Assalamu'alaikum kawan-kawan nenek. Eh...janganlah hairan tengok perut saya tu. Saya kecil lagi, tak apa tunjuk perut, tapi kawan-kawan nenek janganlah pula nak tunjuk perut sama. Tak elok tau. Berdosa tunjuk aurat kepada bukan mahram... |
Jom jalan jom. Bila naik kenderaan jangan lupa baca doa ya. Mudah-mudahan Allah permudahkan dan selamatkan perjalanan kita. Semoga Dia melindungi kita dari segala bencana mahupun malapelataka... |
Nenek...cuba nenek tengok kat sana tu. Tengoklah nenek. Mana tahu nenek boleh dapat ilham untuk kemaskini blog? Cepatlah tengok nenek... |
Sedapnya duduk atas perut daddy ni. Macam duduk atas kusyen. Daddy gemuk macam nenek juga, tapi Qaid tak mahu jadi gemuk. Masa kecil memang nampak comel, tapi kalau dah dewasa, tak cantiklah... Kalau makan Qu Putih, boleh kurus tak? hahaha... |
Tengoklah Uncle Pet ni, suka buli saya. Dia suruh saya senyum, tapi saya rasa nak tidur je... |
Eh... penatlah nak cakap banyak. Jom mummy, ajak daddy bawa saya jalan-jalan lagi. Kawan-kawan nenek semua, doakan saya membesar dengan sihat, cerdik dan soleh ya. Nanti lain kali saya boleh bercerita lagi. Assalamu'alaikum semua... |
Masa baby montel memang syok. Tapi tengoklah uncle usu itu Qaid pun dah tak montel macam dulu. Tak apalah montel sekarang nenek tak dpt pegang dpt tengok jadilah:)
BalasPadamAamin Ya Rabbal Alaamin
BalasPadamQaid yg bijak dan comel
Seronoknya kakcik bermain dgn cucu...
Aamiin...semoga doa nenek dimakbulkan.
BalasPadamComel nya cucu mak ni ☺
BalasPadamamin!~
BalasPadambulatnya mata!
BalasPadamkalau dapat kat saya ni......
alalalalala comelnya.....blh buli uncle pet, ajak ucle dukung jalan2:)
BalasPadamAlahai comelnya.... kecik-kecik dah pandai mencelah masuk blog nenek ya! Kalau besar sikit, kena tukarlah gambar kat header atas nun :)
BalasPadamKakcik, kak long kawasan kalau dengan cucu tak pulak nampak garang. Kalau posing sorang-sorang seriau tengok raut wajah, takut kena belasah dengan penyapu lidi jerk rasanya. Hahaha!
sejuk hati lihat cucu depan mata kan kak...rindu kat cucu2 yan
BalasPadamHahahaha, pusat tu.....sexy :)
BalasPadamPeyut buncit..hehehe. samala dengan anak saya sejak makan bubur nasi
BalasPadam