Kawan-kawan kakcik

Khamis, 30 Oktober 2014

Syukurilah rezeki yang kita ada saat ini...

...kerana kita tak tahu apa yang akan kita dapati sebentar lagi.

Mungkin rezeki itu kekal begitu.  Mungkin juga akan bertambah sama ada dengan usaha atau secara tidak diduga.  Tidak mustahil juga rezeki itu akan hilang dalam sekelip mata.

Jangan bongkak berkata 'aku berusaha keras,  jadi rezeki pasti bertambah berlipat kali ganda'.  Rezeki kita datang dari Yang Maha Berkuasa.   Kita hanya boleh berusaha tanpa putus asa.  Rezeki tidak datang secara bergolek.   Bukan senang hendak senang,  kan?
Rezeki juga tidak turun dari langit kalau sekadar hanya duduk berdoa tanpa usaha.

Eh...sebenarnya saat menaip ini, aku duduk dalam kereta.   Menanti suami yang sedang bersarapan bersama kawannya.   Sebelum itu aku sudah bersarapan dahulu.   Aku tak mahu mengganggu perbualan suami dengan rakannya itu.

Tadi aku melihat suami menghampiri seseorang.   Dia menghulurkan sebungkus teh tarik dan sedikit wang yang disumbangkan oleh jiran kami.  Dari jauh aku melihat lelaki itu sangat teruja dengan rezeki yang didapatinya.   Pasti di luar dugaannya.

Ia tidak berkaitan dengan nilai, tapi mungkin sangat berkaitan dengan keperluan.   Keperluan perut yang perlu diisi seawal pagi...
Ada atau tidak antara kita pagi ini membazirkan rezeki?  Minum seteguk atau makan sesudu kemudian tinggalkan bakinya begitu sahaja atas alasan yang hanya kita tahu?

Terfikirkah kita tentang ada orang yang terpaksa mengais bagai ayam untuk mendapatkan sedikit rezeki?

Fikirkanlah...

19 ulasan:

  1. bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini.

    BalasPadam
  2. Betullah Kakcik. Jgn lupa rezeki Allah beri..
    Kalau boleh tadah tangan rezeki dtg bergolek tak apa juga
    Macam tu kakak pun nak - tak payah kerja doa tadah tangan aje hihi....

    BalasPadam
  3. Kena sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT bagi kepada kita. Ringankan tangan untuk membantu saudara yang memerlukan juga.

    BalasPadam
  4. Bukan senang nak wujudkan rasa syukur tulus ikhlas, terutama kepada generasi muda. Semasa saya muda juga rasanya jarang fikirkannya, ketika itu agresif, cuma fikir nak rebut apa yg ada. Sekarang bila dah berusia, semakin mengenali Tuhan, banyak yang difikirkan secara lebih realistik...

    BalasPadam
  5. Kadang2 ada yang rasa mereka dah mampu menongkat langit, maka perkataan syukur seolah2 lenyap dari kamus mereka.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah kak chik... bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas dan terus beramal....

    BalasPadam
  7. SEDIHNYA KAK CIK... AMAT BERSYUKUR DENGAN REZEKI ALLAH SEKARANG NI... SEMOGA YG LAIN JUGA BEROLEH REZEKI DARI ALLAH

    BalasPadam
  8. salams kak chik,

    semoga allah memberi rezki kepada semua hamba2nya
    sedih sgt kalau tgk org yg tak berkemampuan....

    BalasPadam
  9. Betul tu kakcik, kadangkala, dek kerana melimpahnya rezeki yg kita perolehi, kita pandang enteng nikmat2 tu..mereka yg tak ada ( macam contoh lelaki yg terima wang & teh tarik tu), kalau dapat, akan betul2 menghargai

    BalasPadam
  10. Salam Nur,

    Bersyukurlah kita dengan reezeki yang Allah berikan. Semoga rezeki tu berkat.

    BalasPadam
  11. Betul Kakcik. Syukur walaupun pokai tp sy tak putus mkn minum dan Allah kurniakan rezeki kesihatan bt kami anak beranak.

    BalasPadam
  12. bersyukur dgn membalas semula melalui ibadah2 yg DIA telah wajibkan...

    BalasPadam
  13. Rezeki yang Allah bagi ni memang sebenarnya untukl dikongsi dengan orang lain..kak Kakcik..bukan nya untuk diri sendiri je..

    BalasPadam
  14. Moga kita semua sentiasa diberkatiNYA.. dan moga dengan sedikit rezeki yang ada mampu membuatkan insan lain gembira atas pemberian kita.

    BalasPadam
  15. alamak.. macam dah terbazir sikit pagi tadi.. ~.~"
    alhamdulillah, entri yg bagus kakcik utk mengingatkan diri yang sering lalai tadi.. :(

    BalasPadam
  16. Alhamdhulillah..masih di beri peluang untuk berkongsi rezeki pada yg memerlukan..amin

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com