Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 25 Januari 2013

Bila hujan lebat...

Pengedar akhbar kerjanya tersekat
Nelayan pula tak dapat menurunkan pukat
Pekerja pejabat mukanya kelat
Ramai yang merah terakam di kad

Kalaulah boleh tarik selimut
Pastinya enak mengulit mimpi
Tapi bila nelayan tidak ke laut
Ikan di pasar tak mampu dibeli

Orang atas pura-pura mengerti
Kesempitan hidup marhaen hadapi
Pelbagai bantuan konon diberi
Pandai-pandailah kalian membalas budi

Pergantungan kita bukan sesama insan
Kerana kita dan mereka adalah hamba Tuhan
Kepada Dialah segalanya kita adukan
Agar hidup ini sentiasa ada panduan

17 ulasan:

  1. Perghhh...dalammm betul. menusuk Kakcik.

    BalasPadam
  2. bersantai di petang hari bersama pantun kakcik yang terpahat di hati. tertanam di minda. biar ringkas, namun tetap padat (^_^)

    BalasPadam
  3. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama :) hujan rahmat di pagi Jumaat

    BalasPadam
  4. betul...SA Pagi ni dapat paper pun lambat...acaner..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak cik

    Dr Maza pernah tulis..
    Agama bukan candu mengkhayalkan rakyat....

    BalasPadam
  6. kalau keruh di hulu, tak mungkin muaranya akan sejernih permata...

    BalasPadam
  7. Wahh..berpantun dipetang jumaat..^^

    Salam kenal kakcik

    BalasPadam
  8. kalau tak nak balas "budi" tu boleh tak kakcik..??hehehh

    BalasPadam
  9. kakchik..satu lahi, waktu hujan lebat tu lah antara waktu mustajab doa...

    BalasPadam
  10. mereka kata mengerti..namun sebenarnya tak pernah merasai keperitan hidup golongan bawahan..

    BalasPadam
  11. Tak ingin rasa nak balas budi
    Kalau kerap sangat diungkit
    Biar budi dibawa ke mati
    Asal hati tak rasa perit...

    Cantik entri ni...

    BalasPadam
  12. Pantun sejuk sejuk yaaa...
    Waktu komen ni ditulis ujan baru nak seriyat. Ujan sejak petang lagi. Kata orang, kalu ujan hari Jumaat, biasanya meleret sampai malam.

    BalasPadam
  13. hujan...bila aman menjadi teman bila ganas jadi pemusnah...
    tak boleh salahkan kejadian alam
    kita yang kena sesuaikan diri dengan keadaan

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com