Bila kita ditanya,
kita tuturkan kata-kata dengan riak dan nada bangga -
'kita sentiasa bersedia, malah kita adalah antara yang terbaik dalam dunia'
Sinisnya kata-kata kita
sehingga seolah-olah mengatasi Yang Maha Berkuasa
dan dalam berbangga itu kita menjadi alpa dan leka
sedangkan DIA tak pernah lupa memerhatikan kita
Lalu didatangkan ujian buat kita
dan kita pun terpinga-pinga
melatah terkinja-kinja
bagaikan kita tak pernah ada dosa
Kerana sikap takbur segelintir kita
mereka yang tidak tahu apa-apa turut terlibat sama
anak-anak kecil yang tidak berdosa
turut menjadi mangsa
warga tua dan wanita yang tidak berdaya
hanya mampu berdoa dan terus berdoa
dan kita masih banyak cakap dari bekerja
apa yang kita buat konon betul semua
Tak mengapalah kerana Allah itu hakim yang Maha Bijaksana
biarlah DIA mengaturkan mengikut ketentuanNya
semoga kita mendapat pengajaran yang sangat berharga
bersatulah kita atas nama manusia
bukan berpecah-belah atas alasan fahaman tak sama...
Innalillahhiwainnailaihirojiun
Assalamualaikum,
BalasPadamBongkaknya KITA itu (termasuk daku) padahal baru secoet je Allah jentik awan :(
Ya Allah,, Ingatkan aku andai aku lupa,,aminnn
BalasPadamKita kata sistem pendidikan kita adalah yang terbaik di dunia
BalasPadamrupanya kita negara kedua tercorot dalam sistem pendidikan di Asia Tenggara
Kita kata mata wang kita mempunyai fendumental yang kukuh
tapi baru-baru ini nilai mata wang kita jatuh menjunam
Kita selalu puji kita terbaik segala-galanya
tapi orang luar nampak apa yang kita pura-pura tak nampak
tak perlulah puja puji diri sendiri
tak perlu bongkak bodoh
tak rugi merendah diri
sebelum Allah rendahkan diri kita serendah-rendahnya....
(Peringatan untuk diri saya juga...)
Betul kak..kita ni sering sangat alpa..bicara seolah hidup selamanya di dunia..nauzubillah. .moga Allah terima taubat kita..amin..
BalasPadamKita selalu lupa Allah Maha Besar...bila dah terantuk baru nak tergadah...(betulkan jika silap)...Kuasa Allah mengatasi segala2nya.Allah jua tempat memohon pertolongan.
BalasPadamadakah kita ni mudah lupa
BalasPadamBetul komen Anyss
BalasPadamBaru secoet ALLAH jentik awan...
Belum digegarnya bumi ini lg.. Tp kemusnahan akibat awan yg secoet dijengkit adalah dugaan maha besar buat yg terlibat.
Insaf rasanya diri ini dgn yg ALLAH timpakan hanya dugaan yg ringan begitu.
Insaf kerana kuatir tak mampu lg menghadapi dugaan yg lagi besar.
Allahuakbar... Lindungila kami semua.
Bertabahlah kita semua dalam menghadapi ujian dariNYA kala ini.
BalasPadamSemoga Allah permudahkan segalanya dan mereka tabah menghadapinya..
BalasPadamKita ni manusia yang mudah alpa, Kakcik. Kalau tidak disedarkan dengan dugaan, kita terus-terusan melupakan-Nya!
BalasPadam