg anda. Ia sangat diperlukan bila anda masuk ke tandas. Di sana tiada paip untuk membasuh selepas 'membuang', tapi ada paip di sinki. Jadi, tadahlah air dan bawa masuk ke dalam tandas. |
Jika di Malaysia, kita biasa bagasi akan diimbas sebelum daftar masuk, tapi di sini bagasi akan diimbas hanya selepas daftar masuk. Nampak tak bilik dua pintu di sebelah kanan itu? Di situlah bagasi diimbas. Sekiranya nama anda dipanggil untuk masuk ke bilik itu, kemungkinan anda akan kena mengeluarkan 'sedikit wang' untuk melepaskan bagasi anda! |
Kopi ais vietnam terbaekkk kan mak!
BalasPadamMahal harga makan minum di sana ye kakcik ...
BalasPadamsaya tak berani lagi pergi ke negara lain selain Indo dan Spore. Thailand pun masuk kat sempadan aje. Pcaya tak.. sy paling takut lalu kat kastam walau tak buat apa ksalahan.. hihihi. Bila dah masuk kastam msia baru rasa lega.
BalasPadampergh harga.... dah kira murah la tu eh kat sana? hehehe
BalasPadamTakde paip dalam tandas tu la yang leceh..
BalasPadamkopi vietnam kegemaran my laki
BalasPadamNgeri pulak saya baca pengalaman kakcik naik beca tu!
BalasPadamHarga makanan kat sana memang mahal ke kakcik? Atau sebab mahal sebab limited yg jual makanan halal? RM8.50 utk sepinggan nasi goreng tu kira mahal la utk standard Malaysia...:P
rindu vietnam tetiba kakcik .... kopi ais mmg terbaik la ...
BalasPadamtime sy pi ari tu last year 50k dong br rm6.50 ..cepatnye matawang kita trn ...huhuh risau dgn keadaan ekonomi skrg ni
Bukan main happy Kakcik berposing :) Kongsi ajelah cerita tu, Kakcik apa salahnya. Seronok je baca pengalaman orang jenjalan makan angin ni!
BalasPadamraya tahun ni kakcik pakai Vietnam silk ya?
BalasPadamMasa saya training di Jepun dulu, tandas mereka memang bersih dan kering kerana tiada paip air di dalamnya.
BalasPadamBila mereka tahu saya memerlukan tandas dengan air, mereka cepat-cepat sediakan tandas yang ada paip air.
kena tipu tu geramnya
BalasPadamsusah juga kalau nak terjah terus kalau nak pi melancong..kena kaji selidik sebelum pi sesuatu tempat..kalau tak teruk kena tipu kan :-))
BalasPadamByk info bermakna...
BalasPadamMana tahu kot2 lepas ni nak ke Vietnam boleh rujuk entry ni...
Tang botol mineral tu mmg dah perkara wajib bila kami kat sini...
konduktor kah ?
BalasPadamkak cik , memang ramai yg terkena dgn beca vietnam ni.
BalasPadamharap selepas ni ada yg ambil iktibar dr cerita kakcik
Ayoo terima kasih la nota pasal beca tu..teruknyaa..kena tipu banyak betull..lepas tipu bulat2 sebab depa tau kita org luar kan..haiiihh
BalasPadamMaaf sy bertanya, kakcik mesti penah baca kan psl beca tipu tu sblom pegi kan?
BalasPadamker mmg nak cuba nasib?
betul tu kakcik, katakan tidak pada beca kat sana..baik jalan kaki, byk kedai leh singgah2...hehe
BalasPadamseronok SA tgok mak happy je kat Vietnam...senum sentiasa...best kan pi sana especially bab shopping kain...banyak shopping x mak...
BalasPadam