Kawan-kawan kakcik

Khamis, 22 November 2012

WPT 3331 - milik siapakah Mercedes ini? ... (kemaskini)

Dulu kakcik pernah buat catatan tentang KANCIL ini.
Sehari atau dua selepas itu, kancil ini tiada lagi di situ.
Sejak hampir seminggu lalu, sebuah mercedes pula tersadai di hadapan tempat menjual kereta terpakai (mulanya kakcik ingatkan mercedes itu berkaitan dengan tempat jual kereta itu) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Cheras menuju Pandan Indah.

Mula-mula dulu, lampu belakang kereta ini masih berkelip-kelip.
Mungkin disebabkan baterinya sudah kehabisan kuasa, lampu itu
tidak lagi memberikan isyarat.

Nampak (dalam gambar ini tidak kelihatan) debu sudah mula
meliputi kereta ini.  Kalau tuannya tak mahu dan kereta ini tiada
'apa-apa masalah', bolehlah tukarkan hakmilik kepada kakcik!
Disebabkan kereta ini tersadai tidak jauh dari susur keluar Jalan Kuari ke Jalan Lingkaran Tengah 2, ianya agak mengganggu kelancaran lalulintas apalagi di waktu 'sesak'.  Balai Polis Pandan Perdana pun letaknya hanya beberapa puluh meter sahaja dari lokasi kereta itu 'berehat. 

Petang tadi (22/11/2012) kereta itu sudah tiada lagi. Ada sesiapa yang berkenaankah yang telah membaca catatan kakcik ini, ya? . ;-)

24 ulasan:

  1. ye lah kakcik..klu tak bagi lah kita ekk??..hehehe

    BalasPadam
  2. tuan punya kereta takde waris ke..?
    ke dia terlupa kat mana dia tinggalkan kereta..

    psstt: takde pulak yang nak amik kesempatan kat kereta tu ye kakcik.. ;)

    BalasPadam
  3. aik. pelikkan. dah lama tersadai patutnya ada tindakan yg diambil. betul juga kata kakcik, pass jelah kat kakcik kan. hehe

    BalasPadam
  4. agaknyer kete tuh kete curi, tak pun mungkin tuan nyer kete tuh tak byr duit kete kot itu yg letak ikut suke je... atau pun tuan nyer kete tuh kaya sgt, rosak je buang heheheh

    BalasPadam
  5. Patutnya polis kena ambik tau kot....angkut aje kete p balai....nnti waris bole cri kat sana.....

    Klau dah smpi ganggu kelancaran traffic tu...mmg agak mnyusahkan la tu.....tp pelik plak.....x de plak orng nak 'kacau' kete tu ye....:)

    BalasPadam
  6. inilah punca stress kita ni kak :), kak mintak tolong klik button G+1 di entry ini

    Iphone 5 Gadjet Impian

    TQ kak Muuahhhh

    BalasPadam
  7. pelik...polis pon x amik tindakan ke?

    BalasPadam
  8. hmmmm.. pesal pulak tu... pelik...

    BalasPadam
  9. bape hari dah tersadai kereta tu kakcik?

    BalasPadam
  10. sy pn nak...benda free kihkihkih...

    BalasPadam
  11. kereta mewah...terbiar mcm tu ja..ish ish ish...rugi betul..:)

    BalasPadam
  12. ada yg tak kenalah tu..nasiblah ada kakcik orang2 yg prihatin..sapelah tuanpunya kereta ni ye??

    BalasPadam
  13. Ada lah tu cerita di sebalik nya...nak tolong siasat pun takut berebut dgn polis lak..hehehe

    BalasPadam
  14. Lama tu seminggu.. dari ada signal sampai habis bateri..mesti ada something yang tak kena..

    BalasPadam
  15. C200 tersadai tu..
    Cuba check, mana tau ada mayat ke dalam tu!

    BalasPadam
  16. Mesti ada yg tak kena tu kakcik. Bila dah jadi yg tak baik kelak barulah masuk paper sibuk.

    BalasPadam
  17. org malaysia ni kaya kakcik..pasal tu keta letak sesuka hati..

    BalasPadam
  18. haha, polis kena bagi komission kat kakcik buat iklan ni...

    BalasPadam
  19. satu hal pula kakcik kena fikir pasal kereta tu, ya!

    BalasPadam
  20. Mungkin tuan punya kereta ada masalah yang tak mampu mereka selesaikan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.