Kawan-kawan kakcik

Isnin, 15 September 2014

Kerana laksa dan cendol Sungkai...

...aku dan suami sanggup menempuh kesesakan lalulintas di lebuhraya utara selatan...
Bagiku dan suami,  laksa dan cendol di sini lebih sedap dari yang biasa kami makan di Kuala Kangsar.

Gerai ini terletak di hadapan rumah kediaman berhampiran simpang empat di Pekan Sungkai.  Tidak jauh dari Masjid Sungkai tapi bukan di bawah khemah sebelah masjid itu.  Kedudukannya di seberang Masjid.   Kalau dari arah selatan,  sebelah kiri jalan sebelum lampu isyarat.   Ke hadapan sedikit baru kita nampak masjid di sebelah kanan.

Tak faham?  Alaaa...nak pergi ke?  Jom ajak makcik sebagai penunjuk jalan.  :)

Kalau melalui Lebuhraya PLUS ke Utara, keluar di susur Sungkai/Trolak. Selepas tol, susur kanan ke pekan Sungkai...

RM3.50
Cendol istimewa - tambah jagung, kacang merah dan pulut.
RM3.50 juga

11 ulasan:

  1. Tak boleh jadi ni...list utk jjcm perak dah bertingkek..bila lah nak pergi..tmbh laksa ni lagi..

    BalasPadam
  2. ooo yang ni sedap ye kak..
    saya pernah dulu makan kat kuala kangsar tu...
    cair bebeno.. sangat cair.. dok lah kami complain sesama sendiri..

    BalasPadam
  3. sedapye laksa... adoi le.. teliurrrr... slurrrpppp..

    BalasPadam
  4. kene masuk list ni sebab hjg bln mgkn nak ke sungkai..

    BalasPadam
  5. Di Alor Setar saya selalu pekena cendol pulut di Jalan Putra...

    BalasPadam
  6. tergoda tengok cendol pulut tu ...lemak manis tentunya

    BalasPadam
  7. woishhhh, sanggup jalan jauh untuk makan ye kakcik....

    BalasPadam
  8. Nak kena singgah juga sini nanti. Saya biasa juga lalu kedai cendol ini akak masa balik rumah mertua. Memang kedai dia tepi jalan kat simpang tu. Nak paking senang. Tempatnya luas.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com