Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 18 April 2014

Anakanda...

saat kau hadir dalam rahim bonda
gembiranya ayahanda dan bonda tidak terkata
kaulah kurniaan Ilahi yang tidak terhingga nilainya
setiap detik bonda mengira penuh teruja

lelah dan letih bonda tak peduli
detik demi detik hari demi hari
tak sabar bonda menanti
untuk menatap wajahmu yang comel lagi suci

setelah hadirmu dalam hidup kami
dibelai dan diasuh agar kau tidak disakiti
sanggup bonda berjaga hingga ke pagi
asalkan dirimu lena dan dilindungi

bila dirimu meningkat remaja
susah hati bonda jangan dikira
keselamatanmu jadi agenda utama
pelajaranmu juga untuk dunia dan agama

setelah kau dewasa dan ingin berkeluarga
resah bonda tak juga reda
pelbagai persoalan berlegar di jiwa
apakah nanti kau boleh bahagia

Duhai anakanda

selagi bonda bernafas dan bernyawa
rasa tanggungjawab kepadamu sentiasa ada
biarpun kau sudah berjaya dan bahagia
doa bonda buatmu tiada hentinya...

19 ulasan:

  1. mudah2an anak2 kita sentiasa ingat pada kita walau sejauh mana pun mereka pergi yer kakcik.. kerana doa kita akan sentiasa mengiringi mereka !

    BalasPadam
  2. Doa dan kasih ibu sentiasa mengiringi....

    BalasPadam
  3. ohh mak...ini lah yg ku terasa ketika ini..kalau boleh nak hadiahkan dunia yg indah-indah saja pada anak-anak..

    BalasPadam
  4. Cuma bila kita sudah bergelar ibu baru la kita tahu perasaan ibu kita dulu.

    BalasPadam
  5. uwaaaa, sedih pulak baca :(
    Sayang ibuuuu.!
    Pengorbanan seorang ibuuu..

    BalasPadam
  6. Kasih sayang ibu sampai ke syurga..sob..sob.. (T T)

    BalasPadam
  7. Mewakili Luahan Hati semua bonda2 didunia
    Oh Anak
    Adakah ko memahaminya????

    BalasPadam
  8. Kasih bunda tiada galang gantinya.....

    BalasPadam
  9. Salam singgah,

    Begitulah ya kasih seorang ibu. Memang tak mungkin ada galang-gantinya. Kalaulah saya tunjukkan pada anak bujang saya ni, tentu terkesat-kesat airmata dek kesedihan ...

    BalasPadam
  10. banyak pengorbanan menjadi seorang ibu...sebab tu para2 isteri diluar sana...anda patut bangga suami anda utamakan ibunya...betul x mak?

    BalasPadam
  11. Samalah kita...sentiasa risau dengan masa depan anak-anak dalam mengharungi dunia yang kadang2 sangat kejam ini. Semoga doa kita sentiasa dimakbulkan Allah, semoga kerisauan kita tentang mereka cuma satu mimpi atas keyakinan Allah sentiasa memerhati dan melindungi....

    BalasPadam
  12. insyallah kakcik... moga anakanda itu lg satu hari nnti akan jaga kita di hari tua

    BalasPadam
  13. Terharu baca..kasih ibu tiada galang gantinya..

    BalasPadam
  14. Kasih ibu hingga ke hujung nyawa..Mudah2an anak2 mengerti semua itu

    BalasPadam
  15. Kasih ibu bawa kesyurga.... makchaq anak dah besaq2 pun rasa macam depa masih kecik.. risaukan makan minum depa la... itu la ini la......

    BalasPadam
  16. Beruntunglah si anak, bertuahlah si ibu..huhuhu

    BalasPadam
  17. Puisi seorang bonda kepada anakandanya.
    Sungguh terkesan di hati.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com