Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 September 2014

Separuh jiwaku...


Syukur Ya Allah
atas jodoh yang Kau beri
kadangkala kami berbalah
tapi kami tetap cuba untuk saling melengkapi

hampir 28 tahun dalam ikatan suami-isteri
kami masih ingin untuk bersama selamanya
biar jika nanti antara kami terpaksa pergi
mohon agar kami dalam rahmat dan kasihMu yang tiada batasnya

Tuhanku
di hujung-hujung usia ini
jangan Kau bolak-balikkan hati dan jiwa kami
tetapkan kami dalam jalanMu yang suci
jauhkan kami dari menempah api

sesungguhnya hanya dengan sedikit ujian
kadangkala membuat diri hilang arah tujuan
kekalkan kami dalam Islam dan Iman
perjalanan kami berdua Kau permudahkan

Tuhanku
kami tidak pernah tahu
tentang berapa banyak lagi Kau pinjamkan waktu
namun dalam detik yang masih bersisa itu
biarlah kami tetap dalam keredhoanMu...

11 ulasan:

  1. amin..Moga Bahagia,kekal hingga ke jannah bonda

    BalasPadam
  2. Barakallahu Lakuma Fii Khair kakcik.. semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah.. Amin

    BalasPadam
  3. Aamiin..semoga bahagia hingga ke syurga

    BalasPadam
  4. TAHNIAH...moga terus bahagia hingga ke jannah....amiin.

    BalasPadam
  5. BIasalah...sesekali lidah pun tegigit juga, ini kan pula yg dah puluhan tahun melayari bahtera yg sama pasti ada ujian yg akhirnya dapat di atasi bersama...

    BalasPadam
  6. Moga kakcik & abg Bob kekal bahagia hingga ke jannah :)
    Insya Allah

    BalasPadam
  7. Moga kakcik dan en. suami kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan moga sihat selalu hendakNYA.

    BalasPadam
  8. amin moga diberkati ke syurga firdaus

    tahniah kak

    BalasPadam
  9. alhamdulillah.. moga kekal bahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat buat akak dan suami. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com