Kawan-kawan kakcik

Selasa, 20 Januari 2015

Aku Tanya Apa Khabar (Lirik Lagu dendangan Joe Flizzow ft SonaOne)...

Ianya adalah tentang kerinduan seorang kawan terhadap kawannya yang kini 'menghilang'...


Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

10 ulasan:

  1. sebelum ni sy tak perhatikan lirik dia pun. lg pon tak berapa suka.. tp lepas menang trus suka... hehehe

    BalasPadam
  2. Bila baca, mcm ditujukan untuk Malique je sorang lagi ahli Too Phat.

    BalasPadam
  3. baru first time dengar lagu ni di radio semalam.

    sekarang ini semakin banyak lagu yang berkonsepkan lirik bebas lepas...

    BalasPadam
  4. Sedih juga lagu ini. bagai dituju kepada kawannya.

    Apapun terbaik lagu ni.

    BalasPadam
  5. Saya suka lagu ni disebabkan senikatanyalah. Eh, saya okey je lagu ni menang AJL29. Lagipun budak Sonaone tu walaupun tak cukup umur bagi saya, comel je tengoknya. Hahaha....

    Lagu ni macam dedikasi Joe Flizzow untuk Malique Too Phat tu je. Eh, mana pergi Malique ni yek....

    P.S. Kak cik, awat header dah tukar? Takkan MAIWP suruh turunkan? *__*

    BalasPadam
  6. Mentality : menang bagus. Kalah sebaliknya

    Patutlah undi PR nusyuz izzah jika BN out

    Padahal sunni pun ada 4 mazhab boleh dipilih

    BUKAN sat republic sat democrats cam yahudi US

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com