Kawan-kawan kakcik

Ahad, 7 Disember 2014

Jom tonton perlawanan bolasepak...

...nanti kalau kita buat status 'jangan tonton bolesepak'
ada yang kata kita tak sayang negara
mak jomlah beramai-ramai kita bagi sokongan
mudah-mudahan sokongan kita memberikan semangat
lalu pemain yang berjuang di tengah padang
memerah segala tenaga dan keringat

jangan nanti bila dah menang
bukan hanya pemain yang dijulang-julang
jurulatih dan persatuan turut dapat nama
isteri pemain pun ada yang terlebih-lebih bangga

tapi bila kalah yang menjadi hadiah
muncullah para pengkritik yang tidak bertauliah
itu salah ini pun salah
disuruh main tahu pulak melatah

hendak sokong bukanlah salah
yang jadi salah bila solat diletak ke sebelah
bertambah-tambah lagi menjadi salah
batas pergaulan selamba diredah

mereka yang bermain ada habuannya
kita yang menyokong jangan tanya apa faedahnya
demi semangat cintakan negara
ramai sahaja yang sudi bagi fatwa

marilah kita beringat bersama
tegur menegur sesama kita
kita ini sudah terlalu lama menjadi leka
hingga kadangkala tanpa sedar kepada Allah kita menderhaka...

5 ulasan:

  1. Demi sebiji bola ramai yang terlupa panggilan Allah. Bagi sesetengah peminat bola, bola dah jadi Tuhan mereka....

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakcik...bola punya pasal lupa semuanya kn...:)

    BalasPadam
  3. Kebetulan laki Okje mmg tak minat sangat KC......minat minat gitu aje....Kalau nak tengok pun tengok TV aje.....Mmg tambah mudahlah OKje. Kita ni org pompuan pun bukan minat kan....

    BalasPadam
  4. Saya tak minat bolalah, kak. Kalau kerana itu saya tak patriotik, okeylah saya terima je. Daripada tengok bola lebih baik saya buat apa yang menjadi kesukaan saya ^_^

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com