Kawan-kawan kakcik

Isnin, 15 September 2014

Supermokh - sebuah teater muzikal...

...aku tidak ditaja untuk menonton teater ini, jadi ikut suka akulah nak tulis apa...boleh macam itu?  Hahaha...

Dari pementasan yang pertama dulu, aku memang sangat berkeinginan untuk menonton teater yang diadakan di Istana Budaya ini. 

Jujurnya,  aku meminati lakonan Awie.  Pedulikanlah segala masalah peribadi yang melingkari kehidupan sehariannya.  Kita tidak berada di tempatnya,  maka siapa kita memandai-mandai hendak menokok tambah cerita...

Atas keinginan yang tinggi,  aku fikir aku hendak pergi juga ke persembahan kali ke dua yang diadakan pada 8 hingga 21 September 2014.  Aku war-warkan di facebook tentang keinginanku dan tentang tiada teman yang sudi pergi bersama.   Suamiku hanya sanggup menghantar dan mengambil tapi tak sanggup menonton bersama.

Akhirnya, aku mendapat 3 orang kawan yang sanggup pergi bersama. Kak Zah, CikGadisBunga dan CikPuanLawa...



Aku cuba beli tiket atas talian, tapi tidak berjaya.  99.5%
tempat sudah ditempah.  Akhirnya En Suami hantar ke
kaunter Istana Budaya untuk aku membeli 4 tiket yang 
paling murah (RM46.00 setiap satu)
Bersama Kak Zah.  Hahaha...mukaku selebar dulang!  ;-)
Bersama anak-anakku - gB dan CPL
Nampak tak betapa jauhnya kedudukan kami dari pentas?
Secara keseluruhannya, pementasan selama lebihkurang 3 jam ini sama sekali tidak menghampakan. Antara yang aku suka  :

*  Lakonan (jenaka) dari Douglas Lim - sangat menghiburkan.  Bersahaja tapi ada mesejnya.

**  Babak bila pentas dan seluruh panggung digelapkan.  Hanya kelihatan jalur-jalur cahaya dari baju yang dipakai oleh para pelakon


Yang aku tak suka :

*  Babak di mana Maya Karin duduk di atas paha Awie (dua kali) dan Awie dengan selamba berkata 'dah lama tak romen'... Jika tiada babak itu, ia tidak akan mencacatkan pun jalan cerita dan pementasan yang diadakan

**  Pancaran cahaya laser yang dihalakan kepada para penonton.  Khabarnya, pancaran itu akan dibuat sekiranya ada penonton yang menggunakan telefon bimbit sewaktu menonton.  Pening tau!

Aku teringin hendak pergi menonton sekali lagi dan berangan-angan hendak beli tiket di hadapan sekali.  Bila duduk di hadapan, barulah boleh buat ulasan dengan lebih baik, kan?  Atau Hans Isaac boleh beri tiket percuma untuk makcik?  Hahaha...beranganlah kau...




7 ulasan:

  1. Saya dah lama teringin nak masuk Panggung Istana Budaya..tapi lom ada rezeki lagi..pun sangat minat dengan lakonan Awie..best!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kali kedua kakcik menonton teater di IB. Pertama kali dulu menonton teater Bidasari...

      Padam
  2. Saya tak minat langsung dengan lakonan Awie, mungkin salah saya yg selalu baca akhbar. Tapi saya sangat minat dengan Supermokh kerana ketika dia di puncak populariti saya sudah dewasa. Pernah tengok dia main bola secara live di Stadium Merdeka..
    Tak boleh membayangkan wajah Supermokh bertocang lakonan Awie, bagaimana rupanya...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awie tidak bertocang dalam pementasan itu. Sebaliknya mengenakan misai dan rambut palsu sehingga wajahnya jadi sangat seiras dengan Allahyarham Mokhtar...

      Padam
  3. jommm mak..... kite pegi lagi... ;) ...

    BalasPadam
  4. Best tak kak cik?
    Tajuk teater tu macam best

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com