Kawan-kawan kakcik

Khamis, 30 Mei 2013

Madinah - aku pulang bersama rindu yang basah (Bhg.2)...

Hotel tempat kami menginap di Madinah terletak lebihkurang 150meter dari Masjid Nabawi.  Cuaca di Madinah sama panasnya dengan di Mekah.

Seterusnya kakcik letak gambar dengan sedikit catatan sahaja, ya...

'Pasar Lambak' di hadapan Masjidil Nabawi.  Kena pandai tawar-
menawar.  Banyak barang yang diletak pada harga SR10. Jubah
juga banyak dijual dengan harga bermula dari SR30 sahaja.

Masjid AlQuba.  Masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah SAW
sebaik Baginda berhijrah ke Madinah.  Disunatkan untuk solat dua
rakaat di masjid ini.

Kakcik tersilap ambil gambar.  Bukan di hotel ini kami menginap.
Bagaimanapun ianya masih dalam deretan yang sama.  Nama
hotelnya ialah Jawharat AlFayrouz Hotel.

Di ladang kurma.  Yang sebenarnya, kami tidak dibawa melawat
ladang. Sebaliknya dibawa masuk ke dalam sebuah bangunan yang
menjual pelbagai jenis kurma dan kekacang.  Di sini, kita boleh
'merasa' sebanyak mana kurma dan kekacang yang dipamerkan
secara percuma.  Jangan pandai-pandai 'songlap' ke dalam poket
atau beg pula, ya?.  Kalau nak, boleh beli.  Bagaimanapun, kakcik
tidak membeli di sini kerana harganya jauh lebih tinggi dari yang
boleh kita dapati di luar.
Di Jabal Uhud.

Di sini, pelbagai jenis barangan boleh didapati dengan harga yang
lebih murah.  Jangan lupa untuk tawar menawar.

Cerminmata yang kakcik pakai itu berharga RM790 (jangan lupa
letak tanda titik antara angka 7 dan 9 itu, ya).  Oh, bukan dibeli
di sana, tetapi hanya di Mydin, Jalan Masjid India... hehehe

Kurma 'mentah'.  Dalam jarak beberapa meter sahaja, harganya
berbeza sehingga 50%.  Di suatu tempat, SR30/kg dan beberapa
langkah ke hadapan, hanya SR15 sahaja.  Tak jauh dari Masjid
Nabawi, khabarnya ia boleh didapati dengan harga SR10/kg.

20 ulasan:

  1. rindu nak kesana lagi
    semoga ada oeluang jejak tanah suci lagi suatu masa nanti

    BalasPadam
  2. msti kakcik seronok kan kt sana... berada di bumi yg Rasulullah SAW penah ada, dpt tgk masjid yg baginda dirikan lg..

    sana sini kurma ye kakcik, pilih je nk yg mahal ke yg murah...

    BalasPadam
  3. Merata2 ada kurma. Kat Malaysia byk masa nak puasa je ;) janji berguna spek Itam tu. Sampai juga spek tu ke mekah ;)

    BalasPadam
  4. alin plg suka kismis mekah. jenis yg besar2 tu..puas makan

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...bila pula masa untuk KY ke sana, mohon pada Allah memberi peluang untuk kY aamiin

    BalasPadam
  6. alhamdulillah....merasa jgk jejak bumi Madinah....

    BalasPadam
  7. mak...
    ade lagik kurma dgn jajan2 dr mekah?hihihi
    best laa mak da sampai sini...harap kami pun dpt ke sini jugak...insyaAllah...

    BalasPadam
  8. kurma mentah tu sedap..
    hehehe.. kakcik beli tak kurma tu.. ;)

    BalasPadam
  9. Salam kakcik..

    seronoknya tengok gambar2 tu.. terkenang2 dibuatnya.. sedapnya kurma mentah..

    BalasPadam
  10. Baca punya lah serius kat atas tu..sampai part spek mata RM790 jgn lupa letak titik tu tergelak pulak saya...mampu saya milikinya tu kak....

    BalasPadam
  11. ya Allah.. kak.. seronoknya tgk gambar2 kat mekah dan madinah ni.

    BalasPadam
  12. kak cik x singgah kt perkuburan baqi' ke?

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Kakcik, seronok yaa dpt menjadi tetamuNya. Semoga ibadat diterimaNya. Berapa kilo beli kurma?

    BalasPadam
  14. kurma mentah sampai malaysia terus masak.. hehehe..

    Mak, saya rasa macam sebahagian dgn mak di sana.. terasa saya mengembara dalam cerita mak tulis neh.. :)

    BalasPadam
  15. insyaalah satu hari nnti sy pasti akan ke sana.. :)

    BalasPadam
  16. Seronok sampai sini KC.....entah biarlah nk sampai sini agaknya

    BalasPadam
  17. bila tengok gambar-gambar ni..Rindu sangat nak pergi lagi..In Shaa ALLAH..

    BalasPadam
  18. bestnya..alhmdulillah semua berjln lncr...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com