Di sini pun Kaklong Kawasan masih mampu tersenyum kerana makanan yang dihidang boleh diterima oleh tekak dan agak banyak walaupun lebih mahal harganya dari di Malaysia. Kami (aku dan adik angkatku) membayar dalam matawang Vietnam Dong dan kadangkala Ringgit Malaysia. |
Nasi Goreng Ayam (VND50,000) |
Nasi Goreng Kampung (VND50,000) asalah juga nampak perbezaannya antara Nasi Goreng Ayam dengan Nasi Goreng Kampung. Tidaklah macam yang aku dan suami makan di Kota Kinabalu dulu... |
Kuey Teow Sup (RM50,000) |
Kopi Ais (VND20,000) |
Tak tahu apa nama daun ini, Diberi untuk dimakan bersama sup. Sedap juga rasanya. |
Nasi LAMAK (sebenarnya nasi lemak). VND50,000 |
Bingka ubi kayu (VN20,000) |
Nasi kosong dengan telur goreng ini berharga RM5.00. Boleh minta sup kosong (percuma). Bawa balik ke bilik untuk makan dengan sambal ikan bilis yang di bawa dari Malaysia. |
Cari = Kari Talo = Telur Bawalk = Bawang Saefood = Seafood |
Suop = Soup |
Harga antara VND100,000 hingga RM200,000 |
'bole hantar hotel' itu bukan nama makanan ya, tapi khidmat yang disediakan... hehehe |
Anggaran pertukaran nilai matawang :
VND50,000 = RM8.50
VND20,000 = RM3.50
bestnya
BalasPadamnasi goreng kampung kat sana dengan kampung disini sama tak kakcik..guna cili api jugak ke..
BalasPadamAiyooo
BalasPadamMasa saya pergi tak jumpa amin ni
Mmg nak kena tempah tiket ni...
ada jgk kedai makanan halal kat sana
BalasPadamkire murah jgk lah kakcik bwh rm10.... tgk mcm sedap jgk ns grg ayam ngn ns grg kampung tuh... dia punya sup pun perkh geram nengok... org sana mmg kuat mkn ulam kan kakcik...
BalasPadamkopi dia tuh msti sedap kan
kakchik kawasan meluaskan kawasan jajahan yer...hehehe..dah lama tak makan nasi goreng kampung...
BalasPadamnasi kosong + telur goreng RM5....hahahhaa, kalau buat macam tu kat Malaysia, mmg soheh peniaga tu famous kedainya di viral kan kat FB !
BalasPadamcantik je gambar-gambar
BalasPadamKakcik, yang saya paling teringin ialah nak makan mee sup Vietnam. Dan kuay tiaw sup dia tu memang nampak sangat menyelerakan. Tapi kalau saya, nak kena ada sambal kicap baru kick.
BalasPadamSA suka kopi ais Vietnam...sedap sgt2...memang ulang2 minum tu sampai demam...hahaha...balik bawak virus..selalu macam tu...tp SA banyak x makan la kat Vietnam...memang x lalu walau halal...x tau la kenapa...
BalasPadamtelan air liur tgk kopi ais n pho mee
BalasPadamHarga makanan tak banyak berubah sejak 3 tahun lepas, nasi goreng yang hanya digoreng bersama telur Rm8 masa tapi kopi ais depa menag kick.
BalasPadamItu daun selasih. Memang femes kat sana dan masakan thai. Masak gan daging sgt sedap.
BalasPadamDalam banyak-banyak tu rasanya koay teqow sup yang nampak sedap...
BalasPadamya allahhhh terliur tgk kopi ais vietnam tuh!!!haishhh mengidam pulak...hehehe..rindu nak minum air tu lagi
BalasPadammacam masakan kita kat Malaysia ni je kan kak..tp harga je tak sama..boleh tahan mahal harga makanan..
BalasPadammahai jugak harga nya... nsi goreng ayam nampak sedap... seronok kakcik dapat makan angin ke sana :)
BalasPadamNampak sedap kuey teow sup tu... kesukaan saya ; -). Apa rasa org vietnam masak ya
BalasPadamtak susah cari makanan halal kan kakcik..dah umpama balik kg sendiri..
BalasPadamPadanlah kakcik senyum memanjang. Kenyang makan rupanya.... Nasi putih dengan telur goreng RM5 harganya? Kalau buang telur goreng, berapa ya Kakcik?
BalasPadam