...biasanya kita yang perlukan khidmat 'orang tengah' (baca : lintah darat) adalah kita yang mempunyai masalah dari segi kelayakan - gaji kecil, nama disenaraihitam kerana hutang tertunggak dan sebagainya.
Orang tengah ini akan dengan manisnya berkata 'tak mengapa, serahkan pada saya, pinjaman tuan/puan dijamin lulus'. Maka, dia akan berikan nama 'seseorang' di bank berkenaan untuk kita hubungi (mahu tak mahu, hati kita akan syak juga tentang 'hubungan baik' orang tengah ini dengan seseorang di bank itu - hubungan yang bukan berkaitan persaudaraan tapi berkaitan kewangan).
Bila sudah dapat nama, orang tengah itu akan meminta sedikit imbuhan atas khidmatnya memperkenalkan kita dengan orang bank. Urusan seterusnya, kita lakukanlah sendiri dengan menghubungi orang bank berkenaan. Sehingga ke hujung 'cerita' orang tengah ini akan muncul sekali sekala sekadar untuk bertanya 'pinjaman dah lulus ke belum' atau tidak muncul langsung. Kemudian, bila pinjaman diluluskan, eh...eh... hidup lagi rupanya si mamat ini! dia akan datang kerana kononnya pinjaman sudah lulus atas usahanya. Dan dia minta lagi imbuhan. Kerana rasa terikat, kita pun dengan lurusnya, bayarlah berapa yang diminta atas khidmat professionalnya itu sebagaimana yang didakwanya.
Sudahlah pinjaman bank kena bayar, kita terpaksa pula mengeluarkan duit yang bukan sedikit untuk khidmat silintah darat yang bermodalkan airliur semata-mata. Kenyanglah dia sementara mencari mangsa yang lain. Kerana kita sudah terpedaya, hanya yang boleh dibuat 'redhokan saja'. Hendak buat aduan, kepada siapa? Adakah TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA mahu menerima kes sebegini. Tidakkah nanti kita yang menjadi mangsa ini dipersalahkan semula?
Dari itu, adik-adik dan anak-anak, ringankan mulut dan dan rajinkan tubuh badan untuk 'bergerak' sendiri ke mana-mana institusi kewangan bagi bertanya dan mendapatkan apa yang kita mahukan tanpa terpedaya dengan janji-janji manis orang yang hanya mahu senang atas kesusahan orang lain...
org tengah ni ada dimana2...hanya bermodalkan ayat2 manis...dia dapat untung atas angin...
BalasPadamtiba2 teringat TONTO kat tempat keje suami...
cara mudah utk dapat duit dari kite2 yg kadang mls berusaha hhehheheh
BalasPadamagaknya kalau gi sendiri kat bank tu konfem tak lulus kot
BalasPadamKadang2 sbb dah buntu.tak tau mana nk tuju.bila adaorg offer itu jelah harapan kita. Dan kemudian kita pun rasa terhutang budi? Yelah kekadang bukan semua org nk tolong lagi2 bila bab duit ni..apa2 pun.sbgai peringatan awl..ukur baju dibadan sendiri.plus..pengursan kewangan penting sejak dari awal bukan dah teruk baru beringat.huhu.terkomen lebih pulak.
BalasPadam'Penyakit' yg kian sebati dlm masyarakat kita ini sebenarnya Kakcik.
BalasPadamKalau orang jenis tak fikir panjang, memang mudah diperdaya mcm nih.
BalasPadamSaya tak bekerja..
BalasPadamMmg taklayak pinjam bank...
:-(
bahaya kan kak chik dengan istilah "orang tengah" ni
BalasPadamItu menipu namanya.
BalasPadamItu besar kemungkinan kita terlibat dalam rasuah.
Nak ke kita beli kereta/ rumah/ etc, yg mana terpalit dosa rasuah dalam nya?
Yg paling menyakitkan hati ada orang tengah yg menjual nama bossnya yg kononnya meminta 'duit kopi' utk luluskan sesuatu tapi si-boss tak tau apa pun. Saya pernah terkena orang jual nama, memang sangat sakit hati....
BalasPadamBiasanya sbb takut x lulus tu yg pki org tgh tu kot mak
BalasPadamSelagi boleh akan saya elak.. biarlah saya bersusah-payah menguruskan sendiri.. Lagipun orang tengah tu tak perlu tahu segala macam dokumen mahupun masalah saya.. ;)
BalasPadamtkut nak meminjam , hidup ala kadar saja
BalasPadamNak meminjam pun kena ikt kemampuan. Sng nk byr blk semula kan...
BalasPadam