Kawan-kawan kakcik

Selasa, 20 November 2012

Fabian dah keluar dari hospital...

... balik dari pejabat petang semalam, kakcik dan Along menjemput Fabian dan ibunya dari hospital.  Disebabkan Fabian perlu bertemu dengan doktor-doktor yang merawatnya pada hari Jumaat, mereka hanya akan balik ke Miri pada hari Sabtu nanti.

Mulanya, kakcik dan suami ingin menempatkan mereka di rumah kecil kami sahaja.  Tapi mungkin kerana memikir untuk lebih selesa, ibu Fabian memilih untuk menginap di hotel selama  tiga malam.  Kami hantar mereka ke hotel yang berhampiran dengan rumah kami sahaja.

Abaikan dinding rumah kakcik yang comot momot itu!

Saaaayanggggg dia...

Fabian kehairanan melihat Iman yang cemburu itu!
Malam tadi pakcik ini pula masuk wad untuk merawat kesakitan
di bahu yang sekian lama dideritainya...
notataksiapatanya : menurut jururawat yang merawat Fabian, salah satu punca penyakit Fabian adalah disebabkan terlalu banyak makan mee segera.  Perlu diingatkan bahawa mee segera mengandungi sejenis lilin yang sukar untuk dihadam apalagi oleh usus anak sekecil Fabian.

Dari petang semalam (dan rasa bertambah teruk malam tadi), makcik yang menaip catatan ini mengalami sakit di bahagian dada membawa ke belakang (belikat) sebelah kanan...

Seperti biasa, catatan yang berderet-deret keluar dalamm sehari adalah merupakan catatan berjadual...

20 ulasan:

  1. apapun kena jaga diri juga ye kakcik !

    BalasPadam
  2. jaga diri kakcik..lega fabian dah keluar ward..

    BalasPadam
  3. kakcik, fabian mula makan mee segera sejak umur berapa? ATau sebab mak dia yang makan masa mengandung? Alahai... bahaya betul makanan2 ni...

    Kakcik dah okay ke? Masih sakit ke? Semoga tak apa2 ye kakcik.

    BalasPadam
  4. Dalam kakcik dan keluarga membantu Fabian, kakcik dan suami juga tak sihat. Moga cepat sembuh.

    Takut juga penangan mee segera.

    BalasPadam
  5. alhamdulillah
    semoga fabian lebih sihat selepas ini ;)

    BalasPadam
  6. mee segera mmg tak elok!! anak buah suami sy tu sikit2 nak megi sikit2 nak megi.umur lbih kurang fabian lah..nk kena kasitau fendy ni (tp mak budak tu nurse...tak kan la taktau lak kan...hurmm)

    BalasPadam
  7. Banyak makan mi segera atas sebab kesulitan hidup agaknya? Semoga Fabian akan segera sembuh. Begitu juga dengan Kakcik & suami, semoga sentiasa berada dalam limpahan rahmatNya kerana banyak membantu insan2 yg memerlukan.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Kak Cik

    saya memang tak biasakan untuk anak2
    sebulan atau dua bulan sekali ada la...nak bagi rasa ajer...

    BalasPadam
  9. alhamdulillah. ish, takutnya dengar perihal megi ni. kadang2 saya pun suka.

    BalasPadam
  10. salam buat kakakku kakcik..
    lama sy tak ke sini.. malah mmg syg kurang aktif berblog sekarang.. namun kakcik tak pernah saya lupa, insyaallah..

    sy pernah dengar ttg bahayanya mengambil mi segera.. dengarnya, lilin yang membaluti mi tersebut hanya hadam dlm masa dua minggu.. betul ke tu ?

    moga Fabian kembali sihat sepenuhnya..

    gambar header tu saya sgt suka..

    BalasPadam
  11. Salam Kakcik,

    Semoga kakcik sihat. Makan mee segera ni memang banyak tak baik dari baiknya. Walaupun makan nasi dengan ikan goreng saja, rasanya eloklah makan makanan yang dimasak betul2,

    BalasPadam
  12. Padey sekarang jadi tokeh ayam di ipoh.. rasanya, kakcik kenal wan yang, opah padey tu kan?

    BalasPadam
  13. Anak Aina yang kecik tupun suka makan megi. Seminggu dua kali itupun Aina control...ishkkk risau pulak mendengarnya.

    Semoga cepat sembuh pada Abg Mus dan jugak kak cik. Ujian Allah s.w.t utk kita.

    BalasPadam
  14. wah bahaya nih .... mau ban megi serta merta cam ni utk anak2

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum,
    sila jaga kesihatan ya kakcik

    BalasPadam
  16. ooo... bahayakan mee segera ni.... kene selalu beringat.... diri sendiri dan kengkawann...

    BalasPadam
  17. IM juga pernah cirit birit kerana makan mee segeran. tapi itulah makanan sejak dudk asrama masa belajar dulu.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com