Tarikh : 15 Julai 2014 = 17 Ramadhan 1435H
Tempat : Satay Station Ampang Waterfront
Kami anak beranak berbuka di sini atas pelawaan Along.
Siapa yang ingin berbuka dengan selesa, solat Maghrib sebelum terus menjamu selera, bolehlah berkunjung ke sini. Pelbagai makanan yang rasanya tak akan mampu untuk dijamah semua, sedia menanti anda. Premis yang luas dan bersih (mendapat taraf A dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya) tidak akan membuatkan anda terasa sesak. Makanan yang dihidangkan semuanya enak-enak belaka, cuma sayang tak mungkin dapat kita rasa semua...
Hidangan yang disediakan khusus sepanjang bulan Ramadhan sahaja. Di bulan-bulan lain, hidangan yang ada di sini cuma satay, mee rebus dan sup daging. Mari lihat apa yang disediakan di sini (ada hidangan yang terlepas untuk diambil gambarnya)...
Ada pemuzik yang memainkan lagu-lagu asli yang lunak didengar. |
Pasangan penaja |
RM55.00 untuk dewasa dan RM28.00 untuk kanak-kanak. Ada nombor telefon di situ sekiranya ingin menempah tempat. |
Ini bukan salah satu hidangan. Ini adalah budak kecil yang sangat baik - memberi peluang kepada ibu-bapa, datuk-nenek dan pakcik-pakciknya makan dengan selesa. |
Kawan sekerja saya berhajat betul nak berbuka di sini. Kebetulan dia memang tinggal di Ampang. Thanks info Kakcik. Nanti saya tunjuk gambar dan catatan ini pada dia...
BalasPadamOk, Azie... :)
PadamSalam kakcik
BalasPadambelum pernah lagi mkn kt sini..selalu satey hj samsuri aje..thanx bg info nih
You are welcome Dik. 😊
PadamAssalamualaikum Kakcik Nur dan salam Ramadhan.
BalasPadamMasya Allah banyak sungguh juadah yang sedap dipamirkan. Sudah lama tidak melihat makanan tempatan begitu banyak untuk dinikmati. Terima kasih, memberi tahu dan kalau diizinkan NYA in-sha Allah sampailah ke tempat tersebut nanti.
Waalaikummussalam dan Salam Ramadhan Mak Long...
Padamterima kasih juga kerana sudi singgah dan membaca catatan kakcik di sini... :)
begitu banyak menu yang di sediakan dengan cuma RM55 seorang.. memang sangat berbaloi. bak kata kakciklah..tak mungkin kita boleh makan kesemuanya..
BalasPadambaiknya baby tu.. :)
Memang sangat berbaloi, Kakyon... :)
PadamAlalala...dak tenit tu comel!!!!!
BalasPadamHahaha... dak kenit yang selalu nak menyusu...
PadamMurah gak. Selalu pergi makan satay je.cucu tu comelnya.
BalasPadamBuffet ni ada di bulan Ramadhan je... :)
Padam10minit je dari rumah saya :)
BalasPadamWah...boleh berjalan je la... :)
Padamassalamualaikum kakcik..wah bestnya berbuka diluar...:)
BalasPadamTak berkesempatan berbuffet di mana2 tahun ni..lagipun makan berpantang..hehe (^_^)
BalasPadamwah meriahnya makanan kt situ...banyaknyaaaaaa......
BalasPadamdakkecik tu yg sedap sekali!
BalasPadam