Kerajaan hanya mengurangkan subsidi
dah banyak yang Kerajaan bagi
'buruk siku'nya bukan berulangkali
Kamu hendak apa lagi
takkan bersyukur pun kamu tak reti
hidup dalam negara yang aman damai ini
kalau ada jenayah pun hanya kes terpencil yang berlaku sesekali
Belajarlah berhemah dalam berbelanja
usahlah bercuti hingga ke luar negara
walaupun ada tambang murah dari Air Asia
dengan kos tersembunyinya baik kamu berjaga-jaga
Biarkanlah sahaja pemimpinmu ke sini sana
mereka keluar untuk membawa nama negara
kelak bila mereka dikenali dunia
kamu juga boleh tumpang berbangga
Kita boleh dalam serba-serbinya
kita berusaha jadi nombor satu di mata dunia
biarkan mereka berkata apa sahaja
negara kita ikut suka kita nak buat apa
Kita taburkan derma ke serata dunia
kita buat apa yang orang lain tak terfikir tentangnya
kita bercakap sekehendak hati kita
kita pedulikan saudara yang kelaparan di sudut dapur kita
'Apa sangatlah dengan nilai dua kupang
bukankah jauh lebih murah dari tiket wayang'
itu hanyalah kata-kata dari sibangang
tidakkah kau sedar apa yang terjadi berulang-ulang
Malam ini harga minyak naik
esok harga roti pun turut naik
walaupun hanya menggunakan serbuk penaik
tapi alasan peniaga akan kedengaranlah yang pelik-pelik...
Begitulah kehidupan kita Kakcik. Sebagai rakyat, apa yang boleh dibuat hanya redha. Nanti time PRU kita gunakan hak kita sebaiknya.
BalasPadamKan Azie? :(
Padamapa2 pun rakyat juga yang kena tanggung....ni GST plak bakal menyusul...
BalasPadamMungkinkah kerana kita yang memilih untuk begitu?...
PadamGST nie banyak beban dr senang kan rakyat
BalasPadamermmmmmm minyak plak dah naik
minyak naik...semua barang akan naik..tahun depan nak tempoh GST lagi...huhu..:(
BalasPadamnak watcamna, suka tak suka terima saja....semoga DIA mencukupkan yang terkurang.
BalasPadamMeraung macam mana pun rakyat dia buat tak tahu kakcik
BalasPadamKelak PRU dia tabur janji lagi..
sape kita utk menidakkan mak... moga ktia semua diberi rezki yang luas utk terus menempuh saki baki duniawi ini...
BalasPadamPRU lambat lagi Kak Cik, buatlah apa pun nanti kita lupakan semuanya. Kan seperti kata Dr Mahathir orang Melayu mudah lupa? Jadi sementara kita selalu terlupa ni, buatlah apa yang patut. Lagi pun seperti kata seorang ulamak kenaikan itu sudah ketentauan Allah, kita manusia tak boleh buat apa-apa, walaupun kita dikorbankan 3 hari sebelum hari raya korban....
BalasPadamkene berusaha lebih keras lg utk menampung brg2 yg akan naik harga nye nnti kakcik, msti ramai peniaga yg sesuka hati menjadikan 20sen sebagai sbb menaik kan harga sewenang2nyer
BalasPadamahhh 20 sen sahaja apa yg nak dikecohkan sgt dulu isi 40 henggit sekarang 40.20 sen sahaja..ini kata2 penyokong org disebelah "sana".....
BalasPadamBersyukur masih mampu menikmati apa yang ada di negara kita ni.. eemm..
BalasPadamassalamualaikum kakak...
BalasPadamlama tak menyinggah...
hmmm...
masuk2 aja dah terrbaca sesuatu yang bertentangan dengan pemikiran...
okay tak apa...abaikan...
cuma satu sahaja saya nak saling berpesan-pesan...
"Berhenti Merungut dan Teruskan Langkah Terus Ke Depan."
"Merungut2 adalah sifat Iblis di Hadapan Allah ketika ia diminta sujud kepada Adam."
semoga segalanya baik2 saja... semoga rezeki kakak dan orang lain akan murah... amiinnn... supaya kelak kakak tak perlu jadi macam orang lain bila saatnya rezeki dan nikmat itu di tarik kembali... amiinn...
take care kakak....
Assalamualaikumm...
betulla kata Dr M : Melayu mudah lupa.......emmmmm
BalasPadamAs salam kak..
BalasPadamNak buat macam mana kak, nak merungut nanti orang kata kita tak bersyukur. Nak mengkritik nanti, orang kata kita tak layak. Nanti tak pasal-pasal je kena ceramah rezeki tak berkat lah, nikmat Tuhan dah bagi; kena tarik kang padan muka. Memang sebegitulah sikap sesetengah orang melayu kita. Ikut je la kak, jadi pak tunduk. Ikut je. Ikutttttt jeeeeee...
Maaf, mungkin ada sedikit harsh pendapat saya ni.. T_T