Kawan-kawan kakcik

Isnin, 26 November 2012

Cara 'mengajar' pemandu bas yang memandu laju...

Keluarkan kamera dan rakamkan!

Sakit hati melihatkan bas yang dipandu laju dan hampir menyondol kereta kami, kakcik keluarkan kamera.  Kakcik rakamkan menerusi cermin sisi.  Mungkin pemandu bas itu perasan akan tindakan kakcik sewaktu dia cuba memotong di lorong kanan.  Akhirnya bas itu tak jadi mendahului kereta kami walaupun suami kakcik memandu pada kelajuan 100km/j.  Berberapa kali bas itu ketinggalan agak jauh tapi akhirnya tiba-tiba berada semula di belakang kereta kami.  Bagaimanapun, pemandunya tetap tidak memandu melepasi kereta kami.  Tahu takuttttt...

24 ulasan:

  1. Sesetengah pemandu bas memang suka bawak bas laju2...sama macam lori.sebab mereka pikir kenderaan mereke besar.
    ~macam kawasan tanjung malim aje tu?~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin... Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Perjalanan dari Kuala Kangsar - Kuala Lumpur. Lebihkurang di kawasan Tanjung Malim la tu. :)

      Padam
  2. Bijak juga kakcik trick. Mesti dia ingat kakcik org JPJ atau kerja police traffic.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya pengguna jalanraya memang digalakkan untuk merakam gambar kenderaan (terutama kenderaan awam seperti bas ekspres) yang memandu laju dan melaporkannya ke pihak JPJ atau SPAD.

      Padam
  3. mmg selalu bas laju.. lg2 kalu nmpk driver wanita.. menakutkan betul..:(

    bagus cara kakcik tuh.. boleh try nnt..

    BalasPadam
  4. huhuhuhu....pengajaran kat driver tu...

    BalasPadam
  5. ha.. ha.. kak cik memang otai...
    ituler pasalkan ...

    BalasPadam
  6. sy xberani nk buat mcm tu sbb drive sensorang kan..huhu

    BalasPadam
  7. ish ish..ngerinya bas dibawa sampai 100km/j..tapi kesian dengan pemandu bas ni sebenarnya..diorang nak kejar trip punya pasal.. tu sbb jadi macam tu..

    BalasPadam
  8. hehe..tau dia takot ekk..kakcik..nnti nak wat gak lah kalau jadik camni..

    BalasPadam
  9. bijak bijak... lepas ni bolehlah tiru kakcik..

    BalasPadam
  10. Pemandu bas nie kalau memandu mmg laju giler.. tak peduli dah keselamatan penumpang..

    BalasPadam
  11. saya pun ada amek gambo motor roda 3 yang giler kuasa konker jalan raya

    nnt sy share ye

    BalasPadam
  12. padan muka dia..selalunya pemandu bas ni berlagak gangster..mentang2 dia besar..

    BalasPadam
  13. bas.. lori treler.... sama je....120km/jam... dia agaknya 160km/jam... klu terbalik??? sungguh menakutkan... bagus2 atas tindakan berani kak cik tu

    BalasPadam
  14. saya geram juga nak rakam video atau gambar pemandu yg suka-suka hati je menyalahi undang2 ni. yg memandu sambil menggunakan telefon/sms paling ramai kot

    BalasPadam
  15. oh..kat opis tak ble play video la..
    tak dapat tgk..

    BalasPadam
  16. bahayanya...
    saya kalau naik bas memang tidur mati..sedar2 je dah sampai..
    takut pulak tengok video nie..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com