biar aku ingatkan diri ini terlebih dahulu
'bukankah lebih baik ada dari tiada?'
'jangan persoalkan kalau orang hendak memberi'
'kalau tak mahu, pulangkan sahaja'
'duit kita, ambillah sahaja'
'syukurlah, negara kita masih aman'
kulihat di kaca televisyen
bagai tak terungkap dengan kata-kata
betapa mereka sangat gembira
seolah-olah RM300 itu boleh diguna setahun
seolah-olah RM600 itu penyelesai segala masalah
aku hidup di Kuala Lumpur
sekali ke pasaraya lebih RM100 perlu dibelanja
di pasar tani juga
ada kain rentang tertulis
kononnya di situ tempat jimat untuk berbelanja
jangan bercakap kalau kau tak pernah singgah
kerana kalau setakat RM50
kau mungkin boleh beli sedikit ikan
dan balik kau masak dengan melebihkan kuah
selangkah bergerak kau perlukan belanja
lainlah kalau kau sanggup berjogging sepanjang masa
perut yang lapar perlu kau isi
lainkah kau boleh kenyang hanya dengan membayangkan nasi
belum bercakap soal sewa rumah
hingga ada yang sanggup bergelandangan di bawah jambatan
begitu juga untuk menimba ilmu
akan dibebankan dengan pelbagai buku yang bukan percuma
mahu pulang ke kampung?
jomlah beramai-ramai kita kerjakan tanah pusaka
itupun jika takdirnya ada
atau kau perlu berparang sesama saudara
demi merebut tanah sekangkang kera
tidak mudah kehidupan kini
lainlah kau berjawatan tinggi
atau kau seorang menteri
atau kau ada kebolehan tersembunyi
boleh kau jana pendapatan tersendiri
tak perlulah kau mengharap-harap lagi...
bila agaknya harga barangan hendak turun?
bila agaknya cukai yang tak nampak hendak disisih?
duit kita sudah kecil nilainya
sedangkan harga keperluan asas kian menggila!
utk kami bertiga tak sampai 2 minggu kot Kakcik...semua brg mahal..
BalasPadamsikit bagi yg duk bandar, tp bg yg duk kampung..
BalasPadambanyak jugak
rasa nak blk duk kg
BalasPadamBetul tu. Terasa sangat mak. Dengan duit minyak, perbelanjaan harian. Perbelanjaan dan yuran tadika/taska makin mahal...huhuhu...
BalasPadamkalau bujang, duduk di rumah pusaka, pakai kereta pusaka, dan bayar segala bil guna wang pusaka, saya rasa, cukup utk sebulan...hahahaha
BalasPadamJangan kata tinggal kat bandar Kakcik, saya ni yang tinggal di kampung (walaupun namanya Bandaraya Alor Setar) kalau RM300 hampir mustahil boleh bertahan sampai 3 hari, biasanya 2 hari saja habis, kadang-kadang cuma sehari dengan RM300 masih tak cukup. Bayangkan 3 anak di IPTA, 2 orang di sekolah menengah, memang rasa termengah-mengah dibuatnya apa lagi di hujung tahun ini... Yang bercakap pandai berdegar-degar di TV tu tak apalah, mereka tinggal di rumah percuma, dapat servant percuma, duit minyak, upah pemandu, insuran, road tax semua gomen tanggung; bolehlah mereka cakap pandai. Yang kita rakyat marhaen ini...
BalasPadamMaaf, kadang-kadang emo bila cakap soal kos sara hidup. Nanti dituduh menghasut pula..
tak lama kalau duit setakat tu... melainkan kita kena turunkan taraf hidup kita... tiada astro, tiada kenderaan, tiada TV, tiada peti sejuk tiada barangan elektrik.. tiada apa pun juga... hanya kerja dan hidup... mungkin boleh bertahan lama...
BalasPadamkami hidup berdua pun teruk jugak kakcik.... hasben OKU... sha kidney failure... ni sementara tinggal dengan in law boleh la bersenang lenang jap... lepas tinggal sendiri nanti camne pun tak tau laa... sedih...
BalasPadamsalam kak, saya yang hidup sorang ni pun kat KL guna banyak duit. Bukan apa, nak berjimat tu rasanya memang macam tak boleh.
BalasPadamMemang kenyataan semua ungkapan kakcik. Bila nenek saya cerita tentang susahnya nak cari beras masa zaman jepun, saya pula rasa mereka masih mewah masa tu. Ikan yg segar dan bersih, hulur saja jiran di sungai. Semua jenis ikan manis2 isinya mudah ditangkap. Nak masak lauk, kelapa betsepah atas tanah. Sayur petik jer sepanjang jalan. Kita nak masak sayur, 2 hengget pun belum tentu dapat. Kalau ada pun...fah kering dan kuning.
BalasPadamJom kita berjimat-cermat seperti yang disarankan pak menteri.
BalasPadamJap, menteri mana yang boleh dijadikan contoh ikutan...? Hm...
tular kan., kadang pada kita RM300-RM600 tu apalah sangat,, tapi pada orang lain, besar rahmat dapat sekali setahun cenggitu.,
BalasPadamSalam Kakchik...betul tu..klu g kedai jer ..RM50 mmg dah sah lar kena bayar..harga brg semua dah mahal
BalasPadamNasib la dok kat kg..tak yah nak bayar tol segala..
Berapa lah sangat RM600 kalau dok kat KL.
BalasPadamSedangkan kat Seremban pun dah x cukup.
Kalau beli susu 3 orang anak untuk sebulan je dah RM200.
Pampers pun dah RM100plus.
klu zila untuk bbrapa hari jew lah..minyak makan dan memang wajib hari2..tu baru sebut keperluan..kalu nak campur dgn kehendak lagi lh..x cukup..
BalasPadamKalau RM300 tu memang tak sempat tengok pun duitnya. Sekali keluar, memang lebih daripada RM100 habis. Kos semua makin meningkat. Gaji tetap sama. Entahlah tak tahu sampai bila boleh bertahan. Kalau banyak pun duit, lama-lama habis juga kalau dikikis.
BalasPadam