Kawan-kawan kakcik

Isnin, 17 November 2014

Menyusukan anak sambil berjalan di pusat membeli-belah...

(Walaupun ini kisah benar, tapi makcik jadikan catatan ini sebagai satu ujian.  Ujian apa?  Tak mengapa, biarlah makcik sahaja yang tahu...)

Satu hari, makcik bersama suami dan anak pergi ke sebuah pusat membeli-belah untuk membeli sedikit barang keperluan harian (sedikit itu pun, sekarang ini kalau tak tunjuk angka ratus, memang bukan membeli-belahlah namanya... Apa nak buat, tak beli nanti tak makan pula walaupun masak sendiri).

Kalau membeli-belah kami selalu berpecah ke bahagian barangan yang hendak dibeli mengikut keperluan masing-masing.  Makcik dengan barang dapur, anak dengan keperluan penjagaan peribadi atau barang keperluan belajar dan suami kadangkala ke bahagian elektrik atau sekadar 'tengok-tengok' atau dia akan mengikut makcik beli barang dapur.

Sedang makcik menuju ke rak barangan yang hendak dibeli, makcik terserempak dengan seorang wanita muda yang sedang menggendong bayi sambil menyusukannya.  Beliau memakai tudung, cuma mungkin di luar sedar beliau telah mendedahkan apa yang tak sepatutnya didedahkan.  Kasihan pula makcik melihatnya. Dalam berkira-kira hendak menegur, wanita itu hilang dari pandangan.  Opsss... ini bukan cerita misteri.  Hilang sebab makcik menghala ke depan dan beliau berjalan ke arah bertentangan dan kebetulan pada hari itu orang agak ramai dan sesak.

Catatan ini sebagai ingatan kepada anak-anak dan adik-adik yang masih menyusukan bayi, berhati-hatilah jangan sampai aset kita jadi tontonan ya.

Sekian, terima kasih.

Gambar dari google images...

21 ulasan:

  1. Mungkin bagi ibu muda itu asetnya itu cuma sebagai alat mengenyangkan bayinya dan bukan sebagai alat yang boleh menarik nafsu seks lelaki...hehehehehe....

    BalasPadam
  2. Mungkin dia tak perasan sampai boleh nampak aset tu, kak. Tapi, sambil berjalan sambil menyusukan bayi ke? Alahai....

    BalasPadam
  3. Patut di tegur tu kakcik...Memalukan tertayang breast kat public...:)

    BalasPadam
  4. Kejadian yang lebih kurang sama pernah berlaku di universiti. Saya pernah ada rakan setugas yang menyusukan anaknya di depan kelas ketika para pelajar sedang menyiapkan tugasan yan beliau berikan. Akhirnya, para pelajar bercakap di belakang dia mengenai tindakannya yang dianggap sebagai tidak wajar.

    BalasPadam
  5. err....malu la pulak baca tapi tak pernah la buat...tak sanggup kot..

    BalasPadam
  6. dia pon acaner blh x pasan..kalo sy nk nyusu anak, byk2 kli tau check..tp xpnh la nyusu sambil bjalan tu..ish3..ape pon xblh

    BalasPadam
  7. huhu itulah kakcik kan, mungkin dia tak perasan kot ada yg tak sepatutnya ternampak... sbb dana biasa nmpak org menyusu di tempat awam tp siap ngn kain tutup mcm dlm gambar tu tp siap berttp ngn selendang bagai...

    bkn tak blh nk menyusukan anak di tmpt awam cume kite kene lebih alert n berhati2 kan, lgpun skrg nih dh makin banyak baju or pakaian menyusu yg terttp

    BalasPadam
  8. x perasanlah tuk kakcik,kasihan plk dgn dia....harap ada org lain yg tegur secara berhemah dr terus dia x prasan ter....

    BalasPadam
  9. Mesti dia tak perasan tu mak. Saya pon pernah menyusukan anak sambil berjalan. ANak dok dlm baby carrier. Terpaksa mak. Sebab dah mangamuk². Terus cari tempat tersorok nak susukan dia. Tapi memang saya make sure suma tak terdedah.

    BalasPadam
  10. walau apa pun alasannya..malu aihh...cari la tempat utk duduk sekejap...dan sedikit terlindung...

    BalasPadam
  11. smpi skrg x berani komen bab ni
    sbb sy penah baca ibu bf yg sgt2 mempertahan kan hak menyusu bg mereka
    saya? ala kadar je , hihi

    BalasPadam
  12. sepatutnya dia kena cari tempat yg sesuai untuk menyusu
    atau baju yang sesuai

    BalasPadam
  13. selagi boleh cari ruang yang jauh dari pandangan mata orang ramai.. kalau dah terdesak sekalipun cover selagi boleh..

    BalasPadam
  14. Ada juga yang pump susu sambil berjalan2. Depan mata saya je..tapi saya tak tegur sebab dia jurujual dalm sebuah kedai barangan bayi...tapi covered. So saya biarkan je sambil dengar bunyi mesin pump susu tu gretttt...gretttt

    BalasPadam
  15. Mgkn dia tak perasanlah Kakcik. Kesian dia. Patut ditegur je. Takut tertayang pada org lain pulak. Apapun, saya puji juga dgn sikap ibu tu sbb dia nak seribu daya utk menyusukan anaknya. Mg ada carrier yg khas boleh menyusukan anak smbl berjalan. Sy sendiri menyokong penyusuan ibu setiap masa dan di mana saja.

    BalasPadam
  16. carilah ruang yg sesuai untuk menyusukan bayi ni, pernah terjadi dalam ktm komuter,ramainya mata2 yg memandang, berbilang kaum.. ana rasa kakcik, kalau nak keluar tak salah kalau dibotolkan untuk anakkan..Waallahu a'lam

    BalasPadam
  17. Bukanke menyusuksn bayi pun ada adabnya? Inilah manusia akhir zaman. Semuanya nk cpt dan ringkas..

    BalasPadam
  18. Saya cukup tak berkenan tengok sesetengah sang ibu memilih tempat yg semborono utk menyusukan anak.. Sebab tu kadang2 ada bilik breastfeed disediakan di shopping mall, kena pandai gunakan ruang yg ada.. Kalau takde, pilihlah tempat yg tersorok sikit. Kita tak tahu kadang2 ada lelaki2 yg jongos menggunakan peluang itu utk menscan benda2 yg tak sepatutnya.. hurmm..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com