Kawan-kawan kakcik

Rabu, 16 Julai 2014

Iftar di Satay Station - hanya RM55.00 dan makan selagi terdaya...

Tarikh  : 15 Julai 2014 = 17 Ramadhan 1435H
Tempat :  Satay Station Ampang Waterfront

Kami anak beranak berbuka di sini atas pelawaan Along.

Siapa yang ingin berbuka dengan selesa, solat Maghrib sebelum terus menjamu selera, bolehlah berkunjung ke sini.  Pelbagai makanan yang rasanya tak akan mampu untuk dijamah semua, sedia menanti anda.  Premis yang luas dan bersih (mendapat taraf A dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya) tidak akan membuatkan anda terasa sesak.  Makanan yang dihidangkan semuanya enak-enak belaka, cuma sayang tak mungkin dapat kita rasa semua...

Hidangan yang disediakan khusus sepanjang bulan Ramadhan sahaja.  Di bulan-bulan lain, hidangan yang ada di sini cuma satay, mee rebus dan sup daging.  Mari lihat apa yang disediakan di sini (ada hidangan yang terlepas untuk diambil gambarnya)...

Ada pemuzik yang memainkan lagu-lagu asli
yang lunak didengar.













Pasangan penaja

RM55.00 untuk dewasa dan RM28.00 untuk
kanak-kanak.  Ada nombor telefon di situ
sekiranya ingin menempah tempat.

Ini bukan salah satu hidangan.  Ini adalah budak kecil yang
sangat baik - memberi peluang kepada ibu-bapa, datuk-nenek
dan pakcik-pakciknya makan dengan selesa.

18 ulasan:

  1. Kawan sekerja saya berhajat betul nak berbuka di sini. Kebetulan dia memang tinggal di Ampang. Thanks info Kakcik. Nanti saya tunjuk gambar dan catatan ini pada dia...

    BalasPadam
  2. Salam kakcik
    belum pernah lagi mkn kt sini..selalu satey hj samsuri aje..thanx bg info nih

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kakcik Nur dan salam Ramadhan.

    Masya Allah banyak sungguh juadah yang sedap dipamirkan. Sudah lama tidak melihat makanan tempatan begitu banyak untuk dinikmati. Terima kasih, memberi tahu dan kalau diizinkan NYA in-sha Allah sampailah ke tempat tersebut nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam dan Salam Ramadhan Mak Long...

      terima kasih juga kerana sudi singgah dan membaca catatan kakcik di sini... :)

      Padam
  4. begitu banyak menu yang di sediakan dengan cuma RM55 seorang.. memang sangat berbaloi. bak kata kakciklah..tak mungkin kita boleh makan kesemuanya..
    baiknya baby tu.. :)

    BalasPadam
  5. Murah gak. Selalu pergi makan satay je.cucu tu comelnya.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kakcik..wah bestnya berbuka diluar...:)

    BalasPadam
  7. Tak berkesempatan berbuffet di mana2 tahun ni..lagipun makan berpantang..hehe (^_^)

    BalasPadam
  8. wah meriahnya makanan kt situ...banyaknyaaaaaa......

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com