Calar dan kemek pintu keretaku dari pintu belakang ke pintu depan sebelah penumpang.
Baiknya suamiku.
Dia lebih kasihankan lelaki Indonesia itu dari keretanya!
Kata suamiku 'kasihan dia. Kakinya mungkin patah. Lagipun dia minta maaf dari saya. Dia tak ada lesen memandu. Motornya tak ada cukai jalan. Kalau saya bawa ke balai polis, sah dia kena tahan'.
Kasihannya suamiku pada lelaki itu bukan hanya pada hari kejadian, selepas seminggu pun dia masih menyebut 'kesian lelaki itu'. Sampaikan aku terfikir 'sebenarnya siapa yang bersalah ni?' Lelaki itu sebenarnya memandu laju di kawasan sesak sehingga dia tidak melihat (mungkin), isyarat hendak membelok terkelip-kelip di lampu keretaku. Berdentum la jawabnya. Ini bukan kali pertama suamiku 'melepaskan' penunggang motosikal yang melanggar kereta kami. Alasannya 'sia-sia saja kalau saya buat tuntutan, pasti orang tu tak mampu nak bayar' Huhuhu...
Lain rambut lain hati. Bukan semua orang berhati begitu. Itulah beza, antara orang yang tewas dek amarah... dengan orang yang mengawal amarah.
BalasPadamSemoga Allah murahkan rezeki suami akak atas sifat murah hatinya itu (^_^)
BalasPadamassalamualaikum kakcik...syukur alhamdullilah x semua manusia samakn...yer la dah nak kena langgar kita nak buat mcm mana itulah takdir namanya...x payah la nak salahkn sesiapa pulak...
BalasPadamalhamdulillah..ayah sgt baik hati mak :)
BalasPadamDulu penah gak kete depan remuk teruk langgar ngan estima org cina yg bawak. Tapi org tu cool je sb dia break mengejut. Laki pun tak byk cita sb dah nak jadi. Alin plak kaku dlm kete sb terkejut. Report polis n claim insurans...abis citer
BalasPadamBaik suami akak. Semoga dimurahkan rezeki suami akak berlembut dengan orang yang ada masalah macam tu.
BalasPadamKita yg sakit hati kan. Penunggang motor mmg selalu camtu la.
BalasPadamKita yg sakit hati kan. Penunggang motor mmg selalu camtu la.
BalasPadamSebenarnya suami kakcik punya sifat pemaaf. Tidak mudah marah. Mungkin kita rasa rugi tapi hakikatnya org Indon itu berterima kasih dan malaikat tak lupa tugasnya mencatat... beruntung suami kakcik (ada saham akhirat tu)
BalasPadammulianya hati suami kakcik..susah nak cari orang cam tu sekarang ni..semoga Allah membalas segala kebaikannya..:)
BalasPadamSaya jenis macam suami akak. Walaupun memang salah dia, tapi kasihan pada dia kerana tentu tak siapa yang mahukan accident. Kita bernasib baik sebab tak bersalah dan tak perlu bayar ganti rugi dan repair kenderaan sendiri pada masa yang sama. Anggap itu sedekah apa tah lagi tengok gaya dia macam tak mampu bayar ..Allah..he he boleh gitu kak?
BalasPadamBukan sebab nakkan ganti rugi tapi lebih kepada beri pengajaran pada pemandu tu. Mudahnya bangsa asing memandu di atas jalanraya tanpa sebarang lesen.
BalasPadameemm, takpelah kakcik.. moga orang tu sihat hendakNYA.
dalam seribu, sepuluh pemandu macam ni dah cukup. maka kurang la kematian penunggang yang disebabkan kecuaian/keangkuhan pemandu...
BalasPadamMoga Allah sahaja yg membalas kebaikan Abg Bob tu kakcik..Insya Allah..balasan di Sana lebih kekal dan bernilai...
BalasPadamIgt kan bila baca tajuk, kakcik nak bercerita pasal kes CDM25 ..hihii
Baik nya hati suami kakcik..saya tak kan semulia itu kak..dah lah memandu tidak berlesen..Ini dia yg patah kaki..dibuatnya yg dilanggar pula meninggal..Apa jdnyakan...
BalasPadammulianya hati akak dan suami. moga Allah membalasnya dgn sebesar ganjaran
BalasPadambsr ganjaran yg suami kakcik dpt tuh.... biarlah di akhirat nnti di hitung kakcik... itulah kadang2 mmg geram ngn warga asing nih, sudah la bwk moto di malaysia tanpa lesen tanpa permit, sesuka hati je taknk ikut undang2
BalasPadambaiknya.. susah nak cr org gini kak.. rezeki org tuh la yer.. minta2 pasni pemandu tuh lebih berhemah dan gi ambik lesen.. kiki
BalasPadamitulah dia abang bob... :D
BalasPadamAdalah ganjaran pahala di atas kebaikan n keikhlasan suami kakcik tu
BalasPadamCermin sisi kereta saya dah banyak kali kena langgar dan pecah. Saya juga seperti suami Kakcik, buat tak kisah aje. Buang karan saja nak gaduh2 pasal perkara itu. Agaknya itu perangai biasa lelaki yg tak begitu suka gaduh2...?
BalasPadamAlahai...baiknya hati ayah,mak..kita yg peremuan ni mungkin x sesabar ayah....
BalasPadam