Kawan-kawan kakcik

Khamis, 22 Januari 2015

Hargai ibumu saat nyawanya ada lagi...

...bukan menangis meraung bila beliau sudah mati

saat hidupnya kau sisih dia ke tepi
walau makan minumnya masih kau ambil peduli
tapi kau biarkan dia terperuk di bilik yang sepi
tempat tinggalnya berdebu serta berdaki

apa juga alasan kau beri
konon tak sama agama yang kamu dan dia anuti
namun tanpa dia adakah kamu ujud di hari ini
bolehkah kau bermewah dengan segala yang kau kecapi

jangan malu dengan ibumu sendiri
kawan datang dan kawan pergi
kerana 'sesuatu' kamu dihampiri
tapi bila tiada apa-apa kamu akan dihindari

ibumu tak akan tega melihat kau susah
dengan  apa cara pun dia mahu nasibmu berubah
biar dia seorang menanggung susah payah
asal sahaja akhirnya kau boleh bermewah-mewah

sayangnya bila kau sudah senang
tidak terlihat olehmu airmatanya bergenang
saat kau sudah menjadi 'orang'
ibumu terpinggir bagai barang terbuang...

Catatan ini adalah sebuah kisah benar yang telah kusaksikan tidak lama dulu, namun kuolah agar ianya sama-sama boleh kita serapkan di kalbu... Siapalah kita tanpa seorang wanita yang bernama IBU...



10 ulasan:

  1. mereka lupa mereka juga ada anak..karma ALLAH tu ada ..cuma lambat atau cepat aje

    BalasPadam
  2. assalamualikum kakcik, jangan nanti anak2 kita jadi macam cerita legenda Si Tenggang udah lah kan, isnya allah semoga anak cucu kita akan terus berbakti dan berbakti kepada oran gtua mereka selagai ada hayat dikandong badan

    BalasPadam
  3. Mudah-mudahan kita tidak akan melupakan ibu yang telah banyak berkorban
    pada kita semua.

    BalasPadam
  4. Moga kita tetap kenang jasa dan pengorbanan ibu kita dan anak2 kita pun begitu. Amin

    BalasPadam
  5. Anak2 ni kadang lupa..

    Selagi hidup ibu akan sentiasa mendoakan mereka...

    BalasPadam
  6. Jasa mereka tiada tandingan. Semoga kita semua menjadi anak yangbak kepada ibu bapa kita.

    BalasPadam
  7. Saya dah tiada ibu tapi ada seorang ibu tiri yg baik sangat... mudah2an saya akan jadi anak yang baik untuk orang tua...

    BalasPadam
  8. Kalaulah semua anak-anak boleh memahami apa yg kakcik nasihatkan di sini alangkah baiknya..

    BalasPadam
  9. Bila baca kisah begini, terkenang-kenang nasib diri di kemudian hari. Bagaimana agaknya nasib diri sendiri? Sedihlah kakcik baca entri ni, asyik teringat kat mak yang dah tua, yang dah tak sama macam dirinya dulu-dulu. Sedih mengenangkannya....

    BalasPadam
  10. ya allah...sedihnya baca..huhu. semoga kita semua terus diberi keimanan untk berbakti kepada mak dan ayah kita..amin

    zinziemeewah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com