Kawan-kawan kakcik

Isnin, 26 November 2012

Warna-warna langit...

sigadis merintih mendayu-dayu
menitis hujan di cucur atap
berarak memutih di langit membiru
indah dipandang tak jemu ditatap

atas panggung berdikir barat
selari arah lenggokkan tangan
tidak tertanggung air memberat
dicurahkan ke bumi menjadi hujan

anak buaya belajar menerkam
mangsa bersembunyi di rimbunan padi
jangan terpedaya awan menghitam
ditolak angin hujan tak jadi

sudah hilang awan yang berat
bolehlah dara memasang angan
berhenti sebentar di lampu isyarat
bulan di langit menggamit pandangan

sudah berjanji hendaklah datang
harapan orang jangan dimungkirkan
gambar dirakam di waktu petang
lima setengah waktu ditunjukkan

waktu senja tenggelamnya mentari
tidak terdengar bunyi tekukur
menikmati keindahan ciptaan Ilahi
jangan lupa ucapkan syukur

susun kuih di atas piring
jangan dihidang kuih yang hangit
jalinan putih dan biru seiring
mencorak keindahan di dada langit

20 ulasan:

  1. berpantun kak cik ye..
    indah sungguh pantun kak cik.. :)
    sesuai pulak dgn gambar2 tu ..

    BalasPadam
  2. mana mak gali idea untuk pantun pantun ni semua? saya kan, serangkap sejam pun belum tentu siap...

    BalasPadam
  3. cheqna baca pantun boleh...nak buat pantun??mak aih.......penat gak tu ekekeke

    BalasPadam
  4. nice pic, nice poet..memang berseni la akak ni
    :)

    BalasPadam
  5. Pandai kakcik berpantun.

    Cute header baru ☺☺

    BalasPadam
  6. Saya pun suka berpantun...tapi pantun kakchik memang indah dan berseni..kakcik, boleh saya berguru dgn kakcik?

    BalasPadam
  7. Hebatnya pantun dia...
    Suka pun suka awan. Tgk awan!mcm2 ada lakaran di situkan?

    BalasPadam
  8. Warna-Warna Langit ukuran kehidupan
    Putih, biru dan hitam menjadi perlambangan
    Terkadang kegembiraan seketika kedukaan
    Harus dihadapi dengan ketabahan

    BalasPadam
  9. KA pown mmg suka merenung langit biru ni!

    BalasPadam
  10. wah hebatnya pantun mak..dasat betul meremang bulu roma hehehe

    BalasPadam
  11. kalo yatie berpantun sudah cukup cukup sudah kak cik..hancur leburrr...

    BalasPadam
  12. saya suka tengok bentuk awan...rasa sejuk je hati dan perasaan.

    BalasPadam
  13. saya suka baca pantun dr kakcik walaupun saya tidak pandai dalam bidang puitis nie..

    Kat sini pun hujan turun dengan lebatnya....sejuk + lapar....

    BalasPadam
  14. Cantik gamabr tu kak...
    Akak mmg terer berpantun

    BalasPadam
  15. wah...dasyat betul pantun kak cik..memang terbaik...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com