Kawan-kawan kakcik

Ahad, 25 November 2012

Dua jam di Musollah Ehsan...

Tiada acara tertentu dan tiada juga makanan melimpah ruah untuk dibawa pulang!  Hanya sessi beramah mesra bersama Tuan dan Puan Rumah.  Terima kasih kepada Dato' Abdullah Al-Hadi yang sentiasa 'membukakan rumah' beliau untuk kehadiran kita.

Turut sama dalam pertemuan ringkas tadi ialah Anaa, Ayu dan Ida bersama keluarga masing-masing (kecuali Ida yang bersendirian).

Gambar dari fb Ida.  Pengantin lama ini pun nak tunjuk mesra kononnya.
Dato' telah mengorbankan durian crepe kesayangannya untuk tetamu.

Puas hati Ayu dapat makan Durian Crepe idamannya.


Entah kenapa dengan pakcik ni!

Hanya sedikit lebihan makanan untuk dibawa pulang.

Maafkan anak dan menantu saya tu, ya Dato' dan Datin.  Suka-suka 
saja letak tangan mereka atas bahu Dato' dan Datin.

Gambar ini 'tak lengkap' sebenaranya.  Suami Ayu dan
 semua kanak-kanak tidak kelihatan dalam gambar ini.
 

16 ulasan:

  1. assalam kak cik..bawa menantu berkenalan sambil bersafrapan diruymah dato' ye kak cik

    BalasPadam
  2. ni perjumpaan yg kakcik war2kan dalam n3 lepas ya...
    tentunya menyeronokkan..

    BalasPadam
  3. Salam kakcik,

    Kakmah yang jauh ni cuma tumpang gembira je lah..
    Sedapnya durian crepe.....

    BalasPadam
  4. lama saya tak lawat dato kak cik. walaupun dekat je di bangi. huhu

    BalasPadam
  5. Tetap nampak meriah! Bukan main segak lagi Dato’ berbaju merah. Nampak muda. hehehehe.
    Anaa tu sampai bersila atas kerusi. Kenyang ler tu... ^_^

    BalasPadam
  6. wahh..ber'gathering' lagi..
    besarnya durian crepe..sedapnya..

    BalasPadam
  7. Pengantin lama nampak lebih romantik dari pengantin baru....

    BalasPadam
  8. wah..besarlah durian crepe tu..adoi..teringinnya nak try

    BalasPadam
  9. bak kata penyajak T alias Taib:

    Pertemuan berlaku
    di penjuru mataku...

    BalasPadam
  10. romantiknya akak dan suami...suka tengok

    BalasPadam
  11. yelah...romantik kakcik dan husband.. :-)
    suasana tetap meriah saya tengok...tumpang seronok..

    BalasPadam
  12. Salam,
    Teringin nak ambil gambar macam gambar kakcik yg pertama tu .. tapi takut pulak isteri nanti terasa geli-geleman ... he he he

    BalasPadam
  13. As salam Kakcik,

    Mmg sweet gambar tu! W/pun pengantin lama tp saya doa hubungannya seperti pengantin baru sentiasa... :)

    BalasPadam
  14. semoga silaturrahim yg terjalin kekal ke hujung usia...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com