Kawan-kawan kakcik

Isnin, 1 September 2014

Dato' Lee Chong Wei itu bukannya mesin...

...sampai bila agaknya kudrat beliau hendak diperah?

Mesin pun kalau dah lama sangat digunakan, walaupun diselenggara berkali-kali tidak akan dapat bertahan juga andai di guna sepanjang masa.

Bagilah beliau berehat setelah berkali-kali membawa dan mengharumkan nama negara.  Carilah pelapis yang benar-benar boleh menjadi sehebat beliau.  Bukan yang baru menang sekali sudah sombong bagai menongkat langit.  Bukan juga yang bermain hanya sebab ingin bermain-main dan bercita-cita hanya untuk menjadi terkenal dan matlamatnya hanya untuk duit!

Aku melihat di televisyen, Dato' LCW pernah berkata 'bukan senang untuk menjadi saya (yang boleh pergi hingga sejauh ini)'...

9 ulasan:

  1. Semalam, masa menonton beliau bermain sambil makan kat kedai Hareef Tomyam, merasakan bahawa sampai masa beliau bersara tatkala nama masih harum.....

    BalasPadam
  2. erm betul tuh..sepatutnya kena asah bakat bakat baru dlm.bidang badminton..datuk lcw kena berehat jugak

    BalasPadam
  3. Assalam, singgah
    Betul kata kakcik tu, tenaga tu lama-lama akan tumpul juga....pelapis sepatutnya ada......

    BalasPadam
  4. memang susah nak cari pengganti beliau kan..tapi apapun dato LCW memang dh patut bersara pun....

    BalasPadam
  5. Adalah lebih baik seseorang itu berundur ketika namanya masih dijulang. Jangan cuma berundur selepas namanya dipermainkan dengan pelbagai gelaran yg tak sanggup didengar...

    BalasPadam
  6. kita ni sikit sangat pelapis.. ni lah masalah kita..

    BalasPadam
  7. betul kata akak, Dato LCW bukannye mesin kan..

    BalasPadam
  8. betul kakcik...banyak sudah jasanya pada negara...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com