Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 2 Mac 2013

Mari sini kita bercerita lagi bab meninggalkan negeri...

Balik balik Kelantan.  Balik balik Kelantan.  Macamlah orang negeri lain tak ada yang meninggalkan negeri asal untuk mencari rezeki.  Rasulullah SAW pun berhijrah tau...

Ada tak menteri yang bila 'mendapat jawatan' akan tinggal menetap di tempat asal mereka?  Ohhhhh... Mereka kena 'membangunkan negara', jadi mereka perlulah berhijrah dan tinggal berhampiran dengan mereka yang sejawatan.  Barulah boleh buat 'percambahan fikiran', kan?  Apa barang nak tinggal di tempat asal!

Berapa banyak tempat asal menteri-menteri sekarang yang pesat membangun ya?  Baling dan Sik terletak di mana, ya?  Kelantan ke?  Ada sesiapa yang tak tahu apa kaitannya Baling dan Sik dalam catatan ini?  Kedua-dua tempat itu dikenali sebagai tempat yang miskin di Malaysia ini.  Bukan sahaja menteri, perdana menteri pun pernah berasal dari negeri di mana Baling dan Sik itu terletak.

Air di Kelantan tu kuning warnanya ya?  Pernah terbaca tak tentang tanah rancangan di Pahang yang tidak mendapat bekalan air bersih?  Bila musim perayaan, masalah bekalan air mereka bertambah parah.  Tiadakah menteri yang berasal dari Pahang dan menetap di negeri itu?   Ke manakah mereka? Oh... Mereka juga berhijrah ya?  Mereka tak sanggup hidup dikelilingi kemiskinan ya?  Jadi, sesuai dengan taraf mereka, rumah mereka mesti di'bangunkan' di tempat yang kononnya 'bangsawan'.  Ada tak agaknya rumah mereka di luar negara ya?

Ini yang kau sibuk sangat ni kenapa kakcik?  Nak jadi calon dalam pilihanraya akan datang ke?

Tak ada maknanya... Tapi negara ini bukankah negara demokrasi?  Kita diberi peluang untuk bersuara walaupun tak semestinya suara kita didengari sesiapa.  Betul tak?


22 ulasan:

  1. jika kat tv lak (artis), asyik2 orang perak... lol

    BalasPadam
  2. betul kak cik..sokong seratus sepuluh peratus..

    BalasPadam
  3. yg pelik kan kak dia suh rakyat kelantan balik negeri asal tapi sampai skrang kwn2, sepupu dan saudara mara sy yg nak balik kelantan tak dapat2.

    sepupu yg keje cikgu kat sarawak tu, berapa kali turun naik putrajaya nak mohon balik sebab nak jaga mak sakit.tapi tak lulus2.sebab dia kata alasan mak sakit tu blh di terima.

    kalau cikgu rakyat kelantan yang nak mintak posting kat kelantan, mmg takkan dapat. jgn harap la nak dapat.huhu

    BalasPadam
  4. ahahha saya undi akak !
    konperm ..

    apa akak cakap betul .. saya setuju .. hurmm saya dah lama x ke kelantan , kalau ada pilihan saya nak je duk sana ;)

    BalasPadam
  5. malas nak ambik tau pasal politik ni, dua-dua tak betul. (ramai yang cakap macam ni, takde kesedaran)

    BalasPadam
  6. yang takde air tu kat jengka..still takde lagi, seminggu tu dah jadi rutin dah..siap kena beli pam elketrik sedut air..apa barang..saya nak undi kakcik jugaks :)

    BalasPadam
  7. haa calon dah bersuara...mmg sy undilah! hehe

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    tengah garu dagu memikirkan isu ni jugak ni...bayangkan:
    semua menteri balik kelate,
    semua cikgu kelik kelate
    semua doktor balik kelate
    semua pensyarah balik kelate
    semua peguam balik kelate
    semua pentadbir balik kelate,
    semua tokey kedai makan balik kelate

    semua minah kilang & mat kilat balik kelate
    semua semua semua lah kiranya balik kelate termasuk penyangak penyamun mat rempit kaki pau balik kelate

    dalam perkiraan saya...5 tahun boleh jadi negara maju tu :D

    BalasPadam
  9. AsSalam Kakcik,

    Tak tahu, tak tahu dan tak mahu tahu..

    BalasPadam
  10. Memang Kakcik..kalau tengok talibesen melayu ni bertambah dungu jadinyaa!!.Kalau Kakcik ada astro tu pasang jer KBSW dari pagi sampai malam...banyak ilmu dan penuh nilai kemanusiaan!!! yang PSY tu jgn le nengok ye!!

    BalasPadam
  11. SETUJU!!!!!!...skrg bertambah femos-amos kelantan dekat2 pilihan raya ni..setiap hari ada je cerita keluar....Yang peliknya orang2 Melayu kelantan ramai yg kaya raya...org kata air kat kelantan warna kuning tapi kulit rakyatnya putih gebuz....hehehe......

    BalasPadam
  12. Anuar Musa..sekampung,malah satu sekolah dgn abg ipar saya...(bukit marak)
    nak kerumah abg ipar saya tu,lalu depan rumah Anuar la..mak oiiii...pondok pak guard dia ja lbh besar dari rumah saya...
    jalan licin cantik...walaupun sblm/slps tu jalan berlubang2 mcm permukaan bulan..

    BalasPadam
  13. Betoi la, tempat lain pun sama jugak ada yg kekurangan itu ini, bukan satu negeri tu saja.

    BalasPadam
  14. Bersuara..bersuara juga. Meh kita turun buat kerja.

    Kerja apa yang kita boleh buat? Pasang bendera pun kerja juga...

    BalasPadam
  15. pas election karang sunyi sepi la..kelantan ke mana kedah ke mana pahang ke mana..pastu 5 thn akan datang timbul balik...bosan.org kelantan kaya2 ape.rumah besar gedabak,emas sampai ke lengan, duit bergulung2 ikat ngan getah je pun huhu

    BalasPadam
  16. Ermmmm.....hanya mampu berfikir...

    BalasPadam
  17. Kadang depa tu cakap saja, bikin nya belum tentu.

    BalasPadam
  18. sokong kakcik... kalau jadi calon pru, pasti x pangkah yg lain dah!

    BalasPadam
  19. Bakal wakil rakyat kakcik ni..hee

    P/s mee bandung kat situ boleh tahan sedap w/pun tak leh lawan mee bandung muar, huhu

    BalasPadam
  20. sebab tu saya tak suka masuk debat masa sekolah dulu. eh, apa kaitan kan? :D

    BalasPadam
  21. negara kita demokrasi tp bkn bersuara penuh mcm kat luar negara tu. apap pun pandangan politik kita, jgnlah sampai jadi kekecohan melampau sbb nak menang pilihanraya je kan.

    BalasPadam
  22. sama2 lah berpikir yang mana baik yang mana buruk.anda yg tentukan ;)

    baling dan sik dekat kedah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com