Kawan-kawan kakcik

Isnin, 8 Disember 2014

Anak-anak kecil itu - di mana penjaga / ibubapa mereka?...

Waktu : sekitar 5.30 - 6.00 petang
Lokasi : Taman Rimba Ampang
Situasi : Cuaca redup selepas hujan, air mengalir lesu, sepasang suami-isteri bersiar-siar dalam kereta mereka (seperti biasa yang mereka lakukan bila ada masa)...

Kelihatan di Taman Rimba itu, ada :

* keluarga yang riang ria bermandi-manda
* pemuda-pemuda dengan  motorsikal mereka
* pasangan lelaki perempuan memadu asmara hingga ada yang bertindih-tindih paha
* kumpulan orang yang santai-santai berbual sesama mereka

Yang aku suka :

* Taman Rimba itu kelihatan bersih dari sampah sarap.  Tidak seperti yang pernah kulihat dulu - sampah bersepah-sepah
* boleh bawa kereta masuk hingga ke penghujung jalan seperti dulu-dulu.  Ada satu ketika sebelum ini, kereta kena ditinggalkan di kawasan yang disediakan dan pengunjung kena berjalan kaki untuk masuk (mungkin sebab pengunjung tidak begitu ramai)
* tiada bayaran masuk dikenakan

Yang aku hendak cerita :

Ada sekumpulan anak-anak - pada pandangan mataku, usia mereka (sekumpulan 4 - 5 orang) adalah sekitar 10 - 12 tahun (maknanya masih di bangku sekolah rendah, sekiranya mereka masih bersekolah).

Yang membuatkan aku rasa 'terkejut' adalah beberapa orang dari mereka menghisap rokok dengan lagak bagaikan lelaki dewasa.  Berkepul-kepul asap dikeluarkan dari hidung dan mulut. Bukan gaya orang yang baru mencuba-cuba, tapi gaya orang yang sudah biasa.

Rokok bukankah sudah mahal harganya?  Dari mana mereka mendapat wang untuk membeli?  Di mana penjaga atau ibubapa mereka?  Apakah perbuatan mereka memang diketahui oleh keluarga? Adakah mereka tahu tentang bahaya merokok?  Atau mereka tak pernah peduli kerana dengan merokok mereka keihatan dewasa dan bergaya?  Allah ya Allah. Kesiannya.  Sekecil itu mereka 'dibunuh senyap-senyap'.

Mari kita tanya :

Mampukah aku (seorang dewasa / seorang ibu / seorang anggota masyarakat) hendak menegur perbuatan mereka itu?

Itulah masalahnya.  Kebanyakan dari kita (termasuk aku), hanya mampu mengeluh dan 'berpura-pura' terkejut.

Hakikatnya, kita langsung tidak mampu hendak menegur apalagi hendak melarang anak orang.   Kalau di rumah mereka, mereka melihat ayahnya merokok tanpa rasa berdosa, alasan apa yang hendak kita nyatakan bahawa MEROKOK ITU HARAM HUKUMNYA?  Hendak bercerita tentang fatwa?  Yang dewasa pun sukar hendak faham (atau sengaja malas hendak faham) apatah lagi untuk anak-anak sekecil itu.  Mereka berbuat sesuatu berdasarkan contoh yang terbentang di hadapan mata, bukan mengikut fatwa yang perlu dibaca...

Berbalik kepada TUGAS kita sebagai anggota masyarakat.  Kita tidak akan berjaya dalam apa juga tindakan, selagi di hati kita tetap dengan rasa 'takut hendak menegur anak orang kerana anak sendiri pun belum tentu berjaya kita bimbingi'...

16 ulasan:

  1. Keadaan akan menjadi rumit bila kita menegur, merka menjawab " ayah saya sendiri merokok! "

    BalasPadam
  2. Yg benarnya cuma mampu tgk je, tak berani nak tegur, mungkin sanggup ikat perut demi sekotak rokok kot

    BalasPadam
  3. betul kacik..kadang datang berani..tapi kena balik disakiti

    BalasPadam
  4. Setuju ngan KC.... Kita mmg tak mampu nak menegur anak orang kalau mereka buat salahkan..... susahnya nak dapat kekuatan itu. Betul jugak ckp KC tu, terdetik jugak dlm hati, anak kita ni dah sempurnakah kita bimbing.... huhu Lemahnya iman kita KC

    BalasPadam
  5. Penang juga sekarang dah bersih berbanding zaman KM sebelum ini hingga Penang di gelar Darul Sampah....

    BalasPadam
  6. Bila tegur orang salah faham kata kita busy body.
    Bila tak tegur orang kata kita tak ambil peduli.
    Dalam kes ni mungkin pihak yang berkenaan wajib lebih prihatin (ibubapa/ pihak berkuasa)

    BalasPadam
  7. kalau saya, saya pun diam je mak... nak tegur kang takut jadi ape2. budak2 skang mak... semuanya boleh bertindak luar kawalan.

    BalasPadam
  8. Kakak rasa semua org macam kakcik juga tahu salah tapi nak tegur serba-salah.
    Yg sedihnya kebanyakkannya 'org kita'.

    BalasPadam
  9. kalau saya pun, mmg sedih tengok gitu. Sedapatnya, kita tegurlah dgn bahasa yg baik. Tapi kena fikir risiko, kalau mcm bahaya kot mereka mengganas..saya pun tak berani. Kalau pasal yg akak sebut tu, sebolehnya ketepikan rasa tu. Ganti dgn, kalau harini aku tegur anak org..Insya Allah ada org tlg tegur anak aku pulak.

    BalasPadam
  10. Tak taulah nak ckp mcm ne. Suami sy pun msh tegar merokok, Kakcik. Huhuhuhu! Moga jauhlah pengaruh ni dr anak-anak.

    BalasPadam
  11. situasi sama cam fara :(

    apa yg saya boleh buat, tunjukkan kesan dan akibat merokok dr sekarang
    harap dia takde keinginan merokok besar nanti
    ofkos sy kena doa lebih2 dr sekarang

    BalasPadam
  12. salam singgah..

    Jemput follow blog saya ye..tq

    BalasPadam
  13. salams kak,

    takut saya kak zaman anak2 membesar nie....nauzubillah jauhkanlah...

    BalasPadam
  14. Memang penuh pancaroba nak membesarkan anak-anak di zaman sekarang ni. Kalau saya pun, sama sajalah kak. Sanggup bercakap belakang aje bila nampak anak orang berkelakuan begini. Nak ditegur takut. Takut pada response mereka, takut pada ibubapa mereka juga. Yalah, ibubapa bukan suka 'orang luar' menegur anak-anak mereka walaupun demi kebaikan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com