Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 28 November 2014

Hidup berjiran - sabar dan tolak ansur itu satu kemestian...

Diambil (tanpa izin) dari : http://keluargadam.blogspot.com/2012/01/adad-adab-berjiran.html

ADAB-ADAB BERJIRAN

1.   Memberi salam apabila bertemu.
2.   Jangan banyak bertanya hal-hal yang tidak diberitahu.
3. Menziarahi jiran apabila jiran sakit atau ditimpa musibah.
4. Menunjukkan simpati apabila jiran menghadapi kesusahan.
5.  Turut merasa gembira apabila jiran mendapat berita gembira.
6.   Memaafkan kesalahan jiran.
7. Tidak menunjukkan pandangan(meninjau-ninjau) ke dalam rumah jiran sehingga menyebabkan terbuka auratnya.
8. Tidak menimbulkan rasa susah hati jiran.(cth. daun-daun dari halaman kita gugur ke halaman jiran menyebabkan jiran rasa tidak selesa.)
9.  Tidak menyempitkan jalan ke rumahnya yakni jiran.
10.  Menutup keaiban jiran.
11.  Meringankan beban jiran.(cth: membantu jiran apabila jiran menghadapi kesusahan)
12. Tidak mudah terpedaya dengan kata-kata fitnah terhadap jiran kita.
13.  Menghormati isteri atau pembantu rumah jiran kita.
14.  Berlemah lembut terhadap anak-anak jiran tetangga.
15. Membantu/memberi tunjuk ajar kepada jiran kita dalam hal-hal dunia/akhirat sekiranya kita mampu.

Kisah aku (tidak berkaitan dengan adab-adab di atas) :

Bagi diri aku sendiri, aku sebenarnya bukanlah seorang jiran yang 'baik'.  Aku memang jenis yang tak suka keluar rumah jika tiada hal.  Keluar pun selalunya bersama suami. 'Cerita dari luar' biasanya suami yang akan sampaikan kepadaku.  Suamiku memang suka bergaul dengan masyarakat hingga kadangkala aku rasa dia macam 'ketua kampung' lagaknya.  Sampah tak dikutip - orang cari dia, ular masuk rumah - orang telefon dia minta panggilkan bomba (bukankah senang kalau terus telefon sendiri) dan banyak lagilah.  Padahal suamiku itu bukan siapa-siapa pun.  Kerja pun cuma pemanduku...

Baru-baru ini suamiku bercerita tentang seorang jiran yang tidak puas hati tentang tempat letak kereta.  Iya, jiran-jiranku kebanyakannya mempunyai lebih dari 3 buah kereta bagi sebuah rumah.  Hanya di rumahku sahaja ada 2 buah kereta - kereta En. Suami dan kereta Angah.

Jiranku (A) mengadu kepada suamiku kenapa sipolan (B) tu tak letak kereta di hadapan rumah sahaja?.  Kenapa perlu letak di tempat lapang yang dia (A) hendak letak keretanya? Aku pun pelik, tempat yang B letak kereta tu memang bertentangan dengan rumahnya.  Rumah A terletak berselangan beberapa pintu dari rumah B. Hmmm tak faham aku.  Lantak kalianlah... Yang aku tak suka, bila suamiku dijadikan tempat mengadu, silap-silap nanti dia (suamiku) pula yang disalahkan konon jadi batu api walaupun dia hanya diam tidak berbunyi...

13 ulasan:

  1. memang macam2 ragam hidup berjiran nih ^_^*

    BalasPadam
  2. Bila Kakcik cerita bab jiran..seriously saya sgt sedih...berjiran lebih 10 tahun..tanpa sebab yang kami tahu dah lebih 5 tahun kami dijadikan musuh...tak diusik tak bercerita pun tapi kami dimusuhi ..pernah seorg imam menjadi org tgah utk damaikan tapi disalahtafsir yg kami ni mengadu domba..sungguh kami tak faham...skrg hanya mampu berdoa semoga Allah lembutkan hati jiran kami ... :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. faham bagaimana rasa sbb akak pun alaminya..:)

      Padam
    2. Sedih kan akak...berborak tidak..bercakap tentang dia pun tidak...keluar kerja pagi sampai rumah pun dah hampir pukul 7pm...tiba2 dituduh busuk hati....redha je la..kdg2 nak je pegi tanya apa masalah tapi en hubby tak bagi..dia suruh berdoa supaya mereka dilembutkan hati..

      Padam
  3. kakcik...saya pun mcm kakcik jugak..tak keluar rumah kalau takde hal penting..keluar pun bersama suami ja...agaknya dek tak keluar rumah...dituduh dok membela jembalang dalam rumah hehe

    BalasPadam
  4. kak cik, saya pun sedang bengang ngn jiran yg suka memandai2 buat kawasan rumah sy mcm umah dia.. tp rasa hormat itu masih ada... buat tak tau ja laaa

    BalasPadam
  5. Memang kalau tak sungguh, tak senang hidup berjiran ni, kak. Yalah rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Depan kita mungkin nampak okey je, belakang kita tak tahu macamana gayanya. Setakat ni alhamdulillah, takda masalah pulak saya dengan jiran-jiran. Mostly pun jiran saya berlainan bangsa. Saya ni pulak jenis balik rumah terus kunci pintu. Hujung minggu memang tak nampak dah! Hahaha...

    BalasPadam
  6. hahaa..mmg pelik tu kak, dah tmpt lapang tu dpn rumah org tu, tak salah la dia parking.

    BalasPadam
  7. Alhamdulilah nekcik seronok dan syukur dapat jiran yang baik baik...ada yang seperti adik beradik dan sedara mara...jiran nekcik ni ada indon..ada filipin...tapi kami semua rapat..memang ada sejenis dua yang pelik perangai ni..tapi kalau tak perlu kita biarkan jer......

    BalasPadam
  8. Si B tu memang macam tak ada timbangrasa. Betul juga kata A kenapa tak parking aje depan rumah dia. Macam-macamlah...

    BalasPadam
  9. lini pun bkn jiran yg baik sbb lini jarang ada kat umah pasal lini bekerja. hari mggu mmg duk umah je..kalau keluar pun gi sidai kain n kuar ngan husband....

    masalah parking kereta jiran saya ada 3 kereta jgk dan ada sebuah kereta tu dia mmg selalu park kat area umah saya betul2 muat2 kereta suami nk keluar je....tp x mau bising2 la..karang gaduh pulak...dah la pernah dengar owner lama x ngam ngan jiran sebelah...

    BalasPadam
  10. Nasib baik jiran2 saya ok. Dpt terima kekurangan saya sefamily

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com