Kawan-kawan kakcik

Khamis, 1 November 2012

Alhamdulillah, kakcik sihat...

Dalam ruang komen catatan di bawah, Kakzakie ada tanya sama ada kakcik tak sihat lagi ke?  Kakcik sihat. Hari ini dan esok kakcik bercuti untuk urusan keluarga.  InsyaAllah, segalanya akan terjawab di blog ini pada hari Sabtu nanti.  Kakcik dah sediakan catatan berjadual untuk hari tersebut.  (alaaaa... macamlah orang kisah sangat tentang urusan kakcik, kan?)

Dalam hidup ini, setiap perkara selalu ada pro dan kontranya.  Kita sebut salah, tak sebut pun jadi salah.  Bila terpaksa disebut kepada satu pihak, tiba-tiba ada pula pihak lain yang 'tersentap' tanpa mahu bertanya 'kenapa'.  Penat juga nak jaga hati semua orang sedangkan hati sendiri bergelora dan berdengung bagaikan gendang perang yang dipalu.


Eh... apa pula yang kakcik merepekkan ini?  Dah ke lain pula maksud catatan ini.

Hari ini kakcik dan suami agak sibuk ke sana ke sini.  Pergi ke bank, tunggu bank buka.  Pergi ke Pasaraya pun tunggu Pasaraya buka!  Petang tadi ambil kakak di Hentian Duta.  Dalam perjalanan balik terserempak dengan kemalangan maut di hadapan Masjid Negara.  Jalan jadi sesak kerana ramai yang menengok.  Setakat menengok, adakah masalah yang akan selesai agaknya ya?


Baiklah, dari kakcik terus merapu eloklah kakcik berhenti setakat ini dulu.  Jumpa lagi nanti.


Assalamualaikum.

32 ulasan:

  1. Rindu dgn celoteh Kakcik. Selamat bercuti. Huhuhuhu~

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... moga dipermudahkan urusan. Nak bagi semua org senang tak mudah kakcik. Jadi buat aje apa yg kita rasa tak susahkan org. Dia nak kata apa abaikan saja...

    BalasPadam
  3. selamat bercuti mak. semoga semua selesai dengan selamat. tahniah dari anakanda ya :)

    BalasPadam
  4. semoga diberi kesejahteraan buat kak cik sekeluarga..
    Tersenyum membaca nota kak cik ni..
    Nampaknya kak cik lebih awal dari staff bank dan pekerja pasaraya :))

    BalasPadam
  5. Moga urusan tersebut dipermudahkan..
    Tahniah kakcik, Abg Bob..

    BalasPadam
  6. alhamdulillah..semoga kakcik sentiasa sihat hendaknya

    BalasPadam
  7. Selamat bercuti. Smoga urusan dipermudahkan olehNYA.

    BalasPadam
  8. semoga segala urusan kacik dipermudahkan..

    BalasPadam
  9. semoga apa yang dirancang untuk dipenuhi dalam masa cuti ni terlaksana dgn baik..

    BalasPadam
  10. selamat bercuti, kakcik. dan mudah2an lancar semua urusan kakcik..

    BalasPadam
  11. Selamat bercuti kakcik, moga urusan terlaksana:)

    BalasPadam
  12. selamat bercuti kakak ..
    semoga semua di permudahkan tau ! .. ;))

    BalasPadam
  13. Semoga semuanya selamat kakcik. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang kakcik kerana setiap org punya hati yg lain2.

    BalasPadam
  14. Sibuknya kakcik...jgn lupa jaga kesihatan ye....

    BalasPadam
  15. Semoga Kakcik dikurniakan kesihatan yg baik olehNya, amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah .. semoga terus sihat di hari-hari muka.

      Padam
  16. selamat bercuti kakcik..tengok mun panggil mak,sy plak panggil kakcik macam pelik plak hehehe lagipun kakcik sebenarnya paggilan mun pada saya hehehe

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah kakcik dh sihat..selamat bercuti yer..semoga segala urusan kakcik dipermudahkan..Insyaallah

    BalasPadam
  18. salamsejahtera KS

    Moga kita semau terus sihat dan sentiasa diberkati Allah.
    Terus berjuang...

    BalasPadam
  19. Moga dipermudahkan segala nya utk kakcik...:-)
    Bersabar ya

    BalasPadam
  20. ada kemalangan maut ye?? mujur kak cik tak ada apa2.

    BalasPadam
  21. kakcik nak berjalan ke mana tu?
    semoga segalanya dipermudahkan

    BalasPadam
  22. selamat bercuti kakcik.
    kemalangan maut? huhu

    -eLL-

    BalasPadam
  23. Take care Kakcik. Menjaga hati orang ni kadang2 boleh buat pening kepala. Takpa, Kakcik tahu apa yang terbaik.

    BalasPadam
  24. selamat bercuti kakcik.. ;)

    psstt: biasalah, yang buat sesak tu sebab ramai nak tengok..

    BalasPadam
  25. Semoga urusan Kakcik berjalan lancar.. Ameen.

    BalasPadam
  26. moga kakcik sihat dan dipermudahkn urusan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com