Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 3 November 2012

Sekadar pemberitahuan, maaf kerana tidak membuat jemputan...

... kerana majlis dibuat hanya di sebelah pihak perempuan.

Ada yang mencebik bertanya 'anak sulung, takkan tiada majlis sambutan?'

Biarlah kakcik berterus-terang.  Kakcik dan suami bukan orang senang.  Apa yang orang lihat mungkin sama-sekali tidak sama dengan apa yang sebenarnya kami hadapi.

Sama ada anak sulung, kedua, ketiga atau bongsu - mereka semua adalah anak kami.  Sama sahaja tarafnya, tiada lebih tiada kurang.  Selepas Along, ada tiga lagi anak lelaki kami.  Seandai kami masih diberi waktu oleh Yang Maha Kuasa untuk menghadapi saat Angah, Bangcik dan Adik berumahtangga, kami tidak mahu akan ada ungkitan dari mereka.

Apa yang ada di hati ini, tiada siapa yang dapat membaca.  Maka, kakcik serahkan segal-galanya kepada Allah.  Segala resah dan keluh kesah, andai dikisahkan mungkin hanya akan menjadi bahan untuk digelaktawakan.  Maka, biarlah segalanya dipendam dalam diam...



Pantun pada kad jemputan.  Hasil nukilan ibu mertua pengantin
perempuan (siapa lagi kalau bukan kakcik).
Di majlis pernikahan yang telah berlangsung malam tadi :

Dengan sekali lafaz yang terang, jelas dan lancar, Along sah menjadi suami.

Pengantin perempuan diapit oleh Heliza Helmi.
Bekas cincin dan bunga rampai.
Semoga berkekalan kasih sayang mereka hingga
ke syurga dan sentiasa hidup dalam rahmat dan 
kasih Allah Yang Maha Penyayang.

51 ulasan:

  1. Tahniah kak cik dapat menantu. Doa yang terbaik buat kedua mempelai semoga rumahtangga akan kekal bahagia dan menjadi suami soleh dan isteri solehah.

    Setiap ibu bapa akan berusaha melakukan yang terbaik buat anak-anak. Selagi anak2 faham dan boleh bertolak ansur kita sebagai ibu bapa sentiasa bersyukur. Anak yang baik insyaallah akan tiada ungkitan kerana hormat dan sayang mereka pada ibubapa.

    Bab majlis tu kak cik rasa Aina zaman sekarang ini dah biasa buat sebelah pihak. Kawan2 Aina ada dua tiga orang yang buat macam tu, sebelah lelaki hanya buat majlis kesyukuran dan doa selamat dengan menjemput orang masjid atau surau serta keluarga terdekat.

    BalasPadam
  2. wahh~ taniah kak cik dpt menantu cantikk..dan taniah along ;))
    ^^selamat pengantin baru^^

    BalasPadam
  3. alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. takpe kak cik..saya faham keadaan kak cik..sebab saya pun bukan orang senang..tak mampu nak canang2 majlis yang hebat2 besar2 untuk invite kawan2 yang lain... hanya mampu melihat majlis orang lain yang gilang gemilang... hanya mampu melihat orang lain bergaya dengan gadget canggih2.. hanya mampu melihat orang lain beraya dengan baju raya baru..takpe kak cik.. yang penting, kita terus hidup sambil mengukir senyuman di bibir.yang penting kita bahagia dengan kehidupan kita sendiri. itu yang terbaik. :)

    BalasPadam
  4. Lepas ni ble mintak tolong along kenenkan dekat heliza helmi..he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah .. kita sekarang sudah dalam liga yang sama. cuma lebihnya saya sudah ada dua cucu.

      tahniah sekali lagi.

      jangan risaukan fasal jemputan tu .. saya faham.

      Padam
  5. Tak tahu kenapa kakak mengalirkan airmata kakcik. Mungkin cara N3 kakcik tulis. Syukur alhamdulillah segalanya selamat. Moga Along dan isteri dapat melayari bahtera rumahtangga hingga ke syurga. Pertemuan pun dimulakan dgn indah sekali.

    Sangat terharu kakak..

    BalasPadam
  6. As Salam Kakcik. Tahniah dah bertambah ahli keluarga. Tak pe kakcik ella faham dan tak kecik hati pun meski tidak dijemput. Sebenarnya kakcik ini lah yang lebih afdal dan dituntut agama. Majlis akad nikah dan kenduri doa selamat sahaja.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah kakcik yang penting semuanya dah selamat..
    pedulikan kata2 orang...doakan saja kebahagiaan anak menantu..mudah2an mereka berbahagia hingga akhir hayat..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum my lovely KakCikS:)

    Alhamdulillah..majlis selamat berlangsung!
    :)
    Tahniah kakCikS ..dah dapat menantu

    :)Jangan susah hati yaa KakCikS,
    Yang utama..kita tahu apa yang terbaik utk kita Dan keluarga..
    :)

    BalasPadam
  9. Yg penting akad dah selesai...Alhamdulillah..usah risau cebikkan org kakcik...manusia mmg gitu..buat kecik kata..buat besar pun kata
    Sabarlah ya
    Sy pun ada ank lelaki...ingat mmg nk buat mcm tu jgk...majlis dirmh perempuan je...hrp2 dipersetujui yg lain2...:)

    BalasPadam
  10. Tahniah! Dah ada menantu skrg. :)

    Tak jd hal psl takde mjlis. yg penting pemberitahuan.
    Semoga perkahwinan anak & menantu akak diberkati-Nya.

    BalasPadam
  11. tahniah bonda.. rugi xdpt g majlis arini.. apa2 pon.. semoga along dan isteri bahagia ke akhir hayat.. dan semoga bonda pon dikurniakan kesihatan yg berpanjangn.. <3

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum.. "Selamat Pengantin Baru" buat Along dan isteri.. Selamat melayari bahtera perkahwinan. Nur doakan semoga kalian berdua beroleh kebahagiaan yang berkekalan hingga ke syurga..

    Dah bertambah ahli keluarga Kakcik.. Tak mengapa Kakcik, jangan risaukan hal jemputan tu.. Syukur semuanya berjalan lancar.

    BalasPadam
  13. salam kakak ..
    alhamdulillah along dah selamat !
    kakak dah ada menantu pertama !
    seronoknyaaaaaaaaa
    x perlah kak .. rasanya semua paham .. setiap org x akan sama .. rejeki masing2 dan x akan sama .. itu kita perlu paham kan ..
    pada saya , kalau saya di tempat akak , saya pun akan berkeadaan begini .. kalau macam akak dah menjemput kami , kami x dpt hadir punn bukan kerana x mahu hadir tapi x ada jodoh nak bertemu ..
    dan pada akak pula , kalau akak x di takdir kan nak buat jamuan di sebelah akak , kenapa pula ada yg nak berkata2 di belakang .. hak masing2 .. kemampuan masing2 .. perkara x sepatutnya menjadi persoalan dan tandatanya ..
    kita dah semakin dewasa .. semakin memahami kalaulah x paham , bersuara utk bertanya x menjadi masalah kan kak ;)
    selamat menyambut menantu kak ! ;)

    BalasPadam
  14. Selamat pengantin baru buat along dan isteri. Tahniah buat kakcik kerana dapat menantu. Lepas ni tunggu dapat cucu plak ☺☺

    Alhamdulillah...semuanya berjalan dgn lancar.

    BalasPadam
  15. Sebagai kawan yang mengenali Kakcik sekeluarga saya memahami niat dan maksud Kakcik.

    Alhamdulillah majlis lancar. Tahniah sudah menjadi ibu mertua. Jangan garang macam Nyonya Mansor tauuuu! hehehehe

    BalasPadam
  16. Selamat pengantin Baru...dan Selamat mendapat menantu...

    BalasPadam
  17. Selamat perngantin baru utk kedua mempelai.
    Tahniah kak cik dapat menantu.

    BalasPadam
  18. As salam Kakcik,

    Marya tak kecik hati pun sebab kalau dijemput pun tak boleh nak dtg! huhuhuu... Tahniah kakcik! Encem anak sulung kakcik! Semoga berkekalan hingga ke jannah! insya'ALLAH Ameen...

    Abg saya yg atas saya dulu pun buat baca doa selamat je tak buat kenduri kahwin pun! Bersanding pun tidak! Macam2 dikata orang... Tp apa kisah sekarang bahagia alhamdullillah... Kebahagiaan ditangan ALLAH bukan dimulut & kata2 manusia kan kakcik! *Hugs*

    BalasPadam
  19. Salam kak Cik.Alhamdulilah,dah slmt pon majlis pernikahan anak kak cik.Kpd kedua pengantin...semoga bahgia hingga ke akhir hayat.
    Aminnnnnn

    BalasPadam
  20. selamat pengantin baru buat along dan isteri.. ;)
    moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

    buat kakcik tahniah dapat menantu pertama..

    psstt: kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.. moga mereka faham keadaan kakcik..

    BalasPadam
  21. semoga Along & isterinya kekal bahagia hingga ke syurga
    Tahniah kakcik..

    BalasPadam
  22. alhamdulillah tahniah kakcik... dapat jugak kakcik melihat` menantu sedikit masa lagi cucu, kami yang masih anak kecil ni belum tentu dapat melihat anak2 berjaya dan berumah tangga...

    BalasPadam
  23. Tahniah Kakcik..Eh, nama menantu kakcik Huda ke? Hehe..Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat, amin...

    BalasPadam
  24. Tahniah Kakcik..jgnlah kisahkan sangat anggapan orang..biarkan saja..berkata kata itu hak mereka...yang pentingnya segala nya selesai..smuga majlis diberkati..insyaallah..dan smuga Along kekal bahagia bersama isteri dan keluarga tersayang...nekcik pun teringin sangat nak mnantu..tapi blum sampai waktunya lagi kot!!!

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah..dan tahniah kakcik sekeluarga..dapat ahli baru dalam family. semoga cepat menimang cucu..

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum,
    Tahniah Kakcik,
    semoga rumah tangga mereka aman bahagia berkekalan hingga syurga.

    Kalau nak ikutkan semua kata orang...tak terikut. Saya setuju cara ni, buat ikut kemampuan. Paling utama, lepas kahwin pengantin tak tanggung hutang kahwin hingga anak cucu. Mereka nak bina kehidupan baru, tak sepatutnya ada beban sebegitu hanya sekadar nak puaskan hati orang.

    BalasPadam
  27. Tahniah kakcik,dah dpt menantu,
    Slmt pengantin baru buat along dan isteri.

    BalasPadam
  28. salam kakcik..
    tahniah mendapat menantu sulung..semoga berkekalan ikatan mereka hingga keakhir hayat..ank2 yg baik x akan mengungkit benda2 mcm ni kak..majlis berjalan lancar dan selamat itulah yg sebaik2nya..
    sy dulu pun buat majlis sebelah pompuan shj..tp adk beadik abg yg lain sume buat besar2an..kami x kisah pun..masing2 ada citernye sendiri

    BalasPadam
  29. tahniah buat Kakcik & Abg Bob... dah terima menantu. Maaf saya tk dapat datang. kita hanya merancang.. ALLAH swt yang menentukan.. agak sedy sebenarnya sbb dari awal dah pasang niat nk pergi tetapi keadaan tidak mengizinkan. Apa pun tahniah sekali lagi.. jangan risau ttg jemputan tu, yang penting Along & Huda selamat membina bahtera rumahtangga... jodoh & pertemuan di tangan ALLAH. suci cinta mereka sesuci kota Madinah. ameen.

    BalasPadam
  30. Alhamdulillah...tahniah buat K.Cik sekuarga....
    moga pasangan kekal ke akhir hayat....

    BalasPadam
  31. Salam,
    Hajat nak turut serta dalam rombongan hari Jumaat tu ... tapi maaf x dapat ...Apapun, sy dan isteri bersyukur kepada Allah kerana majlis ini dapat berjalan dengan baik dan tujuan majlis tercapai. Kita sama2 doakan kebahagiaan pasangan ini dunia dan akhirat. Tahniah kakcik dan suami.

    BalasPadam
  32. tahniah kakcik.
    lawanya mmpelai.

    moga bahgia hingga hujung nyawa.

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum Kak Cik

    Alhamdulillah
    Syukur
    Tahniah

    moga kekal hingga ke Syurga

    BalasPadam
  34. as salam

    tahniah sebab dapat ahli famili baru..moga pasangan kekal bahagia dunia dan akhirat :)

    BalasPadam
  35. Tahniah Kakcik......Semoga berkekalan hingga ke akhirnya.

    BalasPadam
  36. assalamualaikum ibu,

    tahniah kerana menerima menantu pertama.kacak dan cantik mempelai.majlis menyambut menantu itu pilihan kita.nak buat tak salah tak buat pun tak pe.semuanya bergantung pada kesempatan dan kehendak kita.

    BalasPadam
  37. Tahniah...dpt menantu sulung yer kak chik...

    BalasPadam
  38. Persetan dengan kata orang. Ada tuh, tak dan majlis makan di sebelah wanita pun sebab dah kena tipu dek tupai. Kasihan

    BalasPadam
  39. tahniah kepada pengantin baru..tahniah kpd mak dapat menantu comel..

    BalasPadam
  40. tahniah kakcik, sempurna sudah majlis nikah anak sulung ek...alhamdulillah

    BalasPadam
  41. tahniah kakcik dpt menantu...tahniah utk pengantin juge..

    BalasPadam
  42. Yeay!! kak chik dapat menantu sudah. Tahniah dari bonda. Besar atau kecil sesuatu majlis itu kita tak kan dapat lari dari umpatan dan pujian orang. Berwasatiah dalam setiap tindakan..insyaAllah bahagia mereka hingga ke alam syurga ^_^

    BalasPadam
  43. Tahniah kakcik dan suami dapat menantu.

    Semoga pengantin bahagia selamanya.

    BalasPadam
  44. tahniah kak... :)

    semoga berkekalan selama-lamanya Along dan isteri :)

    BalasPadam
  45. assaalm kak cik..tahniah..acik faham kak cik..acik jugak mungkin akan buat perkara yang sama..sebenarnya bila ada saudara mara bertanya awal2 lagi acik dah bagi tau..acik akan buat macam apa yan g kak cik lakukan ni..mula2 dulu ada yang bising..lepas tu semua senyap..walau pun belum ada anak2 acik yang kawen.

    BalasPadam
  46. 'Cantik' pertemuan mereka diaturkan Allah ye kakcik....

    Yang penting akad nikah dan maharnya... selebihnya itu hanyalah adat..hebahan telah dibuat disebelah pengantin perempuan melalui kenduri kendaranya..itu dah memadai rasanya kakcik...Alhamdulillah.... moga diberkati atas kesederhanaan nya..:)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com