Kawan-kawan kakcik

Selasa, 18 November 2014

Masih wajarkah marhaen seperti aku melanggan siaran Astro?...

...aku telah menerima surat cinta dari Astro.  Dalam surat itu tercatat bahawa bayaran perkhidmatan Astro akan naik sebanyak RM5.00 mulai 1 Disember 2014.  Alaaaa... RM5.00 jeeee... bukan banyak mana pun, kan?  Macam juga orang yang isi minyak kenderaan bila harga minyak naik RM0.20sen. Kalau sebelumnya isi RM50.00, sekarang cuma perlu isi RM50.20 jeeee... Huhuhu...

Jangan pura-pura jadi bodohlah!  Yang naik itu bukan macam itu kiraannya.  Ia naik untuk setiap liter yang kita isi.  Kalau dulu isi 10 liter cuma RM21.00, bila dah naik kena bayar RM23.00 untuk 10 liter.  Sekali lagi - alaaaaaa.... RM2.00 pun nak berkira?  Sebab aku tak kaya, aku kena berkira juga walaupun di akhirnya mahu tak mahu, bayar tetap kena bayar.

Berbalik pada bil Astro.  Naik RM5.00 itu asasnya sahaja.  Belum lagi cukai Kerajaan ke apa ke. Sebelum ini aku ambil pakej RM133.00 sebulan.  Kau ingat itu sahaja jumlah yang aku kena bayar? Tidak.  Termasuk cukai apakebendaentah, jumlah yang perlu aku bayar adalah RM141.00 sebulan. Berapa perbezaannya? RM8.00 kan?  Itu untuk sebulan.  Untuk setahun sudah berapa?

Sekarang aku sedang berkira-kira untuk tidak lagi melanggan Astro.  Hampir 3 bulan aku menjadi surirumah, aku tidak pun menghadap siaran televisyen di kebanyakan masa yang aku ada. Apatah lagi siarannya asyik diulang tayang.  Tak tengok sekarang, boleh tengok nanti-nanti sahaja.

Marhaen seperti aku kena mula bijak berkira-kira walaupun aku bukan seorang jurukira (akauntan). Dalam diam, semua harga barang atau perkhidmatan naik tanpa bunyi.  Contohnya, selama ini aku memang membayar RM50.00 sebulan untuk perkhidmatan Celcom Broadband.  Alih-alih, beberapa hari lepas sewaktu hendak membuat bayaran (sudahlah penyata bulanan sama ada melalui pos atau atas talian tidak pernah kuterima walaupun aku sudah membuat aduan), jumlah yang perlu kubayar adalah melebihi RM60.00 sebulan!  Bila ditanya kepada petugas di kaunter, dia pun tak dapat memberikan jawapan... melainkan 'aaa...aaa...aaa...mungkin Puan sudah menggunakan melebihi had'. Sedangkan selama lebih setahun, aku hanya membayar RM50.00 sebulan - tiada pula kes terlebih had atau kuota...

Hari ini, aku masak apa yang ada di dapur.  Aku campurkan semuanya.  Suami dan anak hendak makan atau tidak, terpulanglah. Belajar-belajarlah menyelami erti kesusahan dan ketidakmampuan...

Bawal bersama sos dan bendi.  Sesuatu yang tak pernah aku buat sebelum ini.

25 ulasan:

  1. salam kenal..blogwalking kat sini :)
    musim tengkujuh ni astro lagsung x boleh tengok..rasa macam xnak bayar je bill bulan ni huhuh

    BalasPadam
  2. saya bercadang nak tutup bln jan 2015 ni mak...

    BalasPadam
  3. Saya setuju... Saya pun baru tahun ni jadi surirumah.kalau dulu saya memang tak kisah, takat naik 5hengget pejam mata je tapi sekarang saya kisah. Rm5 blh beli ikan selar kuning yang kecik2 tu 5,6 ekor utk anak saya makan siang dan malam.

    BalasPadam
  4. Naik RM5 Kakcik? Aduh!!! Pening kepalalah mcm ni!

    BalasPadam
  5. bil astro naik RM5
    bil celcom naik RM10
    bil xx naik RM3
    bil yy naik RM1
    bil zz naik RM2.50
    dan macam macam bil lagi naik..yg nilainya, org kata ..sikit.
    kalau di campur semua kenaikkan?
    hahaha

    BalasPadam
  6. saya dah 3 th potong ASTRO kak cik...bkn tgk tv pun ..

    BalasPadam
  7. Tulah saya pun tengah berkira-kira ni..Nak terus langgan astro atau tak, paling tidak pun saya akan potong siaran yang tak sepatutnya..

    BalasPadam
  8. saya bukan pelanggan astro, tv pun kecik dan bentuk kotak jer....hehehe

    BalasPadam
  9. saya dan suami dah bersetuju tak langgan astro.sebab drama sering berulang,dan kebanyakkan rancangan di astro boleh ditonton melalu internet sahaja.Lagipun tak nak terbeban dengan bayaran bulanan..

    sekadar berkongsi :)

    BalasPadam
  10. huhuhu naik lg ek kakcik... rasa nk nngis... dana takmo benti langgan lg astro sbb aiyan kt umah mmg belajar dr astro... klu tv biasa takde lah rancangan tu hari2... tgk lah kot2 thn dpn aiyan dh msk nursery blh kurangkan pakej nyer

    BalasPadam
  11. rasa macam nak potong jer astro kt umah tu.... balik2 cerita yang sama dok ulang.... huhuuu.... mahal pulak tu nak kena bayar....

    BalasPadam
  12. Samalah Kak Cik, memang terasa walaupun naik katanya cuma RM5, tapi lepas campur segala neka, jumlah semakin banyak,kalaulah ada alternatif lain selain astro ni pasti ana tukar, cuma sekitar taman perumahan disini tanpa astro, memang tiada siaran lain kecuali RTM dan TV3 sahaja.. :)

    BalasPadam
  13. Malangnya kita rakyat marhaen ni marah macam mana pun tak ada orang dengar. Nak marah banyak-banyak nanti kita dituduh penghasut di bawah Akta Hasutan pula. Diam-diam sajalah sambil berdoa akan ada perubahan satu hari nanti walaupun dalam hati yakin ia tak mungkin berlaku!!

    BalasPadam
  14. KY pun tengah berkira nak potong astro hujjng tahun nie..

    BalasPadam
  15. RM5 banyak tu ... hmm masa untuk potong Astro.

    BalasPadam
  16. Rasanya saya pun dahlama tak nonton tv
    Mmg bagus kalau kita potong jer Astro tu..
    Biar depa rugi..

    BalasPadam
  17. Kes celcom tu pun saya ada juga kena. dalam bil ada penolakkan dari pihak ketiga mms iklan sedangkan tak pernah request pun. akhirnya terpaksa mengadu ke skmm. alhamdulilah skmm buat kerja dgn baik dan duit dipulangkan.

    Berkenaan astro tu pulak, saya rasa kalau kita dapat sekat sikit nafsu menonton movie, ada baiknya tukar ke njoy. tapi agak leceh sikit la. nanti macam2 astro bagi alasan supaya kita tak potong perkhidmatan dia. kena bertegas sikit.

    BalasPadam
  18. memang saya pelik dgn celcom.
    saya bayar bil bulanan tak abes2 exceed.
    nak kata extreme penggunaannya tu memang taklah sebab online pakai maxis broadband.
    tapi sentiasa ada overdue charges. pelik tul. tak sampai tengah bulan dah kena bar. sokmo kena bar. pendek kata saya rasa saya bil 2X sebulan. parok duit. mahal giler. ambil pakej 68 ringgit je sebulan. bayor beratus2. tak faham betul.

    astro? memang takkan dan tak hingin guna.. huhu..

    BalasPadam
  19. Saya pun bercadang nak unsubscribe siaran tv berbayar yg dilanggan... Rasa mcm rugi sbb tak guna... Tak baik membazir, kan? Boleh la simpan duit sikit utk belanja kat msia yg makin menghimpit

    BalasPadam
  20. Ya ke kak naik lagi RM5? Saya langsung tak tahu. Saya setakat asteruk ni cuma langgan mini pakej je - kartun untuk anak-anak dan news untuk HD. Saya sendiri jarang tengok asteruk kecuali channel 393 tu je. Takda masalah kalau asteruk takda. Cerita pun ulang-tayang entah berapa kali.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com