Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 September 2014

Bila bawa anak kecil ke majlis, kawallah mereka...

...agar mereka tidak mendedahkan kelemahan kita sebagai ibubapa...

Sebenarnya aku pelik melihat ada ibubapa yang dengan senang hati membiarkan anak-anak mereka berkeliaran dalam majlis di mana tetamunya bukan seorang dua.  Terdapat juga tetamu-temanu 'bergelar' walaupun mereka tidak duduk di meja yang 'diasing-asingkan kelasnya'.

Sebaliknya ibubapa lebih menumpukan perhatian kepada hidangan yang disediakan.  Anak-anak yang masih kecil dibiarkan memanjat kerusi dan mengambil makanan sendiri.  Tidak peduli pada rakan semeja yang mahu mengambil sama, anak-anak itu sesuka hati memusingkan hidangan ke arah mereka.  Ibu mereka hanya melihat dan membiarkan sahaja.  Kemudian anak-anak itu berlari ke sini sana dan bermain sekeliling meja dan mengganggu alat siaraya.  Selamba ibunya berkata 'itu anak saya, mereka memang tak tahu duduk diam'...hmmmmm

Saat orang lain selesai makan, siibu membawa keluar plastik (mungkin sudah sedia dibawa) dan mengisi lauk yang masih ada lalu memasukkan ke dalam beg.  Anak-anak masih berlarian-larian dan meminta hendak makan buah-buahan yang telah sampai ke meja sebelah.  Tanpa segan silu siibu memanggil pelayan dan berkata 'mana buah?  bawa cepat.  Budak-budak nak makan'.

Aku cuba bersangka baik.  Tapi bila kejadian berlaku di hadapan mata, hati ini berkata-kata juga.  Apatah lagi bila rakan-rakan semeja pun menunjukkan rasa tidak selesa dan mula menjeling-jeling manja!

Orang memang akan berkata 'tak apa, biarlah.  Budak-budak memang macam itu'.  Tapi sebenarnya di dalam hati (akulah itu) memancing dosa dengan berbisik 'makbapak dia ni tak reti jaga anak ke?'

Sayang, kita berpendidikan tinggi dan berjawatan bagus tapi kita rosakkan reputasi kita di mata orang dengan sikap 'tak apa' kita...

19 ulasan:

  1. uffhhhtt...tu yang susah nak dibentuk bonda...

    BalasPadam
  2. tula saya ni selalu membontot ke mana anak saya pegi walaupon tuan rumah kata "takpe..budak2.." tpi saya yg malu..kadang2 tu orang tak perasan saya picit skit bagi diam tp tetap tak diam..

    BalasPadam
  3. aduh.. kan.. cikda pun pernah buat makan2 dan ada tetamu cikda siap bawak belas nak tapau sebab anak2 dia sibuk duk main..majlis lom abis lagi pulak tu.. macam2 ragam..

    BalasPadam
  4. Sebab itulah orang dulu2 berkata, "Sayangkan anak tangan-tangankan". Kalau sesekali ibu bapa berani tangan-tangankan anak untuk disiplinkan mereka, maruah ibu bapa tak akan tercemar di depan orang ramai...

    BalasPadam
  5. jujurnya saya jarang nak pergi ke majlis majlis formal.. bukan malu nak bawak anak-anak.. tapi takut tak mampu nak handle diorang.. ye lah kadang2 diorang pun ada mood jugak.. pernah anak perempuan saya tu saya cubit sampai berbekas peha dia sbb saya geram dia buat perangai.. rasa bersalah sangat lepas geram mcm tu kat dia T_T

    BalasPadam
  6. huhu, igt saya je yang cakap mulut lain, dalam hati lain
    alhamdulillah,setakat ni belum lagi terbalikkan meja di majlis
    nauzubillah

    BalasPadam
  7. saya selalu hadapi situasi macam ni kakcik, dalam bilik consultation saya...yg sakitnya mak, masuk dalam sekali dengan ayah, anak2 4-5 orang...ok la kalau nak masuk, tapi jenis anak2 yg " buas"...saya tak salahkan budak2 tu, sebab mereka masih kecik..sibuk usik mesin scan, usik rak ubat, usik itu, usik ini..yang mak ayah dia buat bodoh aja...kang kalau saya tegur anaknya, sentap mak ayah nya..hahaha

    BalasPadam
  8. Benda ni lah yang merisaukan saya mak. Bukan kat majlis² kenduri jer, kat mana² saja. Risau pandangan orang pada kita dan anak. Memang saya jaga anak² dari buat benda² yg tak sepatutnya. Biar lah orang kata saya garang. Dari orang cop saya tak pandai jaga anak bila di khalayak ramai.

    BalasPadam
  9. Mak...alim pun plg x suka kalau ada parents yg suka lepas tangan baik kat kenduri atau kat umah org...lagi2 mak bapak yg buat dekkkk jek ngan perangai anak2 drg. Alin pun ada ana...kadang2 jadi tarzn kat majlis org sb taknak anak jadi mcm org sakai....tak tau berdiam. Kalau boleh ketil...ketil je...heheheheh

    BalasPadam
  10. saya sangat setuju dengan n3 ni kakcik....kebanyakan (bkn semua)ibu2 muda mendidik anak tanpa displin....bila masuk sk cikgu2 pening nak mendisplinkan mereka....bila ditegur ibubapa mulalah melenting dengan alasan mrk masih budak2......adeh....

    BalasPadam
  11. hurmmm .. tu la kan, sebenarnya berat tanggungjawab seorang mak dan ayah. orang tak cakap anak .. orang kata mak yang salah tak ajar.

    BalasPadam
  12. Buka kat majlis jer, kat kedai makan pun. Benci rimas saya kita tengah makan ada budak2 berkeliaran tepuk tepuk.meja makan kita. Makpakndia buat bodo jerrrr...

    BalasPadam
  13. saya biasa melhat keadaan mcm tu...nak ditegur,anak org...si emak selamba ja membiarkan..
    satu hari saya ke klinik sbb anak tak sihat...dalam ramai2 yg menunggu giliran tu..ada sorg budak yg tak nampak mcm sakit,cergas mengacau budak2 lain...walaupun budak2 lain dok atas riba mak ayah masing2...apa ja yg tercapai dek tangannya-ditarik rambut,kasut,botol susu..ramai yg menangis dek perbuatannya tp si bapanya selamba ja baca majalah..

    BalasPadam
  14. Salam Kak Cik.. tak leh cam tu kan... sikap 'tak apa' tu boleh membuatkan diri terbiasa dgn keadaan begitu, dan selamanya dlm diri.. tak kan rasa sedar.. selagi takde yg tegor, tapi tak tegor salah, tak tegur pun salah... abis camner... sikap org kita.. mcm2 kan...

    BalasPadam
  15. kadang2 tu memang nak wat bodo pikir positif tapi kalau dah benda jadi depan mata mesti termengata jgk..zi penah makan kfc, selambe budak ni datang tarik2 cheezy wedges zi..tengok mak dia boleh plak senyum2..tak kan la taktau adab.orang tengah makan kot..

    BalasPadam
  16. Takda adab pergi ke majlis.. Tak pasal2 kita terpalit dosa sbb mengutuk dlm hati.

    Ramai buat perangai camni mak. Kdg tu bkn majlis pun . Kat hotel pun ada smpi bungkus makanan. Dpn mata kami org tu suruh ank bakar roti smpi kami yg blakang2 ni x de dah roti . Kena minta pekerja resort tambah roti. Eh lepas tu dia bangun lagi bakar smpi penuh sepinggan.bkn mkn pun.. Sibuk duk bungkus.

    Harga roti bkn mahal pun.. Kau beli je lah kat kedai. Kenapalah tamak smpi nak bungkus macam tu smpi org lain nak sarapan pun terganggu sbb sikap buruk awk tu. tu jelah yg sy duk fikir. Memalukan betul!

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Kakcik,

    Membaca coretan Kakcik tentang tingkah lalu anak-anak yang dibawa ke majlis sangat menarik. Tingkah laku dan budi bahasa anak-anak didikan kita mencerminkan perilaku kita suami isteri. Suasana begini sudah tentu merimaskan tuan rumah juga tetamu lain. Ibu dan bapa yang menghadhiri majlis tertentu perlulah bertanggungjawab dengan budi bahasa dan perangai anak-anak mereka. Mak Long tidak suka menuding jari tetapi itulah kelaziman keluarga orang Melayu generasi lapis muda yang sukar dan tidak suka ditegur kesilapan mereka terutama dalam ilmu kekeluargaan. Harapan tidak menyentuh hati sesiapa atas keikhlasan teguran Mak Long.

    BalasPadam
  18. Biasa jugak tgk kalau ada majlis2 area perumahan ni. Mak2 buat x tau je bila anak nak air ke apa sblm waktunya. Sy larang anak2 tp kdg2 jiran ni mst ckp, biasa la bdk2. Mmg bdk2 tp kalau x tegur nnt dia org x tau adab. X tau yg apa dia org buat tu slh. Sm jgk kalau pegi rmh org. Bila sy tegur & tuan rmh ckp x apa la. Bdk2... X bgs la mcm tu. Sy pn x brp suka kalau anak2 jiran dtg trs msk dlm rmh buat mcm rmh snd. Dlm hati mula la. Sbb tu sy larang anak2 pegi rmh jiran tanpa sy. Hehe... Tiba2 kan.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com