Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 26 Januari 2013

Macam-macam perangai manusia...

Aku melihat dengan mata sendiri lalu aku tertanya-tanya di dalam hati : apa tujuannya seorang lelaki meletakkan troli pasaraya di hadapan sebuah kereta yang bukan miliknya? Mungkin dia yang baru sahaja meletakkan kereta di sebelah keretaku itu, bimbang troli berkenaan akan bergerak lalu mencalarkan keretanya. Maka dia tidak kisah bila troli yang ditolak ke hadapan kereta lain itu akan menghalang pula perjalanan kereta itu nanti...

8 ulasan:

  1. kereta sya pernah kena geseran troli sya pun tak faham sgn perangai orang yg malas menyimpan semula troli ni

    BalasPadam
  2. biasa terjadi di pasaraya...teruk jugakkan..macam2 hal..bonda....
    xdpt nak jumpe ahad nie..hehe

    BalasPadam
  3. macam2 perangai kan..itu yang lebih pentingkan diri sendiri..

    BalasPadam
  4. tu penting diri sendiri je tu..:)klu kena kat dia baru dia tau sendiri

    BalasPadam
  5. macam2 perangai..ada jugak yang letakkan troli di celah antara 2 kereta...punya la malas nak letak balik troli tu kat tempat asal...oh lupa, mereka tahu akan ada orang yg akan mengutip troli tu....

    BalasPadam
  6. kalau malas nk hantar.. sekurang kurangnya letak kan d tempat yang selamat dari laluan kereta.

    BalasPadam
  7. orang yg pentingkan diri.dia pikir dia saje yg nak cepat.akk pernah kena..siap angkat tangan suh beri dia laluan nak loading barangg masuk dalam kereta..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com