Kawan-kawan kakcik

Rabu, 10 September 2014

Suatu pagi di Jalan Masjid India...

aku duduk memerhati
ramai orang ke sana ke sini
tapi peliknya bagai bukan di tanahair sendiri
wajah yang mundar mandir lain sekali

bukan Melayu, Cina atau Benggali
wajah India ramai kutemui
tapi rasanya mereka bukan warganegara sini
lagak gaya mereka boleh dikenali

ramai juga berwajah Pakistan
bergaya dengan kemeja dan celana berjalan-jalan
sekali tengok macam hero Hindustan
dua kali tengok -eh! rupanya bukan

Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur
di kedai makan mahupun di gedung-gedung
kurang sekali bangsaku yang mencari rezeki
sebaliknya mereka yang entah dari mana datang ke sini

jangan merintih wahai bangsaku
konon bermaharajalela mereka yang dipanggil pendatang
renungkan dan fikirkan apa kehendakmu
makan disuap tidur ditatang!

12 ulasan:

  1. betul tu kakcik, nak cari kedai makan melayu pun susah byk kedai makan mamak kalau tak masakan tomyam

    BalasPadam
  2. betul tu kakchik.dekat jalan masjid india memang ramai muka-muka yg bukan muka org malaysia.rasa dah dekat luar negara dah.

    BalasPadam
  3. Dah tak pergi ke KL kakcik.. lebih2 lagi Jln masjid India ni.. Skrg ni dimana2 ada mereka ini.. ekonomi kedai makan Dan pakaian telah mula dikuasai mrk.. melayu semakin layu...

    BalasPadam
  4. Itu yg dibandar besar sudah terang dan nyata
    yg dikampung sini pun sama juga
    wajah-wajah asing sudah melata
    'anak sendiri' masih tidak membuka mata

    BalasPadam
  5. Masa tinggal di KL dulu, jln masjid India dah jadi macam rumah nombor 2, hampir setiap minggu ke sana, terutama Mydin (masa tu Mydin baru ada 2 cawangan di KL, di negeri-negeri lain belum ada..). Isteri selalu beli kain untuk di jual bila sesekali balik Kedah & Penang. Minggu depan nak ke Johor, kalau singgah di KL antara tempat yang nak pergi ialah jln masjid India...

    BalasPadam
  6. Malaysia oh Malaysia...dahulu...
    Kini...
    Malaysia oh Banglesia
    Malaysia oh Myamarsia
    Malaysia oh Negrosia

    BalasPadam
  7. betul la kak
    dah lama fenomena ni
    sejak zaman saya kat serdang dulu
    memang ulang alik naik bas di kotaraya tu..
    penuh set2 pendatang ni..

    BalasPadam
  8. Pandai jugak KC bersajak yek....hehe
    Betullah KC kita ni mcm duduk dlm negara depa pulakkan....OKje jarang gi KL tu...

    BalasPadam
  9. mereka gigih mencari sesuap nasi..anak bangsa kita gigih meruntuhkan negara sendiri..

    BalasPadam
  10. Orang kita bangsa kita semakin leka..
    Semakin seronok 'mereka' bermaharajalela.. huhuu

    BalasPadam
  11. Jmeput join kak cik :D http://assiddeeeqah.blogspot.com/2014/09/liebster-award-dari-blogger-zai-jamilah.html

    BalasPadam
  12. mereka memang rajin, tak hidup bermewah dan teringin hidup kaya dengan cara mudah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com