Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 2 November 2012

Sudah 2/11/2012...

Masa memang tak pernah menunggu kita.  

Adakah kita sendiri tahu untuk menghargai dan menghormati masa?  Tiada yang boleh menjawab bagi pihak kita kerana kita sentiasa ada alasan untuk setiap kata yang dilontarkan...

Setiap detik ada yang datang dan ada yang pergi.  Ada kala kita terpaksa membisu walaupun boleh berkata-kata semata-mata untuk mengelakkan terjadinya perbalahan.  Menang atau kalah, kita tidak juga boleh menghentikan masa.  Jadi untuk apa kita bermati-matian sebelum tiba saat kematian, kan?  Apa jua yang kita pertahankan, apa jua yang orang perkatakan, diri kita hanyalah milik Tuhan...

Tak faham?  Tak mengapa kerana catatan ini tidak bermaksud apa-apa pun...

Assalamualaikum.

36 ulasan:

  1. Salam Sejahtera Kakcik,

    Kematianlah yang akan membuat kita faham, apakah perjalanan kehidupan didunia yang hanya pinjaman dari Allah swt

    BalasPadam
  2. apa jua berlaku
    nak berbalah takat mana
    nak perjuangkan sampai bila
    masa tetap berlalu
    kematian tetap menunggu
    akhirnya kita ke tempat yang sama

    BalasPadam
  3. Selagi diberi peluang ini kita gunakan dulu kakcik.
    Kita tak punya apa pun sekadar pinjaman semuanya.
    Sampai masa sama ada kita kena tinggal atau kita meninggalkan segalanya.

    BalasPadam
  4. mmg skrg sekejap je rasanya masa berlalu kakcik..

    BalasPadam
  5. Dunia hanya pinjaman,
    mati itu Pasti..
    semoga kita sentiasa ingat masa 'itu' nnt..

    BalasPadam
  6. salam mak:)

    "Ada kala kita terpaksa membisu walaupun boleh berkata-kata semata-mata untuk mengelakkan terjadinya perbalahan"

    suka yang ni..betul2 terjadi pada diri sy sekarang..rasanya diam lebih baik

    BalasPadam
  7. 12/12/12 nanti...angka yg cantik...lepas ni takde dah...

    BalasPadam
  8. Hidup kita ni tidak boleh lari Dari masaalah, sekiranya boleh di kurangkan, Dan di elakan, adalah lebih baik. Subjektif.. :)

    BalasPadam
  9. kadang2 kita menunggu masa yang mengubah kita, masa sentiasa menjalankan tugasnya, terlalu cepat masa berlalu

    BalasPadam
  10. cepat betul masa berlalu sekarang ni

    BalasPadam
  11. tak perlu ada sengketa, kerana masa akan berlalu..nikmati detik yg ada dgn bahagia tanpa sengketa!

    BalasPadam
  12. masa itu ibarat pedang, kalau kita tak potong ia, ia potong kita!!

    BalasPadam
  13. tak boleh nak pk manyak hari ni kakcik, teman sakit gigi. uwaaa!!!!

    BalasPadam
  14. as salam

    betul,walau apapun kita tetap milik Allah..bile tah nak pilihanraya..tetiber :)

    BalasPadam
  15. mengalah bukan bererti kalah..ada masa baik berdiam diri.. sebab kalau berbalah pun bukan ada erti..

    BalasPadam
  16. Banyak benda boleh dikaitkan dengan maksud entry kakcik ni. Boleh jadi dalam ofis, atau mungkin dalam politik jugak ye tak.

    BalasPadam
  17. gunakan masa yg ada dgn sebaiknyer... bukan untk mencari musuh atau menjadi lawan tapi sabahat selagi ada masa hayat kitakan

    BalasPadam
  18. mak...mcm terkena je dengan sy skrg... :(

    tak suka bila sy memilih utk diam, ada org paksa2 suh luahkan..kang luahkn betul2 takut xsanggup je nk dengar..

    BalasPadam
  19. Masa sgt menepati kan kakcik..dia tak akan tunggu..samada kita suka atau tidak..dia tak akan peduli....

    BalasPadam
  20. faham, tapi tak pandai nak balas balik.

    :)

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum,
    Dah lama sangat diam...hinggakan org ingat SENANG JE pijak kepala kita. Adoiii la!

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum Kakcik,
    tengok gambor Kakcik dgn suami kat atas, dah seiras, macam abang adik! Ni namanya sehati sejiwa!

    BalasPadam
  23. Waalaikum salam kakcik..

    Masa itu emas..

    :)

    BalasPadam
  24. kata-kata dan bait tulisan kakcik sgt bermakna..

    BalasPadam
  25. wak pon X sukak kalo orang asek ajak gado jugakkk.. UUhhhuu

    BalasPadam
  26. masa makin singkat....tak guna layan benda yg tak berfaedah kakcik kan..

    BalasPadam
  27. kakcik saya faham jauh di lubuk hati nunn.. :)

    BalasPadam
  28. lagi suka berdiam..malas nak ruin kan keadaan atau mood..hurm..

    BalasPadam
  29. Faham sgt Kakcik. Tak berbaloi memikirkan kemenangan dlm dunia ni. Lelagi menang benda yg entah apa-apa. Lainlah kot nak menang piala aff suzuki tu ke...ok gak! Err....sy mengarut ke pe ni?

    BalasPadam
  30. kejap je masa kan kak ..
    hurmmm paham kak .. toksah dilayan sgt ..
    sakit kepala jee ';)

    BalasPadam
  31. sbb tu yg bagi perumpaan "masa itu emas" tersangatlah salah sebenarnya kan?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com