Kawan-kawan kakcik

Selasa, 20 Januari 2015

Tidak perlu bawa gambar untuk buat/perbaharui pasport...

Aku tiba di sini sekitar jam 7.30 pagi.
Aduhai....rupa-rupanya aku sudah boleh dikirakan
terlewat walaupun pejabat hanya dibuka pada jam 8.30 pagi.
Waktu ini aku terperasan hanya aku seorang
Wanita Melayu Terakhir yang ada di sini sebelum
beberapa minit kemudian barulah ada wanita-wanita
Melayu yang lain...

Berlapis-lapis...

8.45 pagi baru dapat nombor giliran...

Aku memang tak bawa gambar kerana aku fikir
selepas ambil nombor giliran, barulah aku pergi
ambil gambar di kedai gambar berhampiran. 
Rupa-rupanya sekarang memang tak perlu 
bawa gambar pun.  Di setiap kaunter telah tersedia
kamera (seperti dalam bulatan - mengambil
gambar suasana dalam pejabat adalah dilarang).
Cuma pusingkan kerusi bila diarahkan, klik dan
siap.  Tiada bayaran tambahan dikenakan. Semua
sudah termasuk dalam bayaran RM200.00 itu.

Kalau anda menerima surat tawaran untuk
mengerjakan haji dan anda masih belum
mempunyai pasport, maka anda bolehlah
membuat pasport dengan harga RM100.00
sahaja - tapi jangan lupa untuk membawa
surat tawaran tersebut...

Walaupun urusniaga adalah seperti biasa pada
Sabtu dan Ahad, khabarnya nombor giliran yang
dikeluarkan adalah terhad.  Jadi datanglah di awal 
pagi (mungkin selepas Solat Subuh - alaaaa...
tunggu kedai tudung dibuka untuk dapat potongan
harga lagikan boleh, kan?) sebelum pintu pejabat
dibuka bagi memastikan anda tidak pulang dengan
perasaan kecewa...

Sila ambil perhatian tentang khidmat yang tidak
disediakan itu ya...

Pejabat-pejabat Imigresen yang berhampiran,
sekiranya anda tidak sabar untuk menunggu...
Dari saat aku tiba hinggalah aku mendapat pasportku yang baru, masa keseluruhannya adalah lebihkurang 5 jam...

11 ulasan:

  1. lamanya kcik..pnjg barisannya...agak2 pukul 5 dh ramai org agaknya kan

    BalasPadam
  2. Sekarang serba mudah kakcik.... dulu2 buat IC kena guna gambar pasport, sekarang ni duduk kat kaunter je, posing, lepas tu siap !

    BalasPadam
  3. senang & murah .makin panjang langkah lah kita

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. GRATIS bermaksud percuma/tanpa bayaran. Dan ia khusus buat mereka dari golongan OKU...

      Padam
    2. Patut PERCUMA. KP jim ada bini indon kot. Haha

      Padam
  5. perkkkkh fengsan kakcik oi sampai 5jam

    BalasPadam
  6. Saya rasa sejak tahun lepas kot tak perlu bawa gambar untuk buat passport ni. Saya pernah juga pergi UTC Pudu tu tengahari buta di hujung minggu. Ingatkan kalau buka sampai 10 malam, bolehlah anytime ambil nombor. Rupanya alahai....

    Tak nak buang masa sebab dah sampai, pergilah ke JPN nak tukar IC. Sekali tengok giliran menunggu, rasa macam nak pitam. Jalan pulak ke JPJ kononnya nak tanya pasal lesen baru tu. Tengok mesin rosak pulak tak boleh buat apa-apa urusan. Terus bayar parking dah pi makan sedap-sedap then balik rumah!

    BalasPadam
  7. Utc pudu leceh sikit. Better p presint 2, Pj

    polis border pun cuak jika semak paspot kita ada tulis putrajaya

    BalasPadam
  8. kalau dah ambil gambar passport siap siap... dia terima tak?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com