Kawan-kawan kakcik

Isnin, 6 Oktober 2014

Hari raya korban...

...seperti biasa waktu berjalan
ke hadapan dan terus ke hadapan
tidak sesekali waktu dapat diundurkan
yang berkorban dan yang terkorban
adakah suratan atau kebetulan

hari raya korban
kulalui tanpa perasaan
tiada sesuatu yang menggembirakan
hanya ayahku lebih kurindukan

kawan
selagi ada ayahibu kalian
berbaik-baiklah jangan melawan
tiadanya esok untuk apa lagi dirindukan
andai hari ini kamu tidak sanggup berkorban

tidakkah boleh perasaanmu kau ketepikan
konon ayahibu denganmu tidak sehaluan
mereka bagimu hanya menjengkelkan
sedang tanpa mereka mungkinkah kamu dilahirkan

di hari raya korban
perasaan ini telah lama aku korbankan
untuk mereka di sekeliling yang tak pernah perasan
tak mengapalah sayu ini jauh-jauh kupendamkan...

9 ulasan:

  1. salam aidiladha kakcik, betul lah kata2 kakcik tu tanpa ibubapa siapalah kita kan selagi ada mereka harus dan wajib sangat kita hormati, bila dah takda memang tercari2

    BalasPadam
  2. Beruntunglah mereka yang masih ada ibu bapa untuk sesekali melepas rindu. Benar kata orang hargailah sesuatu yang masih ada sebelum ia tiada kerana bukan semua yang hilang itu boleh dicari ganti di kedai runcit atau di pasaraya besar...

    Salam Eidel Adha buat Kakcik..

    BalasPadam
  3. Benar kata kakcik
    Sementara ibu abah kita masih ada guna peluang utk rapatkan diri dgn mereka. Tanpa mereka kita akan terasa kehilangan...
    Alhamdulillah masih punya bapa mertua dan ibu mertua...mmg kami gunakan sebaiknya. Bila2 abah panggil pulang, mmg kami berkejar pulang....
    Sebab saya terasa sgt kehilangan bila ibu saya dah tiada kami adik beradik jarang bersama2 mcm dulu.

    BalasPadam
  4. selamat hari raya kak cik..sedih baca..ayah ibu jauh dikampung..rindu sangat2 nk balik ..tp masa tidak mengizinkan...

    BalasPadam
  5. sedih pula membacanya. tiba-tiba saya rasa nak muhasabah diri sendiri.. sebab sy pon banyak buat silap dgn abah saya.. T_T

    BalasPadam
  6. salam aidiladha kakcik..maaf zahir batin. awat sedih sangat entry ni..

    BalasPadam
  7. Salam aidiladha mak....sedih plak entry mak kali ni....SA lebih terkenang arwah atuk...alfatihah...

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Raya Aidil Adha kak...Pilu dan sayu sgt kata2 akk...tersimpat tersirat tersurat kisah sedih dlm perhubungan anak ibu dan ayah...semoga kakcik sihat2 hendaknya...terguris hati pada anak2 tersimpan rasa berkecil hati atas sikap anak2...begitu juga sebaliknya...terguris hati ibuayah terhadap kita...mohon bermaafan agar rapat semula segala yg renggang...agar jernih kembali kekeruhan...InsyaAllah...

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Raya Aidiladha Kak Cik Seroja..sesungguhnya ayah dan mak lah yang menjadi keutamaan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com