Kawan-kawan kakcik

Isnin, 19 Januari 2015

Kemegahan manakah yang hendak dipertahankan...



Satu ketika dahulu mungkin rumah ini adalah yang paling besar, paling cantik dan mungkin paling 'dicemburui oleh rumah-rumah lain' di sekelilingnya.  

Namun sekarang dia kaku sendiri hinggakan ditumbuhi dan diseliputi oleh tumbuh-tumbuhan dan rumput-rampai.


Terbiar sepi dan tiada siapa yang peduli.  Malahan di sekelilingnya  telah ada bangunan-bangunan lain yang lebih cantik lagi lebih mewah. Maka, kemanakah perginya kemegahan yang dahulu?


Begitu juga dengan diri kita. Sekarang mungkin kita berjalan dengan bangga, kerana kita ada pangkat dan harta.

Tapi adakah kita telah bersedia, bahawa segalanya akan sirna juga.  Bukan kerana dunia ini yang sadis tapi kerana sikap kita yang sangat cintakan harta benda, darjat serta kedudukan.


Lalu bila segalanya hilang nanti,
kita terpinga-pinga sehingga mungkin tidak mengenali diri sendiri...

20 ulasan:

  1. Bila kita sedar segala yang dimiliki bukan kita punya
    Bila2 masa boleh hilang.. Tentu kita tak sombong...

    BalasPadam
  2. Analogi yang cukup baik kakcik..
    Bila kita mati nanti, berapa lama manusia akan ingat kita?
    Anak cucu kita ingat kita?
    Bagaimana pula cucu kepada cucu kita, adakah mereka akan ingati kita?

    BalasPadam
  3. hmmm..analogi yang cukup terkesan. terima kasih kak atas ingatan..

    BalasPadam
  4. betul tu nani dan dz.. mudahan diri ini tak jdi seperti nsib rumah tu...

    BalasPadam
  5. inilah gambaran kata-kata kan kakcik, hidup umpama roda berputaran..susah senang satu ujian dariNya .

    BalasPadam
  6. Kalau boleh biarlah kita jadi macam Quran lama walau sudah sukar utk dibaca atau mungkin akan dimusnahkan tapi tetap dihormati dah dihargai kakcik..

    BalasPadam
  7. SETUJU SANGAT.....terbaiklah kakcik.

    BalasPadam
  8. dlm betul maknanya tuh kakcik

    yelah kan, dlm dunia nih takde apa yg kekal megah, kekal cantik, kekal kaya raya... semua tuh sementara je

    BalasPadam
  9. Salam Kakcik.
    Ada satu buku kanak-kanak jepun yang masih saya simpan dan sangat dekat dengan hati saya. Ia berkenaan sebuah rumah yang dulunya besar dan dicemburui. Semakin lama semakin banyak pembangunan berlaku sekelilingnya dan akhirnya rumah tersebut kelihatan amat kecil dicelah-celah pembangunan dan bangunan pencakap langit. Jika saya ingat, saya akan menulis tentang buku dan intipatinya...terimakasih kerana mengingatkan saya kepada buku tersebut!

    BalasPadam
  10. Hmmmm macam tu la keadaan kita kan....bagus juga buat entry macam ni kan

    BalasPadam
  11. Saya pernah terfikir topik yang sama, Kakcik. Sombong dengan harta dunia, sampai kemana saja lah kan....

    BalasPadam
  12. jawatan yang tinggi, rumah yang besar, harta yang banyak tidak mampu memberikan apa-apa melainkan hati yang baik

    BalasPadam
  13. Benar sungguh kata-kata Kakcik ni. Itu semua bukan kekal lama. Akhirnya hilang jua ataupun tetap ditinggalkan bila sampai masanya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com