Kawan-kawan kakcik

Khamis, 15 Januari 2015

Pasport RM100.00 untuk dua tahun dimansuhkan...

Buka facebook malam tadi ternampak ada status tentang pemansuhan pasport berharga RM100.00 untuk tempoh dua tahun. Sebaliknya hanya ada pasport berharga RM200.00 bagi tempoh 5 tahun.  

Terus aku buat status di facebook untuk mendapatkan maklumbalas dari mereka yang tahu...

Sehingga petang ini, akhirnya aku mendapat pengesahan dari Dee sepeti berikut : 



Bagus juga, hanya RM200.00 (sebelum ini RM300.00) untuk 5 tahun.  Tapi, masalahnya, aku ni nak guna pasport tu mungkin dua tahun sekali sahaja!  Kalau masuk Sabah/Sarawak aku guna kad pengenalan sahaja (aku pun tak faham kenapa warga Semenanjung menjadi anak tiri bila nak masuk ke Sabah/Sarawak, sedangkan warga sana masuk ke Semenanjung tak perlu pun nak ada resit atau pasport bagai)...

20 ulasan:

  1. saya pon fikir benda yang sama masa mengajar sana dulu kak cik..huhu.jd macam pendatang asing oooo

    BalasPadam
  2. Kat sabah sarawak banyak hutan lagi....
    mana tahu.. tetiba musibah menimpa...
    kalau ada resit dan bukti kita ke sabah serawak .. boleh la cari dalam hutan
    kalau orang sana datang semenanjung cuma hutan batu je..
    habis2 pon dorang hilang.. boleh jumpa semula...hehehe...

    tak lah saya gurau2 je mak...

    ada perjanjian termatrai sebelum ni.. kenapa begitu... ;)

    saya datang sana lagi best...
    ic sana .. pasport semenanjung... hehehe

    BalasPadam
  3. saya belum buat passport... dah tak tahulah bila perlu buat

    BalasPadam
  4. Kakcik jimat tu Rm200 untuk 5 tahun...kalau tak tahan 2 tahun ja walaupun Rm100...

    BalasPadam
  5. baru tahu kalau masuk sabah sarawak kena tunjuk ic...belum pernah naik kapal terbang :-((

    BalasPadam
  6. Sama kak...buat passport 5 tahun, pakainya sekaliiii jer...adohaiii

    BalasPadam
  7. bagus ni. murah.. kebetulan passport mati last month kan

    BalasPadam
  8. baru buat pasport gak...kena tunggu tahun depan la pulak

    BalasPadam
  9. saya pun tak tahu rational di sebalik ' undang2' kalau kita nak ke sabah/ sarawak tu..

    BalasPadam
  10. memang dalam perjanjian sabah sarawak dan semenanjung. kalau ikutkan kita ni masih terpisah. negara sabah, negara sarawak dan negara tanah melayu.

    BalasPadam
  11. Lagi satu, harga utk warga emas dpt diskaun, RM100 kalau x silap... Baru suruh adik buat passport utk mak datang bradford ni...

    BalasPadam
  12. SA pun x faham mak...apa rasionalnya sedangkan kita ni satu MALAYSIA kan...hehehe...SA nak pi buat renew passport...lor dah naik harga....tp ok la tu RM200 untuk 5 tahun....

    BalasPadam
  13. ha kak cik nak buat paspotkan.. oklertu... takperler buat terus 5 thun...

    BalasPadam
  14. Sebelah Semenanjung ni dah maju, Kakcik. Ini pun nak menjaga kepentingan orang-orang Sabah & Sarawak. Memang ada perjanjian dimenterai. Mereka yang memohon perjanjian begini. Dengarnya imigresen HQ nak mansuhkan perjanjian ni tapi negeri Sabah tak setuju sebab itu dalam permit kerja warga asing tertulis kebenaran masuk ke Malaysia dan Sarawak tapi Sabah takda! Kalau kita nak bekerja di sana, kena ada work permit (ikut peraturan sebenar) tapi kalau mereka ke sini, tak perlu work permit apa pun. Kalau pun kita berkahwin dengan orang Sarawak contohnya, kita kena bawa passport atau IC bila nak ke sana dan ada cop untuk masuk lama seperti warga asing yang perlukan permit untuk menetap di Malaysia ni, kecuali kalau kita minta passport tu ditukar pangkalnya ke 'K' dan mohon IC baru mengatakan kita dari Sarawak (orang Semenanjung passport semua bermula dengan 'A')

    Baguslahkan bayar RM200 untuk 5 tahun. Nak beratur buat passport kat imigresen bukan kerja mudah :)

    BalasPadam
  15. ini isu sensetif... sy baru je kena viral di sarawak sebab sound imigresen... skrg ni masih panas sama ada akan dipindahkan atau pun tidak... boleh tgk dlm FB Group Viral Iban macam mana mereka kenakan sy... Isu panas terkini... huhuhu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com