InsyaAllah dalam tempoh beberapa minggu lagi, Along akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah untuk menjalani ibadah Umrah. Sebenarnya telah bertahun-tahun Along mengidam untuk ke sana. Tahun lepas, Along telah membayar sejumlah RM1000 kepada seseorang. Wang tersebut sebagai tanda persetujuan untuk mengikuti pakej Umrah TAJAAN SESEORANG. Hanya perlu sediakan paspot dan ambil suntikan, yang lain-lainnya adalah PERCUMA. Rupa-rupanya, pakej itu adalah pembohongan semata-mata.
Namun, Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Rezeki yang diturunkanNya kepada Tuan Haji Salam telah dimanfaatkan oleh Tuan Haji ke jalan yang diredho Illahi. Tuan Haji Salam telah bermurah hati menaja Along dan seorang kawannya untuk menjalani ibadah Umrah dengan sepenuhnya. Bukan setakat pakej yang lengkap, beliau juga membekalkan mereka dengan sedikit wang saku. Hanya Allah jugalah yang dapat membalas kembali segala kemurahan hati Tuan Haji.
Kami turut mendoakan agar perjalanan Tuan Haji ke Mekah buat sekian kali pada 10hb ini, dipermudahkan Illahi. Diberkati dan dirahmatiNya. Semoga juga perniagaan Tuan Haji terus berkembang maju dan sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang berkat.
Untuk Along, doakanlah agar impiannya kali ini akan menjadi kenyataan. Mengharapkan ibubapanya, masih belum mampu untuk memenuhi hajat Along. Namun doa seorang ibu tidak pernah putus untuk anaknya. Aku pernah berkata kepada Along sewaktu dia diterima menjadi Imam Masjid dulu 'Along bertugaslah dengan baik kerana Allah. Manalah tahu, Allah bukakan pintu hati jemaah Along untuk menyayangi Along dan mahu menaja perjalanan Along ke Mekah. Mak dan ayah masih belum mampu untuk menghantar Along ke sana'.
Alhamdulillah, Allah mendengar doa seorang ibu walaupun ibu ini bukanlah ibu yang baik. Namun keihklasan hati ini berdoa untuk anak-anaknya adalah tiada batasannya. Kepada kalian yang sudi membaca catatan ini, tolonglah doakan agar impian Along kali ini adalah impian yang nyata. Doakanlah juga agar Tuan Haji Salam sekeluarga sentiasa dirahmat dan di kasih Illahi.
asSalam KakCik
BalasPadamInsyaallah dipermudahkan perjalanan Along kesana serta diberi kesihatan yang baik agar dapat mengerjakan umrah dengan selesa.
P/S: Kita selalu singgah cuma kalau dah corot, segan nak komen ;-)
Salam kak Cik..
BalasPadamInsya Allah niat yang baik akan sentiasa diredhai Allah.. semoga segalanya dipermudahkan buat Along..
Sungguh kakak terharu dgn N3 ini. Lihatlah betapa ujian berat Along tak lama tempohari mendapat balasan cash dari Allah. Tn. Haji Salam sebagai pengantara yg Allah jadikan.
BalasPadamDoa kakak buat Along moga mendapat Umrah yg mabrur dan Hj Salam beroleh keberkatan. Amiiin....
as salam kakcik,
BalasPadamAlhamdulillah ada juga rezeki buat
along ke sana...semoga segala urusan
imam muda ini akan dipermudahkan..amin!
alangkah bahagianya ati jika suatu hari
nanti syahmi juga akan jadi seperti along!
sungguh berkat doa si ibu. semoga perjalanan along di permudahkan-Nya
BalasPadambertuah along~~dapat pegi umrah~~saya bila??
BalasPadamalhamdulillah sampai hajat along nak ke tanah suci..
BalasPadamW/salam CS...
BalasPadamhaaaa... awal pun! :)
Terima kasih atas doa untuk Along.
Alaaa... kalau masuk lewat dan tinggal komen, kakcik mesti baca punya (dan akan balas kalau mood sedang baik..hehehe..). Don't shy shy cat laaa...
Salam kembali Nida...
BalasPadamterima kasih atas doa Nida itu. Semoga Nida dan keluarga berada dalam keadaan sejahtera sentiasa. :)
Kakzakie...
BalasPadamAlhamdulillah. Allah telah memberikan kegembiraan kepada Along. Tawaran mengerjakan Umrah diterima Along selepas dia dipecat tempohari. Kakcik sangat2 bersyukur. Terima kasih atas doa yang Kakzakie titipkan buat Along dan Tn Hj Salam. :)
W/salam Ati...
BalasPadamInsyaAllah Syahmi akan menjadi anak yang baik berkat didikan Ati dan suami.
Terima kasih untuk doa yang Ati kirimkan. :)
Kakcik...insya Allah...along akan selamat pergi dan kembali....semoga ibadah umrah dpt meningkatkan keimanan dia kepadaNya
BalasPadamAminnnnnn...
BalasPadamMoga dipermudahkan segala perjalanan dan semoga apa yang didoakan termakbul.
eelobor...
BalasPadamkakcik juga sangat takut andai perkatan buruk yang keluar darim mulut kakcik terhadap anak2 (terutama dalam keadaan marah) akan menjadi satu doa yang buruk akibatnya terhadap mereka. :(
Terima kasih kerana turut mendoakan Along. :)
bujal x...
BalasPadamkamu masih muda. InsyaAllah akan tiba masanya kamu ke sana. :)
Kaseh...
BalasPadamAlhamdulillah dan semoga segalanya nanti dipermudahkanNya. Amin. :)
Nanie...
BalasPadamterima kasih. Mudah2an sekembalinya nanti, Along akan menjadi insan yang lebih bertaqwa dan lebih merendah diri sesama manusia.
Azie...
BalasPadamterima kasih untuk doa. Aminnn... :)
semoga along selamat ,menjalani ibadah umrah di sanan nnti :) bertuahnya menjadi salah sorang dr tetamu ALLAH..terigin nak ke sana..
BalasPadamniesz...
BalasPadamKita semua telah dipanggil. Cuma, kemampuannya kita tidak sama.
Mudah2an kita juga akan sampai ke sana nanti. InsyaAllah.
saya juga turut mendoakan semoga impian suci along terlaksana .. juga didoakan along selamat pergi dan kembali dan sejahtera keluarganya yang tinggal.
BalasPadamKanda AL...
BalasPadamterima kasih atas doa yang tuan titipkan. :)
moga semuanya dipermudahkan urusan...
BalasPadambaik utk along, untuk kakcik dan juga tuan haji...
:D
Mimi...
BalasPadamterima kasih. Semoga Mimi dan keluarga juga sejahtera sentiasa. :)
Alhamdulillah.. rezeki yang Allah nak bagi, hanya Allah sahaja yang tahu rahsianya.
BalasPadamSemoga kakcik sekeluarga & semua hamba Allah yang baik hati di rahmati Allah hendaknya, termasuk juga ibu bapa kami. Amin
terharu saya baca entri ni kakcik. rupanya masih ada yang baik hati dalam dunia yang serba kebendaan ni.
BalasPadamsatu pengajaran dari entri ni, di sebalik setiap kesulitan pasti ada kemudahan. saya terkesan sangat! :)
moga sentisa dalam peliharaan Allah....doakan kami juga.
BalasPadamsyukur utk along kerana akn dpt menunaikan umrah
BalasPadamsemoga perjalanan along nanti akan selamat blaka..
assalamualaikum kakcik
BalasPadaminsya Allah... kita doakan yang baik2 sahaja buat kakcik, along dan keluarga ya... =) ~
AzMask...
BalasPadamyang penting, kita kena yakin bahawa Allah menurunkan ujian untuk melihat sejauh mana sabarnya kita. Dia memberi, Dia juga berhak untuk menarik balik pada bila2 masa.
Terima kasih atas doa. Semoga kita semua sentiasa dirahmatiNya. :)
gB...
BalasPadamAlhamdulillah. Allah turunkann rezeki pada setiap masa, cuma kita selalu terleka dari memohon dan meminta. Kepada mereka yang bermurah hati kita doakan agar sejahtera, kepada yang bakhil dan kikir, kita doakan agar mereka ingat bahawa harta itu pinjaman semata. :)
Myri...
BalasPadamsama2 kilang saling mendoakan agar kita sentiasa dipelihara dan dilindungi Illahi dari segala kesulitan. :)
SN...
BalasPadamterima kasih untuk doamu. Semoga Allah permudahkan segalanya. :)
semoga di permudahkan di sana...alhamdulillah sampai gak along ke sana...
BalasPadamWa'alaikummussalam Manje...
BalasPadamuntuk Manje juga didoakan yang sama. :)
Angah...
BalasPadambelum sampai lagi. InsyaAllah Along akan sampai nanti. Kita doakan agar semuanya berjalan lancar, ya? :)
Doa yang terbaik buat Along ye k.cik...insyaallah ada rezeki kita ikut jejak langkahnya nanti...
BalasPadamaina pun masih berdikit2 niat du hati nak bawak mak pegi umrah...
Salam Kakchik
BalasPadamDoa seorang ibu tuh laa yang terbaik tuk anak.. dan alhamdullillah terkabul jugak laa doa Along nak mengerjakan Umrah dan syukur ada org nak menajanya..
Moga Along selamat mengerjakan umrah..dan selamat pergi dan balik.. insyallah..
Salam
BalasPadamSemoga along dapat menyempurnakan ibada umrah dengan sempurna dan semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada orang yang menajanya. Rindu nak kesana lagi
mudahan selamat semua.
BalasPadamaaminn
pstt nak ikut boleh..
seru nama saya..
Pss..Blog Kak chik banyka spam iklaneka..advetising..bila buka jer ada iklan
BalasPadamJunAina...
BalasPadamterima kasih kerana turut mendoakan. Kakcik pun turut berdoa agar kakcik dapat ke sana juga selagi berdaya dan sebelum menututo mata....
Rinna...
BalasPadamsalam kembali. Memang kakcik sangat bersyukur kerana Along hampir menggapai impiannya. Syukur juga ada insan yang berhati mulia seperti Tn Hj itu. Semuanya dengan izin Allah jua. :)
Terima kasih atas doa yang Rinna kirimkan.
Ariff Budiman...
BalasPadamsemoga kesihatan Sdr semakin baik dan pulih sepenuhnya. Rezeki ketentuan Illahi. Semoga yang memberi bertambah murah rezeki. :)
Zeqzeq...
BalasPadamAminnnn.
Semoga yang tidak bertemu jalan pulang akan diseru juga untuk kembali....
assalamualaikum ibu
BalasPadamgembira dalam sedih
itu reaksi saya.
gembira kerana anak ibu sudah mahu menjejakkan kaki e sana.semoga dia mendapat manfaat yang sebaik-baiknya
sedih kerana saya belum punya kesempatan untuk kesana.
apapun, semoga segalanya selamat..
errhhh..nak minta tolong boleh?
Zeq...
BalasPadamkakcik pun tak tahu siapakah yang baik hati menghantar spam kepada blog ini. Kalau hantar apam gaul kelapa, bagus juga. Kakcik dah keluarkan Mr Nuff dan kotak jerit dari blog ini. Semoga spam itu akan turut hilang....
Azween...
BalasPadamwa'alaikummussalam. Walaupun ibu belum berkesempatan ke sana, sekurang2nya impian Along akan terlaksana, InsyaAllah.
Sama2lah kita berdoa, agar suatu hari nanti kita akan sampai juga.
Nak minta tolong apa tu? Beritahulah kepada ibu. Andai boleh ditolong, akan ibu cuba tolong.
kakcik...
BalasPadamsemua ibu baik bg sy...
kakcik lagiiii la baik...
doakan anak mcm tu...
takpe kakcik, nnt mesti ade plak rezeki kakcik ke sana...insyaALLAH...
Alhamdullilah...
BalasPadamRezeki Along..
Saya sedih betul tgk ada manusia yg tergamak makan duit haram, dengan guna alasan keagamaan, mcm kes anak kakcik yg kena tipu RM1000 tu...
Saya sendiri meronta-ronta hati nak ke Makkah/Madinah...
As'salammualaikum kak Cik..
BalasPadamInsya Allah setiap niat yang baik akan sentiasa diredhai Allah.. semoga segalanya dipermudahkan buat Along..
Azian...
BalasPadamsebenarnya bukan mudah untuk menjadi ibu yang betul2 baik (bagi kakciklah), ujian dan dugaan silih berganti menggugat keimanan dan kesabaran diri. Cuma kita kena sentiasa memohon padanya agar sentiasa menjadi ibu yang menyayangi dan disayangi ....
Dr DZ...
BalasPadamAlhamdulillah. Selepas diuji, Dia memberikan kegembiraan.
Entah berapa ramai mangsa dan entah berapa banyak wang yang dengan sewenang2nya ditipu begitu sahaja konon atas nama agama. Hmmm... biarlah Allah yang memberikan balasan yang sewajarnya.
Wa'alaikummussalam Amy...
BalasPadamterima kasih untuk doa. Kepada Allah jugalah tempat kita berserah segalanya...
salam kakcik
BalasPadamAlhamdulillah semoga yang memberi & menerima itu mendapat keredhaan Allah.
semoga urusan Along menunaikan umrah dipermudahkan, dan sampai hajatnya untuk ke sana
BalasPadamsemoga Along selamat pergi dan selamat kembali, dan moga kakcik dan suami juga akan menyusul kemudian
kepada Th Hj Salam juga moga makin melimpah ruah rezekinya,... murahnya hati tuan hj
qemaishak...
BalasPadamsalam kembali. Amin untuk doa yang Qema titipkan. :)
ibuintan...
BalasPadamterima kasih atas doa itu.
Semoga rezeki Tn Hj juga akan terus melimpah ruah dengan penuh keberkatan. Amin.
Alhamdulillah...Allah memang permudahkan setiap orang yang berniat baik...semoga Alaong selamat pergi dan kembali...
BalasPadamSejuk perut kak Cik mengandungkan Along yea....
Cikgu Nurin...
BalasPadamAlhamdulillah. Terima kasih untuk doa.
Yang pastinya, perut kakcik besar waktu mengandungkan Along (betullah - semua orang mengandung perutnya besar)! hehehe...
Semoga Along akan terus menjadi lelaki yang baik. Dugaan untuk orang yang mendekati agama sebenarnya lebih hebat ...
alhamdulillah.. murah rezeki along.. berkat doa seorang ibu yang menyayangi sepenuh hati
BalasPadamsemoga along selamat pergi & kembali, dan selamat menunaikan ibadah umrah
psst.. kakcik, saya jeles! saya nak pergi jugee.. doakan saya jugak ye semoga cepat sampai ke sana :)
amin...
BalasPadamamin...
terharu dapat kenal kakcik
alhamdullilah..berkat doa kakcik untuk along..akhirnya...
terima kasih haji salam yang menaja along da sahabat along
semoga pergi balik dari ummrah..along dan sahabat semua selamat hendakya
h4ni3...
BalasPadamAlhamdulillah. Memang kakcik bersyukur sangat. Semoga semuanya berjalan bagai dirancang. Terima kasih untuk doa.
InsyaAllah h4ni3, sampai waktunya bertamu juga kita ke sana. :)
Ayu...
BalasPadamAmin Ya Rabbal 'Alamin. Terima kasih untuk doa yang Ayu kirimkan. :)
rezeki Allah kita tak boleh sangka dan jangka kan??!!
BalasPadaminsyallah moga semuanya selamat...amin.
BalasPadamInsyaalah semoga Along selamat pergi dan kembali.Berkatnya rezeki tuan haji Salam tu,lebih lagi menyumbang wang ringgit untuk kearah kebaikan ke jalan Allah SWT.
BalasPadamCerita Hidupku...
BalasPadamterima kasih kerana sudi singgah dan tinggal komen. Kenapa sudah lama tidak update blog? :)
Ya, Allah memberi rezeki adakalanya memang tidak kita duga sama sekali. Sewajarnya kita sentiasa mengucapkan rasa syukur. Alhamdulillah. :)
NzA...
BalasPadamInsyaAllah. Terima kasih, ya. :)
Cik Ina...
BalasPadamterima kasih. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati Tn Hj Salam dan keluarganya. :)
benciiiiiii.....
BalasPadamkomen saya hilangggg lagiii!!
rezeki dariNya tak boleh diduga dan disangka ..kan?
BalasPadamPn Dr...
BalasPadamoh! kotak komen ni dah pandai menelan kot??? :(
Pn Dr...
BalasPadamsesungguhnya tiada yang lebih pemurah dari Dia - rezeki disalurkanNya tanpa kita duga. Alhamdulillah.
ALhamdulillah, atas jemputan yg diterima oleh along :)
BalasPadamsungguh, saya cemburu kepada anak2 yang soleh dan taat, serta sy juga cemburu kpd orang2 yang di jemput Allah utk ke Tanah Suci..
sy sedang brusaha dan menanti jemputan dr Allah utk ke sana..
:)
Moga dpermudahkan segala urusan..
Mutiara Bernilai...
BalasPadamTerima kasih kerana sudi singgah dan tinggal komen.
Alhamdulillah, rezeki ketentuan Illahi. Semoga segalanya akan jadi pasti buat Along.
Mudaj2an impian MB akan dipermudahkan dan segera dimakbulkan oleh Allah Yang Maha Pemurah. :)
insyaAllah..
BalasPadamAMin YA Rabb..terima kash atas doanya T_T
MB...
BalasPadamAmin Ya Allah. :)
amin... berkat doa ibu..
BalasPadamMila...
BalasPadamterima kasih. :)