Kawan-kawan kakcik

Ahad, 20 April 2014

Kasihan anak-anak muda di kaunter itu...

mereka sebangsa denganku
pasti agama yang tertera di pengenalan diri juga sama denganku

mungkin tidak banyak pilihan yang mereka ada
mencari rezeki demi hidup yang perlu diteruskan
menjadi juruwang atau pekerja mengangkat barang
minuman haram pun mereka uruskan
daging haram juga terpaksa mereka sentuh

siapakah yang memaksa mereka?

andai mereka tidak bekerja
nanti dicop mereka pemalas
bila mereka bekerja begitu
nanti ditanya 'takde kerja lain ke?'

selamanya manusia hanya lebih pandai berkata-kata dari memberikan pilihan yang tepat...

5 ulasan:

  1. Assalammualaikum,

    sebaik²nya kene elak kerja macam tu
    insyALLAH ada lagi baik dgn berusaha mencarinya
    walau pon kerja cuci kereta kira lagi bagus

    BalasPadam
  2. Setiap kerja ada fungsinya untuk kebaikan masyarakat. Ia seperti dalam masyarakat anai-anai, ada Raja, Permaisuri, tentera dan pekerja, semua ada fungsi masing-masing. Jika Raja dan Permaisuri memandang hina kepada pekerja anai-anai, akibatnya kebuluranlah Raja dan Permaisuri kerana pekerja (anai-anai yang ada di rumah kita) itulah yang membekalkan mereka makanan.... Begitu juga dalam masyarakat kita, jangan memandang rendah kepada pekerja bawahan kerana merekalah yang melengkapkan kehidupan ini....

    BalasPadam
  3. kerap juga terfikir pada pekerja2 yg mengangkut sampah2..kalau bukan mereka tentu sampah tak terurus..

    BalasPadam
  4. sebolehnya, patut dielakkan....

    BalasPadam
  5. Pada saya kena elakkan kerja macam itu. Cuba cari kerja lain yang tidak terlibat dengan jual barang tersebut.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com