saat aku tak punya apa-apa
kutahu Kau ada bersama
saat aku tak tahu untuk menghala ke mana
Kau tunjukkan jalan yang terbuka
namun aku masih meraba-raba
resah dan serba tak kena
bagai tak cukup apa yang ada
sedangkan tanpaMu aku pun bukan sesiapa
resah gelisah jiwaku
tidak tenteram hatiku
kudengar bisikan bertalu-talu
membuatkan duniaku jadi beku
kutahu ini sekadar ujian
sekuat mana aku akan bertahan
sedangkan ulat dalam batu pun boleh makan
apa sahajalah hendak kukeluhkesahkan
kalau aku berpada-pada
pasti segalanya cukup sentiasa
namun apakan daya
kerana nafsu kutewas juga
hidupku bukan untuk diriku
selain dari aku punya Kamu
aku juga ada amanah pemberianmu
lalu apa yang ada bukan semata-mata untukku
Tuhan, berikan aku kekuatan
agar aku bisa terus bertahan
andai esok aku tidak lagi kelihatan
biarlah pulangku dalam keadaan aman
***biarlah tiada yang faham, asalkan puas hati ini dapat meluahkan...
salam,,semoga kekuatan itu menjadi milik kita=))
BalasPadamTak perlu orang lain fahamkan kak...asal saja hati ada sedikit kelegaan dari luahan itu sudah cukup baik...kata2 semangat teman2 itu terapi yg paling baik...jadinya..bertabah dan redha yer kak..ALLAH sentiasa akan bantu kita selagi mana kita tidak lupakan DIA...
BalasPadamSetuju kakcik...
BalasPadamKena luahkan..
Baru reda sikit, kan?
Abg Bob balik kang, cerita kat dia :)
Selagi jantung berdegup dan mental masih waras berfikir, masalah tak pernah kekang dari ingatan. Masalah itulah yang menjadi kita makin matang walaupun jika silap ditangani akan menangislah hati. Harap Kakcik tabah kerana di hujung kegelapan pasti ada sinar menanti harapan....
BalasPadaminsha Allah kakcik moga dipermudahkan jalan hidup ini,
BalasPadammoga dimurahkan rezeki
dan bahagia di dunia dan akhirat.
tenangkan hati ya.
Dari Allah..untuk kita..kepada Allah juga penghujungnya..tidak kira apa pun situasinya..
BalasPadamLaaa...dah kenapa pulak ni, Kakcik? Ingatkan mestilah teruja nak pi makan angin kat Vietnam. Nasib baik pandai meluahkan dengan kata-kata begini, kalau tidak makan hati dalam je, Kakcik. Saya kalau makan hati, nangis-nangis jerk atas katil :)
BalasPadamYelah ....aru U okay KC?.....
BalasPadamNama pun manusia KC....manusia kan mmg selalu diuji. Kita ikut jer rentak ujian. Moga KC kuat yer!
Tak mengapa. paling tidak suami masih ada menemani di sisi...
BalasPadam