Kawan-kawan kakcik

Khamis, 30 Mei 2013

Madinah - aku pulang bersama rindu yang basah (Bhg. 1)...

Setelah sembilan hari menyulam kasih di Kota Mekah, sampailah waktu untuk kami berangkat ke Kota Madinah.  Kota di mana terletaknya Masjidil Nabawi yang di dalamnya bersemadi makam Rasulullah SAW dan sahabat baginda Abu Bakar As-Siddiq dan Umar ibn Al-Khattab.

Jika di Masjidil Haram jemaah lelaki bebas 'beristirehat' di ruang yang dikhususkan untuk jemaah wanita sehingga diusir oleh para petugas, di Masjidil Nabawi keadaan itu tidak berlaku.  Pintu-pintu khusus untuk jemaah wanita telah disediakan.  Di Masjidil Nabawi juga kakcik tidak membawa kamera (walaupun ramai yang selamba membawa masuk).  Ada petugas wanita akan memeriksa badan dan beg yang kita bawa di pintu masuk.  Setiap kali, kakcik akan masuk melalui Pintu 25 (Pintu Uthman bin Affan).

Perjalanan kami dari Kota Mekah ke Kota Madinah mengambil masa hampir 6 jam. Sewaktu mengeluarkan beg di hadapan hotel, baru kakcik tahu ada seorang jemaah yang namanya sama dengan nama kakcik...

Walaupun nama kami sama, tapi kami langsung tak sempat berkenalan!
'Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku peluang untuk kembali bertamu'

'Payung' itu akan mula berkembang pada jam 7 pagi

21 ulasan:

  1. Alhamdulillah... sangat suka tengok gambar Kakcik dan Abg Mus di sana. Ohhh seronok!

    BalasPadam
  2. Assalam Kakcik
    Rindu serindu2nya...kan?

    BalasPadam
  3. dah lama tak jengah ke blog kakcik ni gara2 saya dilanda angin malas.seronok tengok kakcik di sana.Niat hati ni mmg meronta agar dpt jejak kaki ke sana secepat yg boleh inshaAllah.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah... bestnya... bercita2 nak ke sana juga suatu hari nanti..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. mesti rinduuu sangatt kan... :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulilah...seronok ye kakcik...

    BalasPadam
  7. keindahan dlm masjid dan keajaiban payung tuu selalu diceritakan oleh mak dan ayah ieda ..
    huuhu makbulkanlahhh permintaan ku utk kesana huhuh

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...hasrat itu tercapai jugak akhirnya.

    BalasPadam
  9. entah bila la giliran kami pulak..

    BalasPadam
  10. Salam Kakcik;

    Payung tu adalah peberet saya, setiap kali mengembang dan menguncup saya akan setia menanti (7am dan 7pm).. masyaallah.... teknologi German yang mana Malaysia jauh ketinggalan.

    BalasPadam
  11. Alangkah beruntung nya sahabat2 yg telah kesana yer kakcik...RINDU yg mereka kata kan itu hanya mereka yg telah sampai kesana tau apa pegertian nya dari "RINDU" bagi kami yg belum sampai kesana....

    BalasPadam
  12. Salam kakcik....seronok nya tengok lintas langsung dari sana....betul kakcik kalau sekali sampai sana..hati akan rindu untuk ke sana lagi..dan lagi...itulsh kehebstan 2 tempat ini.kakcik nnti tengokn bumbung di masjid tu..masih bergrak lsgi tak.slslu wsktu asar dan msghrib...nekcik pergi x jumpa dia gerak...

    BalasPadam
  13. Kakcik, lama ros xdtg...
    Alhamdulillah kakcik dh dpt pergi... Rindunya ros kat sana :(
    Xmau pergi negara lain dah rasanya ...

    BalasPadam
  14. cantiknya...seronok tgk orang gi umrah..esok2 ada rezeki insyaallah dee pulak ke sana..

    BalasPadam
  15. ya Allah Kak cik..seronoknya...moga ada rezki buat alin nnt

    BalasPadam
  16. cantiknya..bila nk smpai sini..insyallah..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com