Kawan-kawan kakcik

Selasa, 7 Oktober 2014

Ditangani Azhan Rani, watak AR Tompel menjadi 'hidup'...

...menjadi seorang pesara, memang kedengaran atau kelihatannya mempunyai sangat banyak masa terluang.  Hakikatnya, hanya mereka yang menghadapi situasi 'alam selepas pekerjaan'  ini yang mengetahui sendiri bagaimana aturan hidup mereka ditangani...

Menghabiskan sisa-sisa hidup, kadangkala menjadi satu perjalanan yang sia-sia jika tidak kena gaya dalam menanganinya.  Bagaimanapun, ruang yang lebih terbuka memberikan kita sedikit waktu rehat yang mungkin selama ini kita tak punya.

Konon-kononnya kerana ada waktu rehat yang panjang, aku telah membeli filem Saloma - Sebuah Biopik karya Melissa Saila di Saluran Astro.  Filem yang mempunyai dua bahagian dan disiarkan di dua saluran Astro, boleh dibeli dengan harga hanya RM20.00 sahaja.  Dan - seperti selalu, aku memang tidak berkesempatan untuk menonton dari awal hingga akhir dengan sepenuhnya walaupun filem tersebut disiarkan berulang-ulang untuk tempoh 48 jam.

Walaubagaimanapun, dalam kesempatan menonton, aku sangat tertarik dengan lakonan aktor berbakat - Azhan Rani.  Melihat kepada watak yang dibawakannya, memang aku merasakan yang sedang berlakon itu adalah AR Tompel yang sebenar-benarnya.   Gaya percakapan, perawakan dan serba-serbinya, bagaikan itu adalah Tompel yang sebenar walaupun aku rasa Tompel agak lebih kurus dari Azhan Rani.

Sumber gambar  : DI SINI

Aku tidak ingin memperkatakan tentang peribadi Tompel sebagaimana yang digambarkan di dalam filem tersebut.   Sebaliknya, aku hanya ingin menyatakan tentang keberkesanan lakonan Azhan Rani mengikut pandangan dan penilaianku sendiri.   Mudah-mudahan selepas ini, lebih ramai pihak yang membuka mata akan bakat dan kebolehan lelaki ini...

Sumber gambar

Sumber gambar


18 ulasan:

  1. saya mmg minat lakonan azhan rani..pertama kali tgk dalam geng surau..dia jadi pak abu klu x salah.mmg pandai belakon la dia ni..menjadi2..(^_^)

    BalasPadam
  2. Eh... bila digayakan mulutnya begitu macam seiraslah kakcik..

    BalasPadam
  3. ISHHH MACAM SEIRAS AJE..... DIA MMG PANDAI BERLAKON KAK ...

    BalasPadam
  4. Patutnya, ambik Adlin Aman Ramli aja yg lakonkan watak Tompel..ekekekeke

    BalasPadam
  5. Saya suka lakonan beliau juga. Berilah apa watak sekalipun, semuanya manis saja. Inspektor polis, bapa, samseng kampung, guru...semuanya menjadi.

    BalasPadam
  6. saya suker ape saja watak yang dia bawak mak...

    BalasPadam
  7. oh pelakon itu kah yang melakonkan watak AR Tompel, dari segi rupa memang saling tak tumpah :)

    BalasPadam
  8. btl kak... sesuai sgt... dana pun dh tgk... mmg ada gaya...
    mmg best tgk cerita tuh, berbaloi byr rm20

    BalasPadam
  9. azhan rani berjaya jadi 'tompel'..serius. macam tu jugak tony eusoff. tahniah utk mereka.

    BalasPadam
  10. salam kak Cik..singgah sini baca artikel

    BalasPadam
  11. Dia ni memang best belakon..drama2 lakonan dia pun best2 semuanya..

    BalasPadam
  12. follow kak cik 1101, cantik angka hehe.. teknik solekannya berjaya menyamai wajah arwah tompel kan kak cik.. :)

    BalasPadam
  13. Muka dia memang sebijik mcm arwah.. And memang kebanyakan pelakon yg talented kat Malaysia, bukanlah pelakon yg selalu dapat award. Malangnya, tak tahulah apa yg menjadi penyukat dlm anugerah industri filem negara kita ni. Pelik

    BalasPadam
  14. penyukat dalam anugerah industry filem?? kontroversi dan publisiti melampau yang membawa kepada populariti....yg selalu keluar tv terutama rancangan gossip atau majalah, suratkhabar untuk cerita baik atau tidak baik, ada facebook, instagram dan yang sewaktu dengannya, rajin post gambar , post cerita, update berita hingga tiada rahsia menjadikan peminat/penonton/pembaca sentiasa ingat mereka....kualiti lakunna/nyanyian/karya sudah tidak menjadi keutamaan...

    BalasPadam
  15. Ramai anak-anak Tompel adalah pelakon. Kenapa Pengarah tak ambik anak-anak Tompel melakonkan wataknya? Mungkin ada sesuatu tentang peribadi bapa mereka yang mereka tak sampai hati melakonkamnnya??

    BalasPadam
  16. memang kena ngan wajah dia jd AR Tompel tu...Alin pun teringin nak beli kat Astro nanti

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com