Kawan-kawan kakcik

Ahad, 3 Mac 2013

Tatacara membuat jemputan...

(Edisi kecil hati kononnya...)


Andai kita ditugaskankan membuat jemputan, maka telitilah dulu apa yang seharusnya ada dalam jemputan itu.  Sekiranya ia meliputi seluruh ahli dan kita hanya perlu menghantar jemputan melalui emel, tiada salahnya kita membuat jemputan secara umum dengan hanya menyatakan Tarikh, Masa dan Lokasi.

Tetapi, sekiranya acara yang akan dijalankan turut mempunyai 'tetamu jemputan' atau 'orang yang diraikan', sepatutnya dalam jemputan itu perkara itu turut dijelaskan.  Sebutkan nama tetamu itu dalam aturcara.  Bukan kerana tetamu itu sangat istimewa hingga kena diwar-warkan namanya, tetapi ia adalah untuk memudahkan tetamu itu meminta pelepasan dari pihak-pihak yang berkenaan sekiranya perlu.  Bila ianya memerlukan pengesahan, bukti apa yang boleh ditunjukkan sedangkan nama pun tiada tercatat dalam aturcara?

Lainlah kisahnya jika ada satu jemputan khas atas nama tetamu itu. Kalau itu pun tiada juga, nak cerita macamana?

6 ulasan:

  1. Kakcik,
    kalau ada dalam aturcara /timetable pun dah ok kan...dulu masa kena tinggalkan sekolah utk beri kursus,jenuh juga nak bagi tau admin.Dan bila jadi admin,jenuh juga dok tertanya tanya bab anak buah...betul ke kena itu kena ini.Skrg dah free pun masih kena bagitau cikli nak pi mana.Kena dpt approval dulu..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu... Ada orang, dia ambil mudah je. Konon dah ada nama sekali harung dalam emel...

      Padam
  2. sebab kita orang2 biasa maka cara jemputnya juga biasa2 saja


    betul kakchik kalau dapat jemputan tp majlisnya time kita kerja memang sgt sukar nak mendapatkan pelepasan dr boss ... hitam putih atas nama kita yg pentingnya

    BalasPadam
  3. kad jemputan???
    klau jemput vip pulak ada protokolnya...
    yg pasti rumit juga, kan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com